Skip to content

Aku Dah Start Belajar SEO Dengan Lebih Mendalam

belajar-seo-secara-mendalam-untuk-pemula

Aku Dah Start Belajar SEO Dengan Lebih Mendalam | Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab Tuhan tu lorongkan aku belajar hal hal Search Engine Optimization (SEO) ni dengan lebih mendalam dan spesifik. Semuanya dengan bantuan Mr. Google jer pon.

Betul jugak cakap cakap netizen Malaysia ni yang aku skrol dekat facebook kan .. ada yang cakap ..sejak covid19 PKP ni ..yang mana dulu malas membaca jadi ulat buku terus bila duduk rumah je kan ..

Kalau bab keluarga ni .. kalau dulu si Ayah jarang nak solat berjemaah dan makan malam bersama dengan si anak sebab tuntutan kerja. Sekarang sejak wabak ni merebak, kita semua berubah ke arah kebaikan bersama.

Alhamdulillah, itu yang aku rasa sekarang ni !

Sebenarnya banyak je aku buat semasa PKP tu ..hehehehe .. Okay nanti aku share dekat lain artikel ..

Cuma kali ni aku nak share dengan korang pasal Search Engine Optimization (SEO).  Bagi seorang penulis blog @ blogger, mereka mereka ni semua memang dah tahu dah Apa Itu Seo dan Kebaikannya untuk popular kan lagi content kita supaya apabila seseorang yang mencari sesuatu info dan maklumat tertentu akan muncullah blog kita dijadikan sebagai rujukan.

Haaa .. best kan? Sape lah tak nak macam tu ..

Blogging Dah 10 Tahun TAPI Basic SEO Baru Nak Hadam 

Ya korang. Aku dah ada kat dunia blog ni lebih kurang 10 tahun macam tu. Sejak aku habis belajar Sekolah Tinggi tingkatan 6 masa tu STAM.

Tahun tu 2009. Tahun 2010 bosan takde apa nak buat. Aku mula fikir apa yang suka aku buat.

Jadi aku nampak pada diri aku, aku suka membaca. Hmmm, akhirnya menulis blog untuk share info dan pengalaman adalah tempat yang paling terbaik nak berkarya.

Kononnya berkarya lah sangat .. hahahah …

Masa tu aku tak tahu pon dan tak terpikir pon ada SEO ni semua.

Yang aku tahu dan nak belajar ketika tu. Macam mana nak setup blog pertama guna servis dari google iaitu Blogger.

..Dan cara nak cari Theme sedap mata memandang dan laju bila loading tu je.

Selebihnya aku tengok tengok blog Otai Blogger Cara nak tulis artikel.

Akhirnya dekat blog aku masa tu ada laa artikel pertama yang siap untuk publish !!

Masa tu ingat lagi tak percaya boleh menulis dan bagitahu 1 dunia .. Yes, I am Blogger !! Hahahaha …

Ehhh … melaluttt pulak aku bercerita niii …. !!! Stop ..

Aku kan nak cerita pasal SEO sejak PKP dilaksanakan Kerajaan kita.

Basic SEO Blogger Wajib Tahu Jika Nak Jadi Blogger Berjaya Buat Duit USD

..Aku poin kan siap siap kat sini ..insya Allah korang akan paham.. mungkin next article aku akan share poin poin ni semua okay secara spesifik ..

1. Wajib pasang Google Analytics (kod html) tu tanam dalam blog

2. (Optional) pasang facebook pixel

3. Cari info / isu semasa guna Google News

4. Cari info / isu semasa guna Google Trends

5. Cari keyword mahal yang selalu orang taip kat google search bar guna Google Keyword Planner

Kiranya ni je Basic yang mana mana Blogger WAJIB tahu guna sebelum pergi lebih jauh.

Selama ni aku buat artikel nak update blog cuma guna akal pikiran je. hahahah ..

..maksudnya… Apa yang terlintas kat pikiran kita..kita tulis kan ? perasan tak ..

Padahal nak rangking-kan artikel dan blog kita tu sebenarnya kena cari info dengan guna poin poin aku dah senaraikan kat atas ni ..

Itu je !

2 thoughts on “Aku Dah Start Belajar SEO Dengan Lebih Mendalam”

  1. Betul SEO ni sangat penting bagi seorang penulis blog @ Blogger.

    Tak kira dia blogger di platform blogger.com ataupun wordpress seriusli wajib tahu serba basic SEO untuk senangkan orang lain @ netizen nak dapatkan jawapan sesuatu perkara terus jumpa blog kita di ‘search engine google’ .

    Teruskan Asyraf buat artikel macam ni. Sangat membantu newbie2 blogger nak tahu pasal SEO ni. Walaupun di setiap tulisan Asyraf ada selik ayat2 ketawa asyik nak tergelak jer TAPI Bagus sebab ini salah satu yang pihak Google suka. Ada human touch di dalam penulisan blog.

    Google tak suka blog Copy-paste. Readers baca pun macam robot je tulis!

    Cara Asyraf buat tu salah satu Tips SEO. Tahniah !!

Comments are closed.