Study Ikut Minat

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera. Moga korang sihat selalu ya.

Siapa kat sini dulu-dulu masa lepas habis SPM, nak masuk kolej Universiti ikut kawan? Kalau tak ikut kawan pun paling teruk mak ayah paksa suruh belajar kat situ dan ambik kos yang mereka nak korang belajar.

Apapun jawapan korang. Yang penting habis belajar nanti nak grad bila nak cari kerja kita tak menyesal.

Ini poin yang saya nak tekankan untuk kepentingan bersama.

Penulisan ini harapnya dapat dibaca dan diambil peduli dengan sepenuh perhatian oleh pelajar yang sedang di ambang SPM  tahun 2017 atau lepasan SPM 2016.

Kalau korang dah baca perkongsian ini, mohon jasa baik untuk share dekat mana-mana media sosial facebook dan instagram ok.

Terima kasih untuk perhatian ini.

Berbalik kepada tajuk artikel Study Ikut Minat yang ramai senior-senior korang nak korang tolong ambil perhatian.

 

Study Ikut Minat Untuk Kepentingan Masa Depan

Memanglah rezeki hanya berhak Allah yang tentukan. Tetapi sebagai manusia yang Tuhan sudah berikan akal fikiran dan akhil baligh sampai waktunya. Kita wajib berfikiran jauh sedikit dari orang lain.

Tip#1 Jangan Ikut Kawan

Ya. Ini yang nak ditekankan kat sini. Wahai adik-adik 16 dan 17 tahun yang masih diberi peluang hirup udara kehidupan remaja. Fikirkan masa depan korang lepas habis belajar nanti.

Satu hari Tuhan telah tentukan : Bahawa ..

1. Habis belajar Diploma terus kena kerja sebab mak ayah tak boleh nak tanggung perbelanjaan lagi. Atau mak ayah  suruh kita bekerja sebab nak kita jadi contoh kepada adik beradik lain bahawasanya lepas kita Graduate Diploma kita  sudah bekerja. Jadi ia menjadikan ispirasi buat adik adik yang masih belajar.

2. Habis belajar Degree mak ayah suruh cari kerja terus walaupun hakikatnya korang teringin nak sambung Master. Nak tak nak  korang kena cari kerja jugak terutama kita-kita yang lahir dan hidup dalam keluarga sederhana. Lainlah kawan kita yang lain tamat Degree, boleh sambung Master.

Itu namanya takdir atau qadak & qadar Allah (ketentuan & ketetapan Tuhan). Ya, kita perlu redha.

Asyraf nak bagitahu kat sini serius untuk adek-adek yang masih belajar di sekolah menengah. Semasa korang di tingkatan empat (4) lagi, korang dah fikir dimana hala tuju selepas SPM. Takkanlah tak nampak kan ? Kata dah baligh ..

Siapa yang minat sains masuk kelas sains tulen. InsyaAllah masa depan tu dah nampak nak ambik fakulti apa untuk  diploma atau ijazah nanti. Dan paling penting kerja masa depan.

Siapa yang minat sejarah dan fakta. Dah tahu 1 hari nanti korang akan belajar diploma / ijazah undang-undang.

Siapa yang minat ekonomi dan perakaunan. Konfem dah tahu mana hala tuju yang sepatutnya kan.

Tekad betul-betul ya korang adek-adek. Jangan ikut kawan.

Nanti menyesal tak sudah.

Study Ikut Minat Kerana Lagi Maju Sebuah Negara Lagi Mahal Pendapatan

Seperti yang kita sedia maklum, 2017 tahun yang sangat mencabar bagi rakyat Malaysia khususnya kerana
duit malaysia jatuh menjunam dengan tingginya nilai united states dollar currency (USD).

Walaupun ada lagi duit negara lain seperti Britain dan Dubai nilainya lebih tinggi. Tetapi seluruh dunia
menggunakan USD sebagai matawang untuk pelbagai urusan.

Untuk info kita bersama, gaji basic seorang graduan Degree berumur 25 tahun (amnya) biasanya hanya dibayar RM2500 sahaja.

Jika jumlah gaji ini yang korang dibayar adek-adek terutama bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Saya takut korang tak mampu nak pakai kereta Honda City dan makan di tempat hipster. Hahah, ini yang pastinya kan !

Jadi, fikirkanlah masa depan kita.

Habis je SPM. Cuba research sikit kat google tu kolej dan universiti mana yang terbaik untuk kita ambil jurusan yang sesuai dengan minat kita dan pasaran masa depan. InsyaAllah jumpa.

Saya sendiri pun boleh jumpa. Takkanlah korang yang hipster ni tak mampu nak godek google kan.

Tips#Mudah

1. Study Syariah dan Undang-undang (atau laws sahaja) – pasaran kerja sangat memerlukan pakar
2. Study Hospitality / Hotel Management – pasaran kerja banyak perlukan pakar di sektor ini
3. Study Fashion / art Designer – pasaran kerja sangat perlukan orang baru untuk rekaan baru

Okay itu saja untuk kali ini. Terus support Asyraf untuk perkongsian ilmu ini.

Asyraf hanya SHARE mengikut pengalaman study dulu dan kerja di pelbagai sektor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KONGSI :

KLIK DAN TERJAH

2 Comments

  1. Mmg minat sjrh dari dulu tpi english so so je but currently tgh take engineering n my father suggest teruskan je. Physic tu ada minat jugak but xsuka sgt math. So should i change my course?

    1. Okay brother macam ni.

      Now dah ambik course engineering. Kira hebatlah tu. English bukan so so ni. huhu ..

      Apapun tengok kepada minat dan kecenderungan kita nak jadi apa one day.

      Saya ada kawan yang belajar Medic dah tahun kedua dia rasa tak boleh go padahal dia boleh je teruskan sebab memang jenis pandai.

      Tapi disebabkan minat dia ke arah nak jadi Pilot, dia teruskan sambung belajar untuk kadet Pilot.

      Apapun brother Hamba Allah, kita tengok kecenderungan serius itu lebih kepada apa ?

      Kalau ikut situasi saudara ni, kalau still tahun 1 atau dua rasanya masih tak terlambat nak tukar course. Kalau dah tahun akhir rasanya teruskan.

      Nanti nak sambung Master ambik course yang related kepada passion tetapi tak tersasar kepada course degree kita dulu ambil.

      Moga membantu ya Hamba Allah.

      Jika artikel ini bermanfaat, mohon share ya. Terima kasih taw ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge