Ya betul korang, hanya RM47.23 Sahaja Aku Belanja Dekat Watsons 2 minggu lepas.
Dekat resit, pada 18 September 2023 jam 03:33pm aku bayar dekat cashier selepas hampir sejam jugak aku tengok-tengok apa yang nak dibelanjakan.
Seingat aku masa tu, aku masuk Watsons ni nak beli Pencuci Contact Lens je.
Aku dah agak dah. Ahaha …
Aku kalau masuk drugstore ni dah macam orang perempuan ek nak tengok itu ini hampir sejam.
Yang kelakarnya aku siap tanya Assistant Customer Service Watsons, sorang budak lelaki kat situ berkenaan pemilihan pewarna rambut yang tahan dari segi warna dan halal sah untuk dibawa solat.
Aduh kelakar weh bila terkenang balik time tu.
Tapi apapun aku puas hati dengan penerangan adik tu, walaupun dia seorang je lelaki yang bekerja dekat Watsons tu, tapi penerangan dia tentang sesuatu produk Watsons tersangatlah excellent.
Wow! Aku shock jap time tu.
Yelah susah jugak kan nak jumpa staff lelaki bekerja dekat Watsons?
Tapi luck aku lah time tu dapat jumpa dia.
BACA JUGA
Sapa Sini Student University and College? Daftar Sini Untuk Program Shopee for STUDENT
# Harga Barang Di Watsons
1. Pencuci Contact Lens Freshkon
Dekat rak pencuci contact lens ni hampir 30 minit jugak lah aku duduk situ belek-belek mana satu yang the best dari segi tahan berapa lama penggunaan nak guna sehari, moisture (kelembapan semasa guna nak elak iritasi) dan expiry date (korang wajib tengok label dan alert penggunaan ya)
Dan sudah tentu harga jugak aku tengok. haha ..
Mula-mula aku tengok harga paling murah dan aku bandingkan dengan harga intermediate dan paling mahal.
Sambil tu aku baca ingredients, kelebihan produk dan jenama.
Aku jenis in-details segala bab ni. hehe .. so time tu jugak lah menyempat aku tengok review pencuci contact lens yang ada dekat malaysia ni dekat google okay ke tak jenama sekian tu.
Akhirnya aku pilih jenama Freshkon.
Actually, dari dulu lagi aku guna jenama ni dan jenama murah yang lain. Tapi in term’s of nak selesa dan selamat aku memang akan guna jenama yang dah lama ada di pasaran ni dan dari segi review tu penting.
Harga Pencuci Contact Lens Freshkon (masa ni ada discount sempena Hari Kemerdekaan untuk tempoh sebulan).
Jadi aku dapat lah beli dengan harga promosi RM 14.50
1 Kotak 2 Botol x 100ml per bottle + 1 Lens Case
Sangat jimat poket ya.
Korang boleh Beli Sini atau sini https://shope.ee/9KGNUx4xyB
2. Ubat Gigi Colgate
Aku bab-bab ubat gigi ni aku tak kisah jenama apapun, okay je asalkan perisa dia mint yang rasa pedas-pedas tu best.
Rasa pedas-pedas dingin tu macam chewing gum tu bukan saja menyegarkan dan mengelakkan mulut dari bau petai hehe, tambahan kita akan betul-betul rasa gigi kita bersih menawan lepas dah gosok gigi tu.
Tapi macam aku cakap kan, bila masuk drugstore Watsons ni, aku terpukau dengan harganyaaaaa ..
Harganya masa promosi Merdeka tu RM 17.59 sekotak ada 2 ubat gigi x 150g per each.
**ada ralat, aku baru perasan kat resit, harga promosi RM17.59 , harga asal RM25.14.
Aku pilih Whitening features kali ni sebab aku rasa gigi aku dah start kekuningan sejak minum 3-4 cawan Kopi dalam sehari weh ..
Aku tak pasti faktor kerja yang sibuk atau aku memang addict giler.
Lagi satu ubat gigi Colgate Whitening ni ia boleh bagi gigi korang ..
– Total protection in 12 hours bacterial defense* selepas gosok gigi sekali dalam sehari
– selain dapat membersihkan gigi, ia jugak dapat bersihkan lidah kita dan cheeks serta gums
Korang boleh Beli Sini atau sini https://shope.ee/1fqwNWqmwr
3. Pewarna Rambut Garnier
Sebenarnya aku tak suka nak colourkan rambut tau.
Sebabnya rambut aku dah memang bewarna semulajadi, Alhamdulillah…
Warna rambut aku ada sedikit hitam dan ada sedikit warna coklat kemerah-merahan.
Aku tak pasti pulak mak ayah aku ada mix ke tak. Sebab muka aku pun dari jawa je hehe ..
Apapun, Alhamdulillah …
Bersyukur itu lebih baik kan?
Macam aku cerita dari awal tulisan tadi kan, hampir sejam aku dekat Watsons.
Colgate tu hanya 5 minit je belek-belek dekat rak.
Dekat rak pewarna rambut ni 25 minit sebab aku cuba nak compare kan dari segi harga, jenama dan review orang malaysia kita ni.
Aku panggil lah adik lelaki Assistant Customer Service tu. Banyak jugak aku tanya.
Aku bagitahu dia, rambut saya ni kalau awak tengok kan (sambil aku bukak topi dan flip hair haha), warna rambut saya ni dah semulajadi hitam bersulaman coklat kemerahan giituuu ..
So saya tak nak colour tu terlalu obvious (seolah-olah orang akan nampak saya macam iklan) + saya tak nak orang rasa Wow kat saya ..
hehe geli pulak aku cakap ni , tapi itulah aku tak nak terlalu over shadow pun.
Cukup sekadar orang kabo, “Be yourself and humble” .. ahaha ..
Harga Pewarna Rambut Garnier Color Naturals Creme Riche “Coklat Gelap” sempena Merdeka haritu RM 14.94 sahaja untuk pakej kotak ya bukan yang paket plastik tu.
Harga asal jika takde promosi untuk sekotak tu mencecah RM 20.
Yeah jimat ya duit aku haha ..
Korang boleh Beli Sini atau sini https://shope.ee/fyPC9eLNB
BACA JUGA Korang Suka Shopping Dekat Shopee? Klik Sini Koleksi Barang Aku Beli
# Review Produk Watsons
InsyaAllah, nanti aku review ya. Sekarang sibuk keje hakiki lagi ni.
Post tulisan ni pun curi-curi masa je korang ..
Korang selalu beli apa je dekat Watsons?
Cuba tulis dekat ruangan komen, mana tau aku boleh masukkan dalam wishlist sesiap untuk next month punya gaji hehe ..
Discover more from ASYRAF ASRI
Subscribe to get the latest posts sent to your email.