Skip to content

Soalan Yang Sering Ditanya Ketika Membeli Insurans Kereta

Soalan-Yang-Sering-Ditanya-Ketika-Membeli-Insurans-Kereta

Soalan Yang Sering Ditanya Ketika Membeli Insurans Kereta | Bagaimanakah syarikat insurans kereta mengira kadar premium insurans kereta di Malaysia?

Sebelum 1 Julai 2017, harga premium untuk insurans kereta di Malaysia hampir sama (berdasarkan nilai kenderaan anda dan kapasiti enjin) di semua penyedia insurans kereta. Ini kerana harga premium ditarif oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Syarikat insurans kereta membuat pengiraan premium khusus pada butiran teknikal dan usia, justeru, itu adalah nilai pasaran kereta anda.

Bagaimanapun, sejak pelaksaan kadar atau tarif baru pada 1 Julai 2017, syarikat insurans kereta kini mengambil kira beberapa faktor untuk menentukan premium insurans. Antara faktor-faktor yang akan diambil kira dalam menentukan harga premium adalah seperti berikut:

– Rekod pemanduan
– Tahap penggunaan kereta
– Lokasi
– Pekerjaan
– Umur
– Ciri-ciri keselamatan pada kereta

Soalan-Yang-Sering-Ditanya-Ketika-Membeli-Insurans-Kereta-2

Artikel Berkaitan: 4 Cara Untuk Membeli Insurans Kereta Dengan Harga Yang Rendah

Bagaimanakah cara untuk menghantar tuntutan insurans kereta?

1. Telefon talian hotline syarikat insurans anda jika mengalami kemalangan yang teruk

2. Kumpul bukti dan catat maklumat penting seperti masa dan tempat kemalangan, gambar kejadian kemalangan, gambar kerosakan pada kenderaan anda dan kenderaan terlibat dan bertukar maklumat dengan kenderaan terlibat

3. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam

4. Laporkan kepada syarikat insurans kereta dalam masa 7 hari dari kemalangan berlaku

5. Pastikan kereta dihantar ke bengkel panel syarikat insurans kereta anda

6. Isi borang tuntutan syarikat insurans kereta anda

7. Kemukakan semua borang yang diperlukan oleh syarikat insurans kereta

8. Lakukan semakan dengan syarikat insurans kereta anda mengenai alat ganti dan baik pulih yang dibuat oleh bengkel panel anda

9. Tandatangan borang pelepasan syarikat insurans kereta apabila berpuas hati dengan kereta anda selepas dibaik pulih

Jika pemandu lain memandu kenderaan saya dan tiba-tiba terlibat kemalangan, bolehkah saya membuat tuntutan insurans?

Secara dasarnya, syarikat insurans kereta akan mengenakan lebihan jumlah tuntutan jika kereta anda terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh pemandu lain. Namun, anda boleh membuat tuntutan insurans sekiranya ada menambah nama pemandu tersebut dalam polisi atau telah membeli polisi insurans kereta dengan perlindungan insurans semua pemandu ketika memperbaharui insurans anda.

Bolehkah saya membatalkan polisi insurans pada bila-bila masa?

Ya, anda boleh membatalkan polisi insurans anda pada bila-bila masa. Bagaimanapun penalti mungkin akan dikenakan sekiranya anda membatalkan polisi sebelum tarikh tamat.

Bolehkah saya memperbaharui insurans kereta saya jika kereta telah berusia lebih daripada 15 tahun?

Pakej yang ditawarkan oleh syarikat insurans kereta boleh menjadi lebih sedikit kerana usia kereta anda. Walau bagaimanapun, pakej insurans kereta yang ditawarkan di Bjak.my merangkumi pelbagai jenis kereta dan oleh itu anda masih boleh memperbaharui insurans kereta anda di Bjak.my.

Bagaimanakah insurans kereta komprehensif berbeza dengan insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian?

Perbezaan utama ialah insurans kereta komprehensif melindungi kerosakan kereta anda semasa perlanggaran (kemalangan jalan raya), kebakaran dan kecurian tetapi insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian hanya melindungi kerosakan semasa kebakaran dan kecurian sahaja. Servis khidmat tunda turut tidak disediakan jika anda membeli insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.

Perbaharui insurans kereta anda di Bjak.my Sekarang!

Bjak.my adalah sehenti untuk perbandingan insurans dan platform pembaharuan insurans kereta di Malaysia. Bjak.my membantu pemilik kereta untuk mendapatkan harga terendah bagi insurans kereta mereka dengan melakukan semua langkah yang dinyatakan di atas.

Ramai pemilik kereta telah memperbaharui insurans kereta mereka di Bjak.my dan memberikan maklum balas yang baik di laman media sosial. Anda boleh membaca penilaian berkenaan Bjak.my di sini.

Jom minta sebutharga untuk insurans kereta dari Bjak.my hari ini.

[Button id=”1″]

Kredit: Panduan Untuk Membeli Insurans Kereta Terbaik

Baca Juga :

Best Ke Bisnes Car Wash Ni?

Syarat Utama Kerja Sebagai Pemandu Peribadi 

Tayar Kereta Pancit! Apa Nak Buat?