Website Terbaik untuk Rujukan Kerjaya Airlines

Membina kerjaya di dunia penerbangan (Airlines) kini menjadi trend terutama anak muda lepasan SPM, Diploma dan Ijazah.

Bila ditanya. Kenapa mahu kerja sebagai Airlines Staff?

Rata rata mereka memberi jawapan yang klishey sangat nak tiket murah dan percuma.

Bagi Asyraf, jawapan itu saya sendiri akan jawab perkara yang sama. Kah! Kah!

Sebab Utama Kenapa Nak Kerja Airlines 

Kebanyakan anak muda yang mulakan kerja di sektor penerbangan kerana :
1. Look Professional in Airlines Uniform
2. Step Stone to Next Career
3. Get Cheapest and Free Ticket 

1. Betul ke ‘Look Professional’ bila dah pakai uniform?

Hahah. Betul lah tu. Setuju sangat. Korang nampak sangat hensem cantik helok.

Kenapa Look Professional ? Opkos la kan dah pakai uniform, korang kena dandan (groom) betul betul rambut lelaki perempuan dan all appearances kat diri korang kena sesuai dengan SOP syarikat.

Korang kan bawa nama company. So, betullah.

2. Batu Loncatan untuk Kerja akan datang

Betul jugak ni.

Ini nak bagitahu ya. Dengar dengan teliti ok.

Pengalaman Asyraf bekerja Airlines banyak. So ni nak cerita kat korang.

Plis lah hormat anak muda kat ‘Check-in Counter’ atau di ‘Holding Gate’ ya.

Mereka tu semua ada degree tahu ? Ada yang study Law, Engineering, Architect.

Mereka yang belajar kos mahal tu masuk Airlines sebenarnya plan besar.

So mereka nak belajar cara komunikasi dulu. Bila dah faham selok belok Airlines baru lah apply kerja jawatan lain
tapi dalam industri yang sama (Airlines).

Macam ni :

Dua (2) tahun pertama korang kerja sebagai Airlines Staff di unit yang dikenali sebagai ‘Ground Staff’.

Skop kerja ni korang kerja kat Airport jelah. Macam Check-in Counter tu.

Dan bila ada promotions di Airlines tempat korang kerja …

Contoh sebagai Aircraft Engineering. Korang apply lah.

Konfem dapat. Yelah dah ada pengalaman kerja kan. Tapi bertepatan dengan degree korang ambik dulu la.

Macam macam la,

From ground staff to be Cabin Crew

From cabin crew to be Aircraft Pilot

Jadi, jangan berangan saja. Apply ok.

3. Nak dapat Tiket Murah dan Percuma

Betul ke ada sebenarnya ?

Jawapan Asyraf opkos akan bagitahu korang ya memang ada.

Tapi selama bekerja tak pernah lah dapat percuma. Kita ni kunyit je. Hahah !

Percuma ni mungkin kalau jawatan kita sedang bekerja dikatakan besar sebagai Supervisor atau Duty Manager
boleh lah dapat free ticket.

Sebab kalau status jawatan tu memerlukan korang site visit Airport lain. Company hantar opkos la free pergi dan balik.

Untuk pengetahuan korang lah. Sebagai Airlines staff tak kisah Pilot ke Cabin Crew ke atau Ground staff ke dan
management staff akan dapat tiket murah.

Mana mana syarikat penerbangan dunia memang akan bagi tiket murah kepada pekerja mereka sebagai tanda penghargaan gitu.

Tapi bukan korang je dapat taw. Suami, isteri, anak anak atau mak ayah akan dapat.

Ia juga bergantung kepada polisi syarikat penerbangan korang bekerja ok.

Website Terbaik Rujukan Kerjaya Airlines

Sebenarnya banyak ok kat senarai google tu. Korang kena bijak mencari dan memilih yang mana sumbernya
boleh dijadikan panduan.

Tapi kat sini korang tak perlu dah nak cari kat mana ya.

Asyraf dah sediakan untuk korang yang teringin sangat nak jadi Airlines staff.

Okay jom ,

1. Flygosh dot com

Website ni lebih banyak bercerita pasal kerja sebagai Pilot dan Cabin crew.

Dan owner website jugak banyak iklan kan job yang sedang dibuka.

Pemilik portal ni kalau tak silap, Malaysian Chinese yang still bekerja Airlines dan menetap di Malaysia.

Jadi, selalulah korang lawat blog ni taw. Banyak manfaat.

Laman web ni Asyraf jumpa 3 tahun lepas 2014 masa mula mula nak bina kerjaya di syarikat penerbangan dengan lebih serius.

2. Flightattendantcentral dot com

Okay, dulu Asyraf ada berangan nak jadi krew penerbangan. Kiranya teringin nak serve passenger on-board gitu kan.

Terbang sana terbang sini. Sampai destinasi samada domestik atau luar negara tidur hotel 5 bintang seorang satu bilik ok.

Best tu !

So, time tu cari punya cari. Terjumpa la website ni.

Flight Attendant Central. Owner website ni mat saleh yang berpengalaman sebagai cabin crew dan sekarang ni still bekerja dekat Airlines tersebut tapi sebagai Trainer.

Trainer bahagian apa tu tak pasti. Korang tanya sendiri lah ok. Hahah ..

Wajib dan selalulah layari web ini sebab banyak penulisan yang beliau tulis untuk rujukan korang.

Semoga penulisan Website Terbaik untuk Rujukan Kerjaya Airlines dari Lelaki Kacak Pemalu seperti aku ini berguna untuk korang.

Asyraf doakan kepada mereka yang ingin kerja di dunia Airlines semoga berjaya. Amin !

- Website Terbaik untuk Rujukan Kerjaya Airlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

2 Comments

  1. Firdaus Elias March 16, 2018
    • asyrafasri March 16, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: