WIPRO UNZA Malaysia Memperkenalkan SAFI SHOWER Terbaharu Dalam 4 Variasi

- WIPRO UNZA Malaysia Memperkenalkan SAFI SHOWER Terbaharu Dalam 4 Variasi

WIPRO UNZA Malaysia Memperkenalkan SAFI SHOWER Terbaharu Dalam 4 Variasi | Jenama SAFI – Rangkaian produk Halal yang sudah lama bertapak di pasaran selama 30 tahun merupakan jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan SAFI SHOWER. Siapa yang tak kenal dengan jenama Halal produk nombor 1 Malaysia sejak kita dari kecil dah digunakan oleh mak mak kaum wanita memang suka jenama ini kan ?

Sebenarnya Asyraf pun suka! Dulu lah masa sekolah asrama suka sangat pergi shopping bila hari Sabtu beli pencuci muka jenama Safi ni sebab dah tentu Halal dan murah untuk duit poket seorang student kan. Tu yang helok sampai sekarang ni. Angkat bakul sendiri nampak ? Of course lah nanti orang tak tahu kan ? Hahaha …

4-Variasi-Terkini-Safi-Shower

Alhamdulillah baru baru ini Asyraf dijemput oleh pihak Safi Malaysia ke event untuk pelancaran produk terbaru mereka iaitu Safi Shower. Yang menariknya event tengah panas di atas bumbung ini ada ikan duyung mandi manda dengan 4 variasi Safi Shower. Kena lah dengan tema event pada kali ini Hawaii. Jadi mereka yang dijemput hadir mestilah berpakaian ala-ala pantai gituuu.

4-Variasi-Terbaru-Safi-Shower

Untuk pengetahuan kita bersama, Safi Shower ini terdiri dari 4 variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan keluarga kita. Setiap olesan buih pada kulit dilengkapi dengan ciri ciri antibakteria yang membuatkan kulit kita lebih bersih.

Selain itu, yang paling bestnya ialah Safi Shower 4 variasi ini terbahagi kepada 2 bentuk formulasi. Gel dan Krim mandian telah dihasilkan bagi melengkapi citarasa setiap ahli keluarga orang Asia. Bagi yang sukakan tekstur gel, variasi Serai Lime Splash dan Passion Honey Frost merupakan gel mandian bebas sabun, tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan pH yang seimbang. Lain pula bagi mereka yang gemarkan tekstur krim, variasi Kokonut Shake dan Berry Smoothie pula diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol dan bebas paraben.

Kena ingat setiap sentuhan pada kulit ketika mandi mengandungi tekstur yang sangat lembut seperti menikmati bisikan halus bayu laut semasa kita bercuti di pulau Hawaii !

Bagi mereka yang gemarkan minum segelas mocktail yang penuh kelazatan dengan aroma yang menyegarkan sudah pasti ramuan terbaik Safi Shower ini dipilih dan diformulasikan dengan teliti. Nampak ke tidak best kan ?

- WIPRO UNZA Malaysia Memperkenalkan SAFI SHOWER Terbaharu Dalam 4 Variasi

Jom Asyraf perkenalkan 4 variasi Safi Shower Terbaru ini fungsi setiap satunya :

1. Serai Lime Splash

Bagi mereka yang sukakan ‘layanan’ ala tropika yang sebenar. Gabungan ramuan segar-serai dan limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti-bakteria semula jadi, tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit. Setiap percikan pada kulit bagaikan tamparan manja sang ombak yang menyegarkan malah mampu membangkitkan setiap deria kita!

– Asyraf suka makan gulai yang ada serai ni yes bila mandi pun memang bau dia tu Wow!! Serius memang tenang je rasa tambah pulak ada limau lagilah bertambah segar.

2. Passion Honey Frost

Siapa kat sini akan berbulan madu tak lama lagi ? Okay bagi yang mengimpikan belaian romantik ala bulan madu di pantai. Kemanisan madu yang dipadankan dengan kesegaran passion fruit bukan sahaja menghangatkan suasana, malah memberikan kulit kita kelembapan berganda apabila dibilas bersama ketika mandi.

– Yang nak berkahwin atau sedang berbulan madu elok dapatkan segera Passion Honey Frost ni bawak pergi bercuti baru best kan ? hehehe ..

mermaid-unza-malaysia-safi-shower

3. Kokonut Shake

Ketika kita berehat dan manja manjakan diri selepas balik kerja terutamanya tidak lengkap tanpa minum segelas air kelapa segar. Begitu lah perumpamaan Safi Shower untuk variasi ini eloklah dijadikan buih mandian. Diperkaya dengan ramuan detoksifikasi semula jadi, ekstrak kayu manis dan kelapa bukan sahaja dapat menyegarkan kulit, malah menjadikan permukaan kulit kita kelihatan lebih muda, lembut dan cerah berseri!

– Nak sentiasa flawless boleh fikirkan untuk variasi ini. Sebab ada fungsi detoks tu yang best kan.

4. Berry Smoothie

Bagi yang suka travel sana sini. Gabungan strawberi, limau dan barli memberikan manfaat pencerahan semulajadi. Kini, kita boleh keluar sesuka hati bersantai sambil menikmati sinaran matahari di tepian pantai lebih yakin!

– Nak sentiasa menyerlah bagaikan instafemes gituu, boleh dapatkan segera variasi ini konfem meletup profile media sosial korang!

blogger-safi-malaysia-of-the-year

Dengan rasminya rakyat Malaysia kini boleh dapatkan produk Safi Shower 4 Variasi ini di seluruh negara termasuk pasaraya besar dan pasaraya hyper. Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau RM12.90 (850g pek eko isian semula).

Untuk pengetahuan sejagat juga, produk Safi Shower ini juga boleh didapati di laman online beli belah
https://shopee.com.my/ 

Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI
mohon layari
laman Facebook www.facebook.com/SAFI.MY

laman Instagram www.instagram.com/SAFI@safimalaysia

laman Youtube www.youtube.com/safimalaysia

http://safi.com.my/

- WIPRO UNZA Malaysia Memperkenalkan SAFI SHOWER Terbaharu Dalam 4 Variasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

2 Comments

  1. faries May 5, 2018
    • asyrafasri May 6, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: