You cannot copy content of this page

6 Fakta Menarik Perayaan Deepavali Wajib Kita Tahu. Kata 1 Malaysia!

6 Fakta Menarik Perayaan Deepavali Wajib Kita Tahu. Kata 1 Malaysia! | Kita semua mengetahui bahawa negara kita Malaysia terdapat pelbagai kaum dan agama. Melayu, Cina, India adalah 3 kaum yang paling kita nampak perayaan yang besar-besaran diadakan apabila tiba musim perayaan. Kali ini kita cuba fahami sedikit fakta menarik perayaan Deepavali kaum India untuk sama-sama mengharmonikan lagi suasana kejiranan di kawasan tempat tinggal kita.

6 fakta menarik perayaan deepavali

Hari Deepavali adalah hari perayaan kaum Hindu. Perayaan Deepavali menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.

Perkataan Tamil “Deepavali” merupakan kombinasi dua perkataan. “Deepam” membawa maksud “Cahaya” atau “Lampu” manakala “Vali” bermaksud “Arah” atau “Jalan”.

Maksud kasarnya menggambarkan perjalanan menuju ke arah cahaya.

Untuk mengetahui lebih lanjut maksud tersirat dan fakta yang wajib kita tahu sebagai pengetahuan am boleh rujuk laman Wikipedia mengenai perayaan Deepavali.

Jom sama-sama kita kenal sedikit perayaan Deepavali kaum India terutamanya di Malaysia :

1. Deepavali Cuti Umum di Semua Negeri Kecuali Sarawak

Deepavali-cuti-umum-semua-negeri-kecuali-sarawak
Foto: TheMalaysianTimes

Anda pasti terkejut, walaupun perayaan Deepavali sama penting seperti perayaan lain, tetapi negeri Sarawak dikecualikan dari cuti umum.

2. Lampu Adalah Simbolik Ilmu atau ‘Cahaya Dari Dalam’

Lampu deepavali simbolik ilmu atau ‘Cahaya Dari Dalam’
Perayaan Diwali merupakan perayaan cahaya besar-besaran yang dianggap dapat “menghalau kejahilan” dan menghapuskan dosa-dosa yang lepas yang mereka telah lakukan dalam kehidupan seharian. Ia adalah pesta cahaya yang bakal memberi sinar baru kepada mereka dan mentaati agama mereka. Ini secara tidak langsung, bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan sesekali melakukan kejahatan.

3. Kolam atau Rangoli Ucapan Selamat Datang

Kolam atau Rangoli Ucapan Selamat Datang Deepavali
Simbol kerharmonian dan kemakmuran dalam kehidupan adalah kita kena sentiasa memberi. Jadi perayaan Deepavali akan meletakkan Tepung Beras dalam kolam yang selalu kita nampak di depan rumah kaum India. Ia sebenarnya untuk menarik perhatian burung-burung dan makhluk-makhluk kecil yang lain untuk makan. Ia juga sebagai perhiasan bagi menyambut tetamu dengan nada ikhlas di hati “Selamat Datang”.

4. Beli Pakaian Baru, Bersihkan Rumah dan Pasang Lampu

tradisi beli pakaian baru bersihkan rumah dan pasang lampu sempena deepavali
5. Pagi Deepavali Mandi Minyak Bijan

Pagi-Deepavali-mandi-minyak-bijan
Foto: PerayaanKaumIndia

Penganut Hindu akan mewajibkan diri mereka mandi dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan bertujuan menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian jiwa dan semangat untuk terus berkehidupan. 

6. Nama Lain Bagi Deepavali

nama lain perayaan deepavali

Semoga perkongsian fakta perayaan Hari Deepavali ini dapat menyemarakkan lagi keharmonian sesama kita yang tinggal di Malaysia.