Work From Home Dengan Penapis Udara COWAY Storm. Best Giler !!  Opkos lah best giler kan sebabnya 1 dapat kerja dari rumah je dan yang kedua ditemani dengan penapis udara Coway jenis Storm. hehehe …

Penapis udara ni sangat penting bagi mereka yang mementingkan kebersihan persekitaran terutama yang ada mengalami alahan mudah seperti cepat batuk, bersin, gatal gatal pada kulit badan dan sebagainya.

Aku pun memang jenis ada mengalami alahan yang teruk jugak kalau tak dibendung dari awal. So, itulah sebabnya Kenapa aku decide kena ambik jugak penapis udara ni.

Kelebihan penapis udara Coway Storm adalah dilengkapi dengan Mode Jerebu dan sistem Dwi-Fungsi yang istimewa kipas dan penapis udara 2 dalam 1!

Ia bukan saja membersih dan menulenkan udara sekitar malah mampu mengeluarkan angin seperti kipas.

Fungsi 4 Jenis Penapis Udara Coway Storm

1. Pre-filter – Menyedut habuk, rambut manusia, bulu haiwan peliharaaan (bagi peminat & pecinta kucing alert)

2. Fine Dust Filter – Menyedut dan menapis partikel-partikel kecil seperti debu dan hama yang halus

3. Hepa Filter – Menghapuskan asap rokok, habuk mikro, bakteria, virus dan kuman

4. AC Deodorisation Filter – Menghilangkan bau busuk, rokok dan pencemar udara yang lain

Aku sangat yakin korang akan bertambah yakin untuk bekerja dengan lebih bersemangat bila adanya penapis udara Coway Storm ni kat ruang kawasan korang nak bekerja nanti.

Sebab aku pun rasa yakin bila bekerja! Alhamdulillah ..

By the way korang, sebelum terlupa penapis udara Coway Storm ni jugak membuatkan persekitaran rumah kita jadi sejuk walaupun dekat luar rumah panas terik.

Serius memang selesa giler aku stay dalam rumah.