Penulis

Sejak Bila Penulis Berblog ?

Penulis mula berblogging sejak tahun 2010. Ketika itu segala aktiviti penulisan dan apa yang ditulis
hanya dikongsikan di blog percuma blogspot dibawah kelolaan Blogger.com

Blog pertama percuma – Asyrof Asri Studio dot blogspot dot com

Ketika penulis merasakan perlu branding-kan nama beliau di persada dunia blog. Penulis mencari inisiatif seperti bertanyakan kepada blogger otai untuk re-branding platform penulisan menjadi sebuah blog yang berbayar. Maka terhasillah blog ..

Blog pertama berbayar – Asyrof Asri Studio dot com

Sampai waktu, Penulis tidak mampu untuk membayar servis hosting bila tiba waktunya. Maka terkuburlah segala coretan yang dikongsikan kepada umum ketika itu. Jika anda klik pautan tersebut, JANGAN terkejut bahawa blog itu sudah berpunya tuan dari Korea Jepun maybe.

Alhamdulillah kini, blog yang baru nafas yang baru jadi anda berada di  www.AsyrafAsri.com

Siapa Penulis ?

Nama terlalu panjang seperti dalam kad pengenalan. Dalam dunia blogging hanya dikenali sebagai Asyraf Asri.

Penulis berumur diantara lingkungan 20-an. Pernah bekerja sebagai Emirates Airlines Frontliner (customer service agent) di Kuala Lumpur International Airport (KLIA 1) suatu masa dulu selepas pulang dari pengajian di sebuah Universiti di Tanah Arab pada tahun 2010 sehingga pertengahan 2013.

Disebabkan obses dengan dunia perkhidmatan pelanggan (customer service industry). Maka bermulalah perjuangan  penulis dalam kerjaya melibatkan komunikasi korporat secara penuh.

3 tahun dalam industri customer service membuat beliau sangat teruja dengan kerjaya ini.
Antara industri terpilih yang diceburi penulis adalah : –

1. Food & Beverages
2. Hotel & Management
3. Airlines Industry

Banyak pengalaman kerjaya beliau hanya melibatkan industri komunikasi dan khidmat pelanggan.

Penulis juga pernah bekerja sebagai Customer Service Officer di Malaysia Airlines Berhad. Akhirnya selepas berseronok dalam industri penerbangan  yang sangat mencabar. Penulis telah dinasihat-kan oleh keluarga tercinta untuk berhenti (resign) dari dunia glamor ini.

Cukuplah 1 tahun 6 bulan di MH. Pengalaman menjadi team leader ground handling (upper wing) untuk London-Flight A380 sentiasa tersemat dalam ingatan. Ketika itu the first time handle flight no delay. huhu ..

Pengalaman yang tak pernah dilupakan penulis ketika bergelar duta kecil penerbangan sentiasa membuat passenger kapal sebelum boarding time ialah menjadi ‘the best sweet and nice announcer for boarding announcement for international and domestic flight’.

Ketika artikel ini ditulis, penulis masih lagi bekerja di bidang perkhidmatan pelanggan tetapi lebih kepada sektor pendidikan.

Gaya Penulisan Penulis

Bebas. Ada masa penulis menulis dengan gaya bersahaja. Ada masa penulis menulis dengan gaya
profesional. Tetapi niat penulis hanya satu saja. Apa yang dikongsikan harapnya dapat buat
pembaca dan pengikut (followers) faham setiap bait ayat yang disampaikan.

Penulis sentiasa menulis dengan penulisan bahasa melayu penuh iaitu ayat yang mudah difahami apabila mana-mana pembaca dan pengikut blog Asyraf Asri dot com berada disini untuk mencari sesuatu.

Blog Asyraf Asri dot com ini bebas menulis apa sahaja penulisan artikel. Samada pendapat peribadi,
hotel review, flight review, food review, advertorial, kerjaya, pendidikan dan apa sahaja yang penulis
rasa perlu pembaca tahu mengenai perkara tersebut.

Penulis Bersedia Menerima Jemputan ..

Ini lebih kepada branding blog dan juga Penulis sendiri. Apa-apa kerja part-time yang memberi manfaat
kepada kedua-dua belah pihak seperti company @ advertiser dan penulis boleh diajukan kepada
penulis sendiri.

Kerja-kerja tersebut ialah :-

1. Review Produk company/individual
2. Duta / jurucakap company
3. Model pakaian @ tv ads
4. Pengacara Majlis @ Emcee
5. Penyampai Berita Tv (part-time)

Penulis boleh dihubungi melalui :-

Facebook Asyraf Asri

Instagram Asyraf Asriey

Terima Kasih ..

Terima kasih kerana sudi berada di blog ini tidak kisah anda seorang pembaca senyap dan juga pengikut
senyap. Apapun terima kasih kerana sudi SHARE setiap artikel bermanfaat di mana-mana laman sosial
seperti facebook, twitter dan instagram.

Insya’Allah, Asyraf akan cuba buat penulisan yang bermanfaat berdasarkan pengalaman belajar dan bekerja.

Asyraf tahu anda tidak mahu kesilapan berulang kembali.

 

#Updated Written on 24July2017 0100am.