Skip to content

Topup Vitamin C Dan Omega Guard SHAKLEE

Topup-Vitamin-C-Dan-Omega-Guard-SHAKLEE
Yey Alhamdulillah aku baru je topup suplemen Shaklee.

Kali ni aku topup Vitamin C atau lebih dikenali sebagai Sustained Release Vita-C Plus dan Omega Guard.

Vitamin C adalah suplemen WAJIB aku consume setiap hari.

Sebelum tido dan selepas bangun tido mesti ambik 1 tablet.

Vitamin C Shaklee Suplemen Anti-Virus Terbaik Untuk Resdung

Kalau datang selesema dan gatal hidung aku akan ambik 2-3 tablet sekali makan untuk redakan selesema dan gatal hidung.

Selalunya selesema dan gatal hidung yang berlaku dekat aku ni disebabkan aku tiba-tiba rajin nak kemas bilik.

Biasalah aku kan jenis pembersih sikit ..hahaha .. so nak tak nak kena lah bersihkan bilik.

Bukan apa aku ni ada masalah Resdung yang sangat dasyat bila sampai waktunya.

Tak kisah lah Resdung tu datang menyengat disebabkan rajin kemas bilik ke rumah ke, tapi Resdung gatal hidung ni juga akan datang bila aku asyik makan Seafood.

So Vitamin C adalah sangat wajib aku consume sebagai anti-virus untuk seluruh tubuh badan aku.

Vitamin Omega Guard Shaklee Suplemen Terbaik Untuk Kulit Ekzema

Vitamin-C-Dan-Omega-Guard-SHAKLEE

Masalah kulit yang berlaku pada aku ni dah lama.

Sejak sekolah rendah lagi.

Masa tu seingat aku sebelum tido malam tiba-tiba seluruh badan aku gatal-gatal teruk.

Aku garu sana garu sini sebab gatal sangat masa tu.

Last-last seluruh badan aku keluar ruam-ruam merah dan ketulan macam kena gigit semut api.

Malam tu jugak Ayah aku ambik Arang dan sapukan pada seluruh badan aku.

Pergh jadi orang minyak aku masa tu.

Sampai sekarang aku terfikir Kenapa Arang kayu hitam tu dijadikan ikhtiar orang-orang lama.

So penyakit kulit atau lebih dikenali sebagai Ekzema ni sentiasa akan berlaku gatal-gatal seluruh badan sehinggga aku bersekolah asrama.

Korang pun tau kan kalau dah sekolah asrama ni lagilah kebersihan tu kena jaga.

Aku yang jenis pembersih ni pon terkena jugak penyakit kulit masa tu.

Walaupun kita jenis pembersih tapi kalau persekitaran tempat tinggal kita kotor, kita jugak merana.

Maklumlah budak-budak asrama kan.

Takpelah tu cerita lama.

Eh panjang pulak aku cerita kenangan lama yang menggamit memori.

Aku nak cerita Kenapa Aku Suka dengan Omega Guard Shaklee ?

Daripada 18 Manfaat dan Kelebihan Omega Guard Shaklee, antara yang aku suka consume disebabkan ada manfaat untuk pesakit kulit Ekzema seperti aku.

Anda Shaklee Independent Distributor atau Ahli Shaklee Makan Sendiri? Sahkan Email Verification Segera disini.

+++

>> Oh ya sebelum terlupa. Asyraf dah consume supplemen Shaklee sejak 2015 lagi.
Jika anda nak dapatkan supplemen Shaklee (Natural Ingredients) boleh Klik Link di bawah. <<

Beli Produk Shaklee Harga Ahli Dan Boleh Promot Produk Shaklee Sebagai Agen

Selepas anda mendaftar form diatas, anda perlu mengaktifkan keahlian terlebih dahulu untuk membolehkan anda menikmati Harga Diskaun Ahli sebanyak 20% dan anda secara automatik juga boleh menjadi Agen Shaklee.