Skip to content

Siapa Peminat Kopi Wajib Tahu 5 Jenis Kopi Yang Diproses Untuk Pasaran Dunia

5-JENIS-KOPI-DUNIA

Siapa Peminat Kopi Wajib Tahu 5 Jenis Kopi Yang Diproses Untuk Pasaran Dunia | Kopi, siapa yang tak suka dengar?

Apatah lagi dijemput minum setiap pagi bagi yang sangat addicted ‘peminat kopi’ tegar pasti takkan lepaskan peluang menikmati secawan kopi.

Selama ini kita hanya pandai order dan minum je dekat mana-mana kedai kopi atau restoren kan.

Hari ini Jom kita ambik tahu serba sedikit mengenai jenis-jenis kopi yang wujud di atas muka bumi Tuhan yang serba indah ini.

Pasti anda teruja dapat mengetahui jenis-jenis Kopi ini yang selama ini kita sendiri tidak pernah terfikir pun.

Rupa-rupanya kopi yang kita minum itu semuanya datang dari 5 Jenis Kopi yang wujud di muka bumi ini ditambah pula dengan pelbagai perisa kopi yang macam-macam perisa wujud dengan peredaran zaman.

Baca Panduan Berniaga Panduan Buat Pinjaman Bank dan Pelbagai Panduan Untuk Hidup

Oh ya sebelum kita pergi ke Topik 5 Jenis Kopi yang akan kita senaraikan. Hari ini saja anda dah minum berapa cawan Kopi? Kalau tanya Aku. Setiap hari pastinya 3 cawan. Itu paling maksimum lah jika mood okay.

Kalau tak okay, mungkin akan bertambah 2 cawan lagi sehari.

hahaha ..apapun hanya Peminat Kopi je boleh tahu perasan tu macam mana menikmati secawan Kopi.

Kalau cerita pasal kopi ni. Macam-macam cerita boleh diungkapkan oleh mulut ni.

Hahahah .. yang pastinya lucu pun ada sebenarnya. Yelah kalau tanya Aku. Aku ada ceritanya sendiri.

Aku pernah pergi restoren Hispter di satu kawasan Ibu Kota ni.

Masa tu masuk je Coffee House Hipster tu sambil duduk tu belek-belek Menu List kan ..

“Ya Allah! Mahalnya semua jenis Kopi yang ade kat sini” berbisik hati aku sampai tertelan air liur.

Kopi yang murah masa tu hanyalah jenis Expresso. Maka nak dijadikan cerita, order lah Aku kopi Expresso ni sebab murah je dalam RM10. Ini je yang paling murah waktu tu.

Sebenarnya kalau korang nak tahu, masa Aku order tu, Aku order dengan penuh yakin tau! Nak kata lah Aku ni memang penggemar kopi jenis Expresso dekat abang Barista tu.

Maka sampailah order kopi Expresso yang Aku order dengan penuh yakin tu yang diletakkan Barista dekat atas meja kami duk sibuk selfi ala-ala orang kaya. Hahahahaha ..gayanyer lahh…

Mulut aku pun sedut lah kopi tu .. “Slurrpppp !! ..eWwuwww ya Tuhan kopi apa ni.. pahitnya!! ..

Aku tak luahkan dengan mimik muka terkejut pun.

Aku just luahkan dengan perbualan selamba ketika itu kat kawan aku.. weh! jom kita gi sana lepas ni!

Hahaha nampak tak Aku dah tak tahan nak minum Kopi tu sebab pahit sangat rasanyaaa .. seriusli memang tak abes pun!

Disebabkan peristiwa tersebut. Maka hari ni Aku nak kongsikan serba sedikit kepada korang dekat dunia ni ada 5 Jenis Kopi yang popular dah lama wujud dan daripada 5 jenis Kopi ini terhasillah pelbagai Jenis perisa Kopi yang ada dekat pasaran sekarang ni.

Baca Juga : Korang Tahu Tak Ciri-Ciri KOPI Yang Sedap di Tekak? Jom baca perkongsian seorang Barista & juga Pemilik Kedai Kopi Hipster ni

5 Jenis Pokok Kopi Yang Wujud Di Seluruh Dunia. Kopi Arabika Yang Selalu Kita Dengar!

kopi-arabica

1. Kopi Arabika – Sejenis Kopi yang berbentuk bujur berwarna sedikit terang. Telah menjadi kegemaran peminat kopi seluruh dunia. Hanya dibenarkan pengeluarannya sebanyak 60% di pasaran seluruh dunia.

Dikatakan disebabkan kandungan kafein yang rendah Kopi jenis Arabika ini memiliki aroma yang sangat harum serta mengandungi asid paling tinggi.

Ia juga dikatakan mampu menjadi ubat bagi penyakit parkinson, keletihan, alzhemir, stress dan penyakit mulut (infeksi pada gusi).

kopi-Liberica

2. Kopi Liberika – Mengikut data dari Wikipedia Kopi Liberika adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Rubiaceae dari mana kopi dihasilkan.

Ia berasal dari Afrika barat dan tengah dari Liberia ke Uganda dan Angola, dan telah menjadi pokok ini secara semulajadi di Filipina, Indonesia, Seychelles, Kepulauan Andaman dan Malaysia.

Kopi Liberika ini hanya menguasai 2% pengeluaran Kopi di seluruh dunia.

kopi-excelsa

3. Kopi Excelsa – Warnanya seakan-akan Kopi Liberika. Biji Kopi Excelsa biasanya dicampurkan dengan Kopi Robusta ataupun Kopi Arabika bagi meningkatkan rasa sensasi Kopi itu sendiri.

Hanya menguasai 7% pengeluaran kopi di seluruh dunia.

kopi-robusta

4. Kopi Robusta – Sejenis kopi yang mempunyai 2 kali ganda kafein. Maka tak hairanlah kopi jenis ini paling banyak peminatnya di seluruh dunia.

Apabila diminum kopinya rasa seperti halus di mulut si peminum dan rasa sedikit pahit dihujungnya.

Walaupun sebenarnya rasa kopi itu manis dan keras aromanya apabila baunya dikeluarkan ketika kita menghirup airnya.

Disebabkan 2 kali ganda tinggi Kafeinnya, ada peminat kopi yang mengatakan kopi Robusta ini mampu menjadi alat kebal dari diserang pelbagai penyakit pada badan manusia.

Antara kopi yang sesuai dijadikan kopi jenis Expresso.

kopi-luwak

5. Kopi Luwak – Kopi yang terhasil daripada sejenis haiwan Luwak (sejenis musang) yang memakan biji-biji kopi yang sudah berwarna merah di tanah kebun.

Maka Kopi ini ia terhasil dari enzim dalam tubuh badan haiwan Luwak dan akan mengeluarkan hasil biji kopi bersama najisnya.

Kopi ini antara Kopi yang paling mahal setakat ni kerana disebabkan cara pemprosesan itu datangnya disebabkan haiwan luwak itu secara semulajadi.

Inilah dia serba sedikit 5 jenis Kopi yang wujud dekat dunia ni yang telah banyak diminta oleh pasaran untuk diproses isinya bagi dikeluarkan produk-produk mengikut jenis perisa yang popular setakat hari ni yang kita banyak jumpa di mana-mana Coffee House dan restoren terkemuka.

Haaa, Anda dah minum Kopi ke belum tu?

Kalau tak order secawan rugi sangat tau!

Dah pergi order cepat sebelum tengahari menjelma.

Pagi-pagi sebelum Subuh antara waktu terbaik minum secawan kopi. Jom mengopi!

.
sumber gambar alibaba.com, amazon.com, abyezatrading, picabean, indiamart, holidogtimes