Set Ramadan 2018 : Kelainan Berbuka Puasa di BBQ Lamb KL Kemensah Zoo Negara

Set Ramadan 2018 : Kelainan Berbuka Puasa di BBQ Lamb KL Kemensah Zoo Negara | BBQ Lamb KL Kemensah pernah tersangat viral sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial facebook akan keunikkan makan-makan di dalam suasana hutan yang jauh dari bandar Kuala Lumpur. Bayangkanlah di dalam suasana hiruk pikuk KL ini masih ada lagi hutan hijau yang sejuk serta percikan air terjun semasa kita menikmati BBQ.

pengalaman-makan-di-atas-air-BBQ-Lamb-KL-Kemensah-Zoo-Negara

Baru-baru ini Asyraf berkesempatan ke BBQ Lamb KL Kemensah Zoo Negara, melihat sendiri betul kah seperti apa yang diperkatakan. Ya Allah, Ya Tuhan .. serius memang betul dan pasti kita bukan saja dapat berkelah untuk hari-hari biasa malah pihak mereka juga menyediakan Set Ramadan jika berkeinginan.
dapur-terbuka-BBQ-Lamb-KL-Kemsensah-Zoo-Negara

Untuk pengetahuan bersama, BBQ Lamb KL Kemensah ini telah beroperasi sejak tahun lepas lagi pada 7 Julai 2017 oleh sepasang suami isteri yang sweet iaitu En. Zainuddin Yatim dan Puan Mie Mie Iberahim. Tempat ini mereka telah ambil alih dari tuan punya tanah dan diubahsuai untuk memberi kelainan berkelah BBQ di dalam suasana hijau jauh dari ibu kota KL.

Mana nak dapatkan pengalaman macam ni di tempat lain. BBQ Lamb KL Kg Kemensah sahaja lah jawapannya kan. Tersangat unik persekitaran makan di sini. Menikmati hidangan sambil bertemankan kehijauan hutan dan kedengaran air sungai menjerit-jerit mengalir. Bestnya lah !

Untuk menikmati makan-makan di dalam air tu sambil berborak sakan dan berswafoto dengan fameli, hanya untuk waktu hujung minggu sahaja, Sabtu dan Ahad. Hari lain tidak dibuka untuk menikmati hidangan di dalam air. Tapi, pengunjung masih berpeluang untuk mandi di kolam yang disediakan. Korang boleh tengok gambar-gambar yang Asyraf dah sediakan ni.

Tibalah masanya Asyraf nak bagitahu set hidangan bersempena bulan Ramadan. Terdapat 3 jenis set ditawarkan. Untuk pengetahuan korang semua, kesemua menu ini disalai terlebih dahulu untuk beberapa jam di tempat khas yang disediakan. Grill tu hanya untuk panaskan saja. Selebihnya barulah kita dapat menikmati hidangan yang panas-panas okay.

set-daging-BBQ-Lamb-KL-Kemensah-Zoo-Negara

Set Daging (RM 188)

Terdiri daripada daging kambing yang dipotong, tulang rusuk kambing, short ribs dan juga daging tenderloin.  Sangat lembut dan juicy. Cicah pulak dengan sos yang disediakan, memang rasa lah penangannya tu.

set-burung-BBQ-Lamb-KL-Kemensah-Zoo-Negara

Set Burung (RM 168)

Terdiri daripada kepak ayam goreng, burung puyuh goreng, daging itik yang disalai dan juga ayam organic goreng.
Selama ni Asyraf rasa telur burung puyuh je tapi kali ni dapat rasai sendiri keenakkan kerangupan burung puyuh tu macam mana bila dipanggang. Seriusly yummy !

set-seafood-BBQ-Lamb-KL-Kemensah-Zoo-Negara
Set Seafood (RM 188)

Meriah sangat set seafood nie. Terdapatnya beberapa keping ikan salmon, dua ekor lobster cheese, sotong bakar dan juga beberapa ekor soft shell baby crab. Bagi penggemar seafood pastinya takkan lah nak lepaskan peluang ini.

Set ini didatangkan bersama

4 pinggan nasi herba istimewa (Boleh refill)
2 jenis pencuci mulut (4x)
Coleslaw
Kurma
Sup
2 jug air (Pilihan pada menu)
1 jug air kosong.

Pilihan air jug tu bukanlah jenis air serbuk yang biasa kita dapati di luar. No no no. Kesemua jenis air minuman buah dikisar fresh daripada buah-buahan sebenar (kalau order air buah). Air yang Asyraf nak sarankan korang pilih ialah air dragon fruit dan juga jus epal asam boi. Sedap weh ! Bagi coffee addicted macam Asyraf boleh juga try Kopi AbahKau, serius memang terasa betul kopi pekat tu !

set-minuman-BBQ-Lamb-KL-Kemensah-Zoo-Negara
Selain daripada itu, Restoran ini juga boleh memuatkan seramai 80 orang dalam satu masa. Parking janganlah risau kerana banyak sangat ruang yang disediakan disekitarnya. Juga untuk solat Maghrib untuk para muslimin disediakan.

suasana-siang-BBQ-Lamb-KL-Kemensah-Zoo-Negara
Hidangan set tersebut adalah untuk 4 orang makan. Sekiranya pengunjung datang untuk dua orang, pon ada set hidangan untuk 2 orang. Jadi, bolehlah berkunjung ke BBQ Lamb KL Kemensah ni untuk keterangan selanjutnya. Segala tempahan boleh dibuat dengan menghubungi/whatsapp nombor berikut :

suasana-malam-BBQ-Lamb-KL-Kemensah-Zoo-Negara

 

Whatsapp : 60122114100

Alamat :
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
(Jalan Belakang Zoo Negara)

Waze : BBQ Kemensah

Waktu operasi :
Isnin tutup
Selasa hingga Jumaat : 6.00 PM – 11.00 PM
Sabtu dan Ahad : 12.00 PM – 4.00 PM , 7.00 PM – 11.00 PM
Makan di dalam air hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja

Facebook : https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 2
    Shares

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: