Skip to content

Alhamdulillah Bantuan Khas RM300 Dah Masuk 10 Ogos, 2023.

Bantuan-Khas-RM300

Kecoh di grup-grup makcik bawang dan kepoci pagi Subuh tadi, Bantuan Khas RM300 dah masuk hari ni 10 Ogos, 2023.

Tahniah diucapkan, semoga kita semua beroleh berkat dan manfaat dari kerajaan.

Kerajaan Malaysia sebelum ini di KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama), menyatakan akan memberikan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, dan RM200 kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak, serta lebih sejuta pesara.

Bayaran bantuan berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Ketika artikel ini di-publish iaitu pada 10 Ogos 2023, Bantuan Khas RM300 dah dikreditkan ke akaun bank penerima.

Bantuan khas ini diumumkan sementara kajian gaji dan elaun diperincikan sebelum ini.

BACA JUGA Berita TRENDING Malaysia Sepanjang Tahun 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam dengan melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Ekonomi MADANI memberi perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan.

Anwar juga mengumumkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta orang iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri berkata skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

Dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Anwar berharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali turut hadir pada majlis tersebut.

Semoga Bantuan Khas RM300 ini memberi manfaat untuk diri sendiri dan orang tersayang.

Semoga kita semua beroleh berkah dalam kehidupan.

.
SUMBER Bernama