Skip to content

Suami Youtuber ‘Sugu Pavithra’ Berhenti Kerja Sebab Popular

Suami-Youtuber-Sugu-Pavithra-Berhenti-Kerja-Sebab-Popular



Suami Youtuber ‘Sugu Pavithra’ Berhenti Kerja Sebab Kami Dah Popular | Inilah dia ungkapan dari mulut Puan Pavithra sendiri dan ternyata hatinya cukup bersih dan ‘humble’ untuk berkata sebegitu rupa. Luahan ini dibuat sendiri oleh Youtuber Popular Malaysia berniche-kan masakan tradisional masyarakat India Malaysia di channel youtube beliau.

Sebenarnya aku nak tergelak habis terbahak bahak bila dengar isi hati Puan Pavithra ni. Yelah setiap apa yang dia cakap tu memang dari beliau sendiri bukan dibuat buat. Dan ..aku sangat yakin konfem penuh netizen Malaysia dan orang Malaysia luar negara yang komen benda sama yang Puan Pavithra ni cakap macam sombong dekat komen video tu ..hahahaha …

Seriusli jauh di sudut hatiku yang murni ini, Puan Pavithra bukan seorang yang sombong dan bongkak untuk berkata sebegitu rupa ya. Aku yakin itu lah kata kata ikhlas beliau yang lahir penuh ihsan dari seorang yang biasa biasa kini sudah luar biasa hebatnya di Malaysia.

Jom kita tahu serba sedikit Apa Yang Menyebabkan Suami Puan Pavithra Berhenti Kerja ..

3 Sebab Paling Munasabah Kenapa Suami Puan Pavithra Berhenti Kerja

Seperti yang dimaklumkan Puan Pavithra di channel youtube .. alasan yang munasabah suaminya patut berhenti kerja adalah ..

#1 Tak Boleh Cuti Banyak Kali

Yelah kan, mana mana kerja kat dunia ni mana ada majikan boleh bagi sesuka hati dekat seseorang pekerja tu untuk cuti banyak kali dalam sebulan.

Amboii .. jilat bos nampak! Penah dengar kan .. ayat ni? Selalu disebut sebut di mana mana tempat kerja.

Yelah mana boleh bos / majikan nak bagi hak istimewa kepada seorang pekerja untuk cuti lama lama. Nanti kerja orang atasan tu sape nak buatkan ?? Nanti orang bawahan yang jadi mangsa.. tu pasti kekdahnya kan.. hahaha tak yah tipu.. aku tau!

Tapi yang pastinya kalau bos / majikan tempat kerja tu selalu bagi excuse kepada seseorang yang macam ni ..bahaya jugak .. kalau orang atasan tahu ..konfem 10 keturunan kau kena maki hilang punca rezeki .. kan dah kena ! Haaa .. bahaya jangan amalkan di tempat kerja anda ya .. hahahah …

Guys, ini contoh je yer. Kalau terasa tu ..lantak pi la..sape suruh makan cili ??

#2 Absent Dari Tempat Kerja


Okay ayat absent dari tempat kerja ini apa yang suami Puan Pavithra bagitahu dekat channel mereka lah. Tapi dari sudut apa yang aku faham sebagai netizen lah kan ..

Absent yang mereka cuba sampaikan ni lebih kepada .. mungkin …

Suami Puan Pavithra Encik Sugu selalu jugak absent kerana nak menolong isterinya Pavithra di dapur setiap kali nak memasak masakan masakan yang lebih berat untuk penonton kita kita ni lah kan ..

dan .. jugak disebabkan mereka dah femes, ramai orang luar / netizen / masyarakat Malaysia yang baik hati dan murni suci bersih ni ada yang menghadiahkan macam macam barang dapur dalam kuantiti yang banyak dan berat ..

Jadi memang ada baiknya Encik Sugu ni menolong dan membantu isterinya Puan Pavithra di rumah untuk menjayakan channel youtube mereka.

#3 Kami Dah Femes, Ramai Orang Datang Ke Rumah Untuk Interview


Puan Pavithra sendiri memberitahu di channel mereka, setiap hari ada wartawan / reporter / individu yang datang ke rumah mereka 2 hingga 3 kali sehari untuk menemubual mereka tentang resipi kejayaan mereka selama mengendalikan channel youtube hanya dari rumah berlatar belakangkan dapur yang sangat klasik dan sinonim bagi rakyat Malaysia

yang mencerminkan suasana persekitaran rumah dan dapur milik Puan Pavithra dan suaminya ‘looking simple’ jer biasa biasa je tak lah mewah macam sesetengah youtuber lain ..

Ofkos orang Malaysia termasuk aku sendiri terkesima menonton channel youtube mereka ..

Eh dah melalut pulak aku bercerita ni .. hishh!! ..hahahah …

Okay disebabkan

..”seperti mana anda tahu, Kami memang dah popular lah, Tapi bukan apa-apa.. kami pun tak sempurna lah, jadi ini dari anda semua (rakyat Malaysia), kami semua dah fikir untuk pindah rumah ..dan akan bagitahu hari bila pindah di video terbaru nanti..”

Jadi disebabkan mereka dah pon popular di seluruh Malaysia dan pastinya seluruh dunia lah kan ??.. yelah youtuber yang popular humble ni biasanya 1 dunia akan tahu mereka femes sebab keunikan youtuber itu sendiri kan .. lain dari yang lain …

Puan Pavithra menasihatkan suaminya untuk berhenti kerja dari Ladang Estate untuk sama sama fokus dan bantunya dalam mengendalikan channel mereka terus maju dan lebih terkenal lagi untuk di masa akan datang.

[Dah Baca?] Gaji Youtuber Sugu Pavithra Bulan Pertama Dari Google RM900 jer!

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=WS-jW9DGXxs[/embedyt]

Nasihat Netizen Seperti Saya Untuk Puan Pavithra

– diharap Puan Pavithra dan suami Encik Sugu terus humble dalam apa jua aktiviti sama ada di dalam channel terutama apabila netizen / masyarakat Malaysia terserempak dengan Puan sugu di luar sana

– diharap Puan Pavithra dan suami Encik Sugu apabila dah pindah keluar dari Ladang Estate ke rumah baru tu nanti. Kami semua netizen Malaysia tak kisah Puan dan suami nak tinggal mana.. janji Jangan bebankan Puan lah nak sewa rumah mahal mahal ketika seluruh dunia masih lagi bergelumang dengan Covid-19 ni

– tinggal dan duduk rumah biasa biasa pun dah okay, tak kisah lah rumah teres setingkat ke rumah pangsa ke rumah flat ke, apartment ke .. JANJI Puan Pavithra dan sekeluarga selamat sejahtera dan aman sentiasa ..


– Alhamdulillah syukur! Dapat gaji Youtube ni bukan dalam Ringgit Malaysia (MYR). Dalam mata wang dolar (USD) tu. Tu sebab sejak covid19 ni ramai giler Youtuber muncul bak cendawan selepas hujan. Diharap, Puan Pavithra dan suami dapat membuat saving sebaik mungkin dengan pihak Financial Planner yang bertauliah yang diiktiraf kelayakannya oleh Bank Negara Malaysia dan dipercayai itu semestinya .. ada duit lebihan youtube tu ..boleh beli emas, perak ke saham ke forex ke .. ikutlah ..yang mana Puan Pavithra selesa .. YANG PENTING Financial Planner tu orang yang diiktiraf kelayakannya lah ..

– seperti mana Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin dan netizen Malaysia juga ada mengesyorkan Puan dan suami membuka restoren masakan Indian Malaysia yang ada Cop Halal supaya semua bangsa dan agama boleh menikmati juadah puan. Bagi saya itu 1 benda yang sangat susah untuk di-plan buat masa sekarang,  jika Puan dan suami nak buat masakan dan jual pun ..mungkin boleh buka gerai kecil kecilan dulu di kawasan rumah dan sebagainya ..

– InsyaAllah, sebagai rakyat Malaysia walaupun saya berlainan Agama dan Bangsa dengan Puan Pavithra ..Doa dan Harapan saya moga Puan sekeluarga dilindungi, dipelihara dan sentiasa bergembira bersama orang orang yang menyayangi Puan selama mengendalikan channel youtube Sugu Pavithra ..

– Puan Pavithra … Terus Kembangkan Channel Youtube Puan Sekeluarga ..kami semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama dah suka sangat dengan channel Puan yang sentiasa humble tu ..

Sekian celoteh dari saya Blogger Cap Bunga ..