Skip to content

Tayar Kereta Pancit? Aku Terus Pergi Ke Pusat Silicon Auto Seri Kembangan.

Tayar-kereta-pancit

Tayar-Kereta-Pancit
Baru-baru ni Tayar Kereta aku pancit dekat parking kawasan rumah. Jenuh aku fikir nak baiki tayar kereta ni dekat Pusat Servis kereta mana satu yang dekat. |
Kalau berlaku tayar kereta pancit walaupon elok-elok parking dekat kawasan rumah pon dah gabra kalut.

Apatah lagi semasa dalam pemanduan dekat atas highway atau jalan kampung ..hmmm lagi lah takut tu lain macam kan?

Yelah takut ni macam-macam versi mengikut jantina jugak kan? Hahahah …

Orang perempuan mungkin versi dia takut tu dah macam kehilangan anak.

Orang lelaki pulak mungkin versi dia tu lebih kurang macam gegirl jugak
(sebab tak reti nak tukar tayar spare-part).

Aku pulak yang jenis bukan seorang yang teknikal sangat pasal kereta ni.

Walaupon dah 4 tahun miliki kereta sendiri.

Tapi nak tukar tayar kereta sendiri pon fikir banyak kali. Nak tukar ke tak nak.

Hahaahaha …

Baca : Servis 80,000 km di Perodua Service Centre Bentong

Mekanik-Kedai-Tayar-Motor

1. Apa Nak Buat Bila Tayar Kereta Pancit

Okay jujur dekat sini aku nak bagitahu walaupun aku bukan jenis teknikal sangat pasal kereta ni.

Tetapi sebagai seorang pemilik kereta, kita wajib tau apa nak buat bila tayar kereta dah betul-betul lunyai lembik.

– Capai handphone kita dan type dekat google search bar ” kedai tayar nearby me “
– Tak kisah kedai motor atau kereta lagilah bagos sebab kita datang sana teros baiki lah
– Bila kita dah jumpa kedai tersebut, kalau ada nombor telefon boleh teros call
– Bagitau kejap lagi saya datang nak tampal tayar sebab dah pancit
– Owner kedai tayar tu konfem akan tunggu kita lepas kita call

..macam kes aku, aku ambik gambar dulu siap-siap (sebab nak blogging kan) hahaha…

aku amik gambar tayar pancit ni sebab nak tunjuk dekat Mekanik Bagaimana keadaan tayar aku tu boleh tampal lagi ke atau dah kena tukar tayar baru..

so penting jugak lah ambik gambar ni.

Sebelum aku pergi Pusat Servis Kereta (kedai khusus untuk tayar), dekat dalam kawasan rumah aku ni ada beberapa Bengkel kereta dan motor so aku hanya jalan kaki dalam 10 langkah je dah sampai untuk aku bagitahu abang-abang Bengkel tu kereta aku yang parking kat belakang bengkel mereka ni (aku siap bagi arah tangan lagi) pancit dan aku tunjuk laa gambar keadaan tayar kereta aku ni.

Jadi abang mekanik tu pon bagitahu,

..” Haaa bawak kereta awak tu ke sini nanti abang pam.”..

Sampai je kereta aku depan bengkel abang tu, terus abang dalam gambar ni pam-kan tayar kereta aku.

Aku pun apa lagi borak-borak la sikit pasal tayar ni. Abang tu cakap ..

..” Nanti awak pegi bengkel bagitahu saya nak tampal tayar sebab bocor.” ..

Abang tu sambung lagi,

..” Kalau Tokey tu kabor, kena tukar tayar.. baru lah awak tukar”..

Okay from this moment baru aku faham macam mana bila tayar kereta kita pancit apa yang perlu kita buat untuk step seterusnya.

Apa yang abang mekanik tu bagitahu adalah 1 nasihat supaya kita tak kena tipu hidup-hidup. hehe…

Keadaan-Kereta-Bila-Tayar-Ditanggalkan

2. Bila Sampai Pusat Servis Tayar, Nak Tampal Ke Atau Tukar Tayar Baru?

Okay untuk kes macam aku ni, dalam hati aku terdetik kalau aku tukar tayar ni sebelum gaji memang dah lari bajet lah gamaknya ..hahaha …yelah nak tukar Tayar sebiji pon bukan murah.

Sebiji konfem tak lari RM120 bagi jenama paling cikai (tayar murah).

Itupun kena tengok jugak tayar tu dah berapa lama keluar kilang.

Kalau dah lama keluar dan harganya masih kekal RM120 atau harga yahud1, lebih baik mintak diskaun atau kalau Tokey kedai tak bagi jugak diskaun.

Better kita cari kedai lain je.

Bukan apa aspek keselamatan atas jalan raya tu lebih penting dengan bunga tayar yang masih baru kan.

..Sampai je Pusat Silicon Auto (SK) Sdn Bhd ni .. aku terus bagitahu kat Tokey kedai apa yang abang mekanik tu nasihatkan ..

Mekanik-Viking-Periksa-Tayar-Pancit

Ini apa yang berlaku dekat Pusat Silicon Auto (SK) Sdn Bhd Seri Kembangan ..

– macam biasa kita masukkan siap-siap kereta ke dalam bengkel
– turun kereta terus bagitahu staff kat situ tayar kereta pancit
– saya nak tampal kalau ok lagi
– Alhamdulillah selepas pemeriksaan dilakukan, tayar kereta aku masih layak lagi nak buat tampalan
– huh lega aku time tu
– Staff Pusat Servis VIKING ni compare kan 3 Jenis Tampalan Untuk Tayar Kereta

(seperti dalam gambar, aku mulakan yang paling murah)

3-Jenis-Tampalan-Tayar-Kereta-Pancit

1. Nampak tak penampal yang berbulu hitam yang dalam plastik tu, dia just masukkan penampal tu dari luar tayar kereta. Harganya RM7.

2. Penampal tayar pancit kedua yang dekat tengah-tengah tangan staff tu, lebih kurang sama macam pertama tu tapi dia special sikit sebab ada pelekat (macam handy plast balut luka tu).

Mekanik akan tampal dari luar tayar kereta jugak. Harganya RM15.

3. Penampal tayar bocor yang ketiga ni (dalam kotak merah tu) penampal tu jenis bulat.

Mekanik akan tampal dari dalam tayar kereta. Harganya RM25.

Untuk penampal tayar RM25 ni, dia kata boleh tahan paling lama 6 bulan. Paling sekejap 3 bulan ..mengikut cara kita memandu kereta.

Mekanik-Viking-Tampal-Tayar-Pancit

Ketika staff Viking tampal tayar kereta aku, aku pon apa lagi tanya la harga untuk beberapa dan jenis tayar kereta yang mereka jual.

Senang la di masa akan datang aku nak tukar tayar baru dekat area Seri Kembangan ni.

Dekat pon dekat dengan rumah aku ni.

Bagi anda yang nak cuba Servis Kereta Terbaik, Cekap dan Cepat ini boleh lah layari website www.siliconauto.com.my

Dah Baca? Pemandu Peribadi Diperlukan Segera Gaji Basic RM3000

Sekiranya artikel ini bermanfaat, boleh share dengan kawan dan family members.

Mana tau artikel tayar kereta pancit yang korang share ni bukan saja dapat bantu aku tapi dapat jugak bantu orang lain yang lebih kurang sama je tak reti nak tukar tayar kereta sendiri bila tayar kereta pancit berlaku.

Baca Juga 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu!