Nak Jadi Cabin Crew Tapi Bertudung? Syarikat Penerbangan Ini untuk Anda.

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Bahagia.

Nak Jadi Cabin Crew Tapi Bertudung? Syarikat Penerbangan Ini untuk Anda. Ya inilah yang cuba Asyraf tolong korang bagi yang berminat nak jadi krew penerbangan. Terutama wanita bertudung.

Asyraf yakin mesti soalan-soalan ini banyak bermain di fikiran korang :-

1. Ada lagi ke syarikat penerbangan yang mensyaratkan wanita bertudung untuk jadi cabin crew ?
2. Masih wujud syarikat penerbangan yang memberi kelebihan kepada wanita bertudung untuk jadi flight attendant ?

dan macam-macam lagilah korang akan berfikir kan ? ..

Okay takpe. Jangan risau, tak perlu gundah gulana bagai ok.

Sebagai orang Airlines suatu masa dulu. Walaupun saya hanya berjawatan Customer Service Officer (ground staff frontliner),  jiwa passion saya sangat menebal untuk tahu itu ini pasal dunia penerbangan.

Yelah takkan kita duduk kat grup kita je kan. Mesti kena berkawan dengan grup cabin crew, Pilot, engineering dan sebagainya.

Alhamdulillah rezeki Allah luas. Kita saja yang kena berusaha untuk dapatkan segala ilmu.

Baiklah, berbalik kepada tajuk asal artikel ..

Nak Jadi Cabin Crew Tapi Bertudung? Syarikat Penerbangan Ini untuk Anda.

2 Syarikat Penerbangan ini Khas Untuk Wanita Berhijab

Sebenarnya kalau ikutkan syarikat penerbangan untuk jawatan cabin crew khas wanita bertudung ada banyak seperti  Fly Nas based di Jeddah Arab Saudi, Air Arabia based di Sharjah United Arab Emirates dan sebagainya.

Faham ya syarikat penerbangan yang dinyatakan itu bukan saja untuk wanita bertudung tapi free-hair untuk flight attendant mereka juga ditawarkan.

Tetapi artikel ini hanya fokus untuk wanita asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore
yang baru berjinak-jinak nak kerja sebagai Cabin crew atau Flight Attendant sebagai kerjaya
permulaan dalam industri penerbangan.

Maksud Asyraf disini, kepada wanita berhijab yang masih newbie masih baru teringin sangat bekerja
di awan biru. Yes, 2 Airlines yang dicadangkan ini sangat sesuai untuk permulaan menapak sebelum
pergi lebih jauh.

Okay dah bersedia ?

Baiklah jom Asyraf share ..

1. Eagle Express

– Sebuah company private bersifat Global based in Kuala Lumpur – main office
– Hanya fokus kepada perkhidmatan Umrah/Hajj charter
– Cabin crew yang terpilih untuk bekerja, akan stay di Jeddah Arab Saudi
– Lelaki dan wanita diterima untuk jawatan crew
– Wanita free-hair dan berhijab diterima sebagai cabin crew

Ada beberapa kawan Asyraf lelaki dan perempuan yang masih di Eagle mereka kata, kalau sesiapa suka kerja mencabar jauh dari keluarga tercinta dan khasnya untuk wanita bertudung. Eagle Express adalah permulaan.

Klik sini untuk mohon Cabin crew Eagle Express.

2. Saudi Arabia

– Sebuah airlines company Arab based in Jeddah Saudi Arabia
– Commercial flight seperti Airlines lain di dunia
– Tetapi ada juga perkhidmatan layanan untuk Umrah/ Hajj passenger
– Cabin crew yang terpilih untuk bekerja, akan stay di Jeddah Arab Saudi
– Pemilihan cabin crew lelaki hanya warga Arab Saudi sahaja (ini sebab Asyraf tak dapat pi, kalau open
bekerja dah kat sana)
– Pemilihan cabin crew wanita seluruh dunia samada free-hair dan berhijab

Ada juga kawan Asyraf syorkan untuk permulaan kerjaya crew better Arab Saudi sebab katanya uniform cantik boleh selfie je kerja korang. Haha .. Tapi serius dulu uniform Saudi ni tak lawo macam pakai baju batik orang kerajaan.

Tapi now uniform Saudi all blues. So cantik la bila catwalk tarik bag crew berkumpulan.

Klik sini untuk mohon Cabin crew Saudi Arabia.

Moga penulisan ikhlas Asyraf ini memberi manfaat untuk semua wanita bertudung khasnya.

Alangkah gembiranya orang yang cantik lawa bertudung dapat tahu pasal artikel ini bila korang
SHARE di mana-mana media sosial.

Terima kasih ya korang. Sayang ketat-ketat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KONGSI :
  • 8
    Shares

KLIK DAN TERJAH

8 Comments

  1. Allahu, nape lah baru ni dapat info nih niii.. Kalau ler 30 tahun yang lalu, Asyraf kongsi info ni, kan ke best.. boleh akak apply.

    Kak Su – Membantu ibu2 di rumah membina blog dan bisnes online

    1. 30 tahun lalu. Saya masih kecik time tu. Hahah masih belajar menulis membaca dan cuba mencari ilmu penulisan.

      Takpe kak, kalau ada sedara mara family yang teringin boleh SHARE post ni. Mana tahu in shaa Allah dapat bantu depa bekerja ..

    1. Ya, sangat bagus. Moga artikel yang Asyraf tulis ni VIRAL lah untuk sesiapa yang teringin ..moga ia bermanfaat dan kita pun dapat saham akhirat.

    1. Alhamdulillah KZ. Memang ada cuma orang yang nak sangat jadi cabin crew terutama Wanita bertudung kena banyak cari info dekat Google dan banyak bertanya orang Airlines terutama kalau dah fly tu. Cuba tanya konfem mereka boleh bantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge