The Gemalai Village Keunikan Resort Ala-Kampung di Langkawi

The Gemalai Village Keunikan Resort Ala-Kampung di Langkawi | Siapa yang tak sukakan kedamaian dan ketenteraman itu aku pelik. Aku pelik dengan orang macam ni. Takkanlah sana sini kau nak huru-hara. Hahaha, tiber-tiber emosional pulak. Aku saja nak tengok korang tu.

Okay lah jom aku kongsikan dengan korang antara tempat menarik untuk bermalam di Pulau Langkawi.
The-Gemalai-Village-Langkawi-dari-pelbagai-sudut-view
The-Gemalai-Village-Langkawi-Booking

Luar kawasan resort ini memang jalan utama Langkawi. Kira resort ini betul-betul tepi jalan lah senang cerita. Selangkah masuk je ke kawasan aman damai tenteram ni. Haaa, bestnya!

Serius memang udara dekat sini segar sebab sawah padi betul-betul dekat dengan korang akan menginap di The Gemalai Village ni. Kira korang duduk atas sawah padi lah.

The-Gemalai-Village-Langkawi-sesuai-untuk-pasangan-baru-berkahwin-dengan-view-romantik

Aku sangat teruja tengok suasana macam ni. Terasa nak hari-hari je bangun pagi macam ini. Petang hari makan cekodok beli kat kedai seberang dan makan dekat beranda resort ini. Wah, seronoknya!

booking-secara-online-The-Gemalai-Village-Langkawi

Mana taknya korang tengok sendiri lah segala view cantik, terpesona, terkesima oleh mata kasarku. Boleh ke tak nak booking resort ni at least seminggu? Okay ke tak menulis je dekat sini. Aman je.

Untuk pengetahuan bersama, The Gemalai Village ini empunya dimiliki dan diusahakan oleh Langkawi Development Authority (LADA) sendiri. Ini adalah produk keluaran terbaru yang mereka jayakan untuk Langkawi. Terima Kasih LADA bawa kami kesini untuk ambik gambar pelbagai aksi dan selfie sepuasnya. Hehehe… i Love so much this place!

Makan-Cekodok-di-Petang-Hari-hanya-di-The-Gemalai-Village-Langkawi

Ada 2 jenis kediaman The Gemalai Village ini. 1 tingkat dan 2 tingkat yang padanya ada balkoni (open space for private purpose) di tingkat bawah. Aku dah lupa apa nama jenis-jenis kediaman resort mereka ni. Tapi serius, kalau korang rasa nak stay seminggu. Better booking cepat ya!

Resort ni memang full everyday. Fikir-fikirkan lah ya. Hahaha…

Bagi korang yang sukakan gambar fotogenik dan ala-ala model tu. Boleh lah datang bermalam disini. Pastikan ambik gambar dari waktu subuh, tengahari dan petang hari ya.

View-Sawah-Padi-The-Gemalai-Village-Langkawi

The Gemalai Village juga ada penawaran kepada tetamu yang hendak berbasikal boleh request booking siap-siap ya. Nanti tak lah kempunan nak berkayuh sekitar Kampung bila kesunyian kesepian bila dah bermalam disini.

Tak-Cukup-1-Malam-Tidur-di-The-Gemalai-Village-Langkawi

The Gemalai Village
Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Malaysia
Phone : +604 955 3225
Email: thegemalai@ladaeco.my
Email: sales@ladaeco.my

facebook-laman-padi-langkawi

Laman Padi Langkawi Produk LADA Yang Masih Dikekalkan Untuk Generasi Akan Datang | Selain bermalam di The Gemalai Village, antara aktiviti yang boleh anda bawa fameli terutama anak-anak yang masih bersekolah. Boleh datang ke Laman Padi Langkawi ini.

Pelbagai info fakta menarik berkenaan dengan sawah padi dan jenis-jenis padi itu sendiri.

pameran-laman-padi-LADA-Langkawi

Aku sendiri terkejut dan terkesima seketika waktu itu. Rupanya di Malaysia ini ada pelbagai jenis padi dan di Langkawi sendiri mereka membajak dan membenihkan sawah padi dari lebih 50 jenis padi untuk keluaran di masa-masa akan datang.

50-jenis-padi-terdapat-di-laman-padi-Langkawi

Untuk info bersama, Laman Padi adalah merupakan sebuah produk pelancongan yang berasaskan eco-pelancongan dimana budaya dan tamadun masyarakat Melayu di dalam aktiviti penanaman padi dikekalkan dan dilestarikan secara hidup. Laman padi siap di bina dan mula beroperasi pada tahun 1998.

Berkeluasan 14.28 ekar merangkumi kawasan pertanian seluas 8.60 ekar yang berkonsepkan alam semulajadi perkampungan. Pelbagai aktiviti dikekalkan sebagai satu Muzium Hidup untuk diwarisi sebagai satu kaedah kepada generasi akan datang.

StoryTeller-Laman-Padi-Langkawi

Info Laman Padi :

RM5.00 (Dewasa) FREE (Kanak-kanak bawah 12 tahun)
Dibuka Setiap Hari dari jam 1000 pagi ke 0600 petang.
10 minit perjalanan dari Langkawi International Airport.
Laman Padi, Pantai Cenang, Mukim Kedawang
Phone: +604 955 4312

 

Makan Tengahari di Restoren Gemalai | Okay dah pusing sana pusing sini sekitar Laman Padi Langkawi. Dah tiba masanya untuk makan tengahari sebelum aktiviti-aktiviti lain yang sangat mencabar di Pulau Langkawi ini.

signature-restoren-laman-padi-langkawi

Yang bestnya dan sedap makan dekat sini sebab semua menunya pun memang berasaskan ala-Kampung style. Nasi, ikan goreng, ayam goreng, kari ikan, kari ayam, dan ulam-ulaman. Serius sedap semuanya!

Restoren Gemalai ini dulu dikenali sebagai SeaShells Cenang yang terletak dalam sekitar 6 hektar setengah atau lebih kurang 3,000 square feet. Ia boleh menempatkan hampir 200 tetamu dalam satu-satu masa. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini antaranya fasiliti untuk corporate event, majlis perkahwinan, rumah terbuka hari raya dan pelbagai lagi occasion yang sesuai dan perlu di-request dengan kadar segera.

DAH BACA : OMBAK VILLA LANGKAWI Lubuk Shoot Filem Drama Malaysia

jom-lunch-di-laman-padi-Langkawi

GEMALAI RESTAURANT
Pantai Cenang, Mukim Kedawang
07000 Langkawi Kedah, Malaysia
Dibuka Setiap Hari dari jam 1200pm to 1000pm
Tel : +604 – 955 3582
E : sales@ladaeco.my

 

The Langkawi Travelogue is brought to you in a collaboration between Borakkita Media / Travelogue Malaysia and The Influenzas team.. supported by LADA. Thanks to our main sponsors – Mega WatersportsUmgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile AdventurelandOmbak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo….

As well as.. The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex and the Royal Langkawi Yacht Club

 

- The Gemalai Village Keunikan Resort Ala-Kampung di Langkawi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

2 Comments

  1. Xplorasi Destinasi October 24, 2018
    • asyrafasri November 16, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: