VVIP Kan Kereta Di Umashi Resources Shah Alam

ASsalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera.

VVIP Kan Kereta Di Umashi Resources Shah Alam. Kalau korang suka sangat pergi Salon manja-manjakan diri untuk badan, kuku tangan, kuku kaki dan muka nak bagi flawless. Cuba ambil sedikit masa dalam 3 jam untuk manjakan dan VVIP kan kenderaan korang tu di Pusat Tinted Mudah Alih Umashi Resources Shah Alam, Selangor.

Macam Asyraf sendiri. Kesian tengok kereta togel sangat macam aquarium je orang lalu lalang tengok aku. Adoi segan.

Yelah terutama nak parking kereta kat mana-mana kita nak tuju. Orang pandang. Adoi segan la tahu la muka kita ni macam artis K-pop.  Tapi plislah jangan beria sangat pandang tu. Hahaha (gedik) ..

Kita ni blogger je pun. Bukan popular mana pun biasa biasa je.

Lagi satu time berhenti kat traffic light aduh lagilah semua orang nak tengok kita terutama mat-mat rempit. Mana taknya takde tinted langsung macam aquarium.

Maka disebabkan tragis itulah, Asyraf ambil keputusan untuk VVIP kan kereta kesayangan untuk urusan rasmi (kononnya) bagi Tinted keseluruhan cermin kereta bagi nampak sporty dan hensem cute macam tuannya. hihihi …

Tarikan Cuci Mata di Umashi Resources Shah Alam

Sebagai customer mestilah kita nak keselesaan, kebersihan tempat kita datang untuk membeli servis dan paling penting cara komunikasi atau layanan staff seperti berada dalam kapal Malaysia Airlines
dan Emirates betulkan ?

Ya, ini adalah first time saya datang ke kedai Tinted bumiputera (Melayu) Umashi Resources dan first time datang  ke Shah Alam. Kau Rasa ? … Dasyat kan. Tapi itulah hakikatnya kita manusia ..
Allah sebaik-baik perancang.

Kalau kita follow instagram rasmi Umashi Resources. Betul sangat-sangat kita sebagai pelanggan nak cari barang atau servis yang harganya tak terlalu mahal dan tak terlalu murah, paling penting berkualiti. Jadi saya memilih Umashi Resources untuk tinted-kan kereta.

Masa saya skrol semua gambar yang di tepek (upload) kat instagram Umashi Resources. Saya akan bandingkan / bezakan 1 kereta dengan kereta lain untuk tengok peratusan (kadar gelap) yang ditawarkan.

Jadi disitu saya rasa pilihan kereta sport saya itu adalah peratusannya 95% (kadar gelap).

Kau rasa ? Sebab apa ya ..

1. Saya kan Blogger (hahah berangan teruk ni) so kena tinted sikit supaya kita rasa privasi.

Take note ya, Blogger kan orang Media (walaupun tak bertauliah tapi kalau helok) tak ke retis jugak terjerumus tu .. fikirkanlah ..

2. Memandangkan kerja 9 pagi 5 petang saya menuntut membawa barang-barang keperluan rasmi untuk urusan rasmi jadi  saya kena pilih jugak 95% kadar gelap untuk kereta.

Tema Merah Umashi Resources Macam Air Asia

Ya itulah yang saya boleh gambarkan untuk premis bisnes ini. Bagus betul pengasas Umashi ni main
strategi.

Warna merah melambangkan seksi dan korporat. Macam Sani Express kan. So impress la kita as customer ye dak.

Staff Umashi Resources Terbaik

Apa yang saya boleh simpulkan ialah ..

1. Semua staffnya orang kita orang Melayu.
2. Sangat bekerja keras dan nampak keikhlasan melaksanakan kerja.
3. Mungkin Pengasas Umashi Resources banyak bagi dorongan ni. Terbaiklah ..
4. Saya tanya sikit. Depa staff-staff yang tengah pasang tinted ni boleh komunikasi dengan
tawa riang senyum semua. Baguslah ..
5. Staff Umashi Resources sangat informatif tentang tinted dan aspek keselamatan juga mereka
siap kongsikan. Ya Allah .. baiknya.

Okay senarai review yang Asyraf nyatakan tu bukan nak perli ke apa ya. Anda pergi dan rasakan sendiri.
Memang terbaik.

Jangan tak percaya ya, masa saya datang VVIP kan di Umashi Resources ni. Customer chinese yang bawak kereta  mewah Mercedes pun tinted-kan di sini ok. Jadi tak perlu takut kena tipu dan tak perlu was-was.

Paling penting Pengasas Umashi Resources hensem dan cute okay. So kepada gadis yang baru beli kereta tu sanggupkan diri korang untuk datang ke sana untuk manjakan kereta baru korang ya. Tak rugi korang senyum sedekah dah.  Owner tu senyum dapat pahala dah. hihihi ..

Untuk info juga, Pengasas Umashi Resources ada keluar di tv Astro Awani. Jadi bisnes abam ensem ni dah viral lah.

8 Jenis Tinted Terbaik Umashi Resources

Kita paling tak suka orang tipu kita kan ? Asyraf yakin sangat dengan Umashi Resources ni sebab
kalau kita tengok gambar ilustrasi profesional sangat mengujakan dan membuat nafsu kita tertarik
nak beli servis.

Penerangan pada setiap gambar memberi gambaran jelas apa pilihan Tinted mana nak kita pilih.

8 Jenis Tinted Terbaik Umashi Resources ni untuk pengetahuan korang, semua jenis tinted telah
diformulasikan menjadi 99% untuk UV (ultraviolet protection). Jadi bila cuaca panas terik tak rasa
dah la bahang tu.

Jom Asyraf list-kan 8 Jenis Tinted Umashi Resources seperti gambar berikut .. tapi sebelum tu kita fahamkan dulu perkara ni yang kebanyakan tempat tinted tak cerita kat korang TAPI Umashi Resources nak korang yang zero tahu jugak  ilmu ini ..

V.L.T = Visible Light Transmittance (kadar ketelusan cahaya)

U.V = Ultraviolet Protection (ketahan sinaran matahari)

I.R.R = Infrared Rejection (menahan haba/bahang panas)

Cara Nak Hubungi Umashi Resources

Untuk kemudahan korang. Jom follow klik instagram Umashi Resources disini dulu.

Dah follow baru skrol semua gambar bagi faham korang nak pilih tinted yang mana satu.

Dan ambil no telefon seperti yang tertera kat instgram untuk Whatsapp.

atau

Pergi je ke alamat ini –

Address: 27-G, Jalan Kemuning Prima D33/D,
Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Business Hours : Open everyday 1000am – 0800pm EXCEPT Friday
Phone: +60 17-459 2645

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KONGSI :

KLIK DAN TERJAH

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge