Skip to content

To all Packaging, Shipping And Delivery Workers. Thank You!

To-all-packaging-shipping-and-delivery-workers-thank-you

Aku yakin 100% kesemua pembeli barang-barang secara online tengah menunggu parcel korang selamat sampai di alamat masing masing kan? Baik dari Shopee dan Lazada! Hahahaha …

Aku sendiri pon tengah menunggu dengan penuh debaran ni.

Hanya Tuhan je tahu betapa berdebarnya hati ni nak menunggu.

Dalam 24 jam sehari hampir 3 kali aku tengok status penghantaran melalui website Tracking.my, baik melalui henfon yang dihantar dekat email dan jugak melalui dekstop laptop bila aku tengah dahaga mencari ilmu untuk sentiasa nak update blog untuk korang.

Hahahah serius lawak.

Ketika artikel post ni aku tulis, aku saja la nak taip sesuatu keyword dekat browser google chrome.

Automatik secara tak sengaja mata aku terhenti melihat browser google chrome yang tengah paparkan tanda ucapan ..

..”To all Packaging, Shipping And Delivery Workers. Thank You!”..

Dah Baca? Baru Aku Tahu Betapa Mudahnya Nak Beli Fever Detector Yang Terbaik Setakat Ni

Okay baiklah.

Aku pon mula lah rasa tersentuh hati yang mendalam memikirkan kepada semua Seller di platform e-Commerce like Shopee Lazada.

Mereka cuba sedaya upaya untuk cepat-cepat hantar barang kita dah bayar dengan ..

– Bungkus barang barang tu semua dalam keadaan baik semoga tak pecah dan rosak

– Syarikat courier pulak bertungkus lumus mencari, mengasing barang-barang yang kita pesan untuk dihantar ke setiap daerah dan setiap negeri seluruh Malaysia khususnya

– Sehinggalah abam-abam posmen pon bersungguh sungguh mencari rezeki di kala waktu wabak Covid-19 yang sangat getir ini untuk mencari dan menyusun barang dengan baik sebelum di hantar ke alamat kita sebagai Customer

Ya Allah! Ya Tuhanku!

Engkau permudahkanlah segala urusan mereka-mereka ini baik dari Seller, Syarikat Courier dan abam-abam posmen van dan motorsikal untuk bawa barang-barang kami beli dalam keadaan baik dan selamat sampai.

Engkau Lindungilah mereka! Kerana mereka sedang mencari rezeki yang halal dan berkat di kala wabak K081d-20 ini sedang menguji kami di seluruh dunia.

Amiiin …