3 Platform Ini Mudah Dapat Kabel Kerjaya Impian

3 Platform Ini Mudah Dapat Kabel Kerjaya Impian | Mesti diantara kita biasa dengar pasal kabel bila nak dapat sesuatu pekerjaan. Terutama sektor kerajaan. Malahan ada juga syarikat swasta yang mengamalkan taktik atau cara mudah ini terutama bila mereka terdesak mencari pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan yang sudah banyak kerja bertimbun di tempat kosong tersebut.

Kebiasaannya diakui sangat mudah untuk masuk bekerja di tempat baru apabila kita telah kenal seseorang dalam syarikat atau disyorkan oleh seseorang.

Macam mana dengan kita yang tiada kabel ni ? Kita sangat berharap dapat bekerja di syarikat SPM, tapi seorang staf pun kita tak kenal.

Takpe kita bina ‘kabel’ kita sendiri untuk dapatkan kerjaya impian dengan cara yang sah. Percayalah dengan cara betul ini akan banyak spy atau mata mata melihat hasil usaha kita mencari pekerjaan.

3 Platform Ini Mudah Dapat Kabel Kerjaya Impian. 3 platform ini adalah percuma. 1 dari 3 platform ini kebanyakan antara kita banyak menggunakan sebagai tempat mencari kawan dan promosi bisnes.

3 Platform Mudah Dapat Kabel Kerjaya Impian ini percuma ia adalah :

Satu – Facebook

Saya pasti korang yang baca artikel penulisan ini pun ada fesbuk. Kenapa tidak kita jadikan fesbuk kita yang dulu update entah apa-apa kepada tempat kita menulis benda yang baik.

Fokus kita nak cari kerja. Sebagai contoh kita lulusan dan memang pakar graphic designer. Kenapa tidak kita war-war kan bakat kita ini melalui fesbuk. Hanya update gambar atau banner hasil kreatif kita, insyaAllah percayalah mesti akan ada seseorang nak recruit kita bekerja di syarikat mereka.

Dan sebagainya yang korang ada lulusan, informasi sesuatu perkara dan pengalaman boleh dikongsikan di fesbuk. Update je setiap hari. Selang masa update tu pada waktu orang aktif di media sosial.

Ingat, tulis apa sahaja yang korang minat sesuatu perkara. Lebih kepada lulusan korang belajar dulu. Segala pengalaman haruslah dikongsi, barulah orang tahu itu salah ini benar.

Lagi satu perkara penting ! Bila nak share penulisan korang tu biarlah tulis dengan penulisan bahasa yang penuh. Kalau melayu biarlah bahasa melayu penuh yang lengkap. Jangan ada short-form macam kita taip kat whatsapp.

Ingat kan, kita sedang mencari pekerjaan dengan ilmu yang di kongsi. Jadi bagi semua orang faham apa yang kita sampaikan.

#tipsPentingkenaPastikan

– pastikan gambar profile adalah gambar kita yang look professional dan senyum
– pastikan cover photo yang berkaitan dengan specialist kita untuk gambaran recruiter

Kedua – LinkedIn

Pernah dengar pasal LinkedIn ? Mesti diantara kita pernah dengar dan tak. Tapi ada jugak dari kita dah tahu pasal LinkedIn tapi tak ambik cakna. Seriusly rugi besar.

Ada juga antara kita yang anggap buat profile di LinkedIn ini untuk golongan professional sahaja. Sorry bro, you are wrong.

Sebenarnya banyak Rahsia yang dikongsikan orang yang berjaya dapat pekerjaan yang diimpikan di syarikat yang mereka minat hanya dengan bina resume di LinkedIn.

Ini jugak adalah rahsia employer atau bakal majikan ambil pekerja melalui LinkedIn. Sebab platform LinkedIn look so professional jika korang daftar di situ.

Ada banyak features yang boleh kita letakkan kualiti kita. Plis explore guys ..

Percayalah ada banyak syarikat ternama di sana.

Tiga – Blog

Mesti pernah dengar pasal blog kan ? Terutama sejak dari korang diploma. Ada sesetengah lecturer suka student tahu pasal internat lebih jauh dan kreatif dengan maklumat yang ada.

Mungkin ada antara kawan kawan kita yang suka menulis blog. Macam macam kita boleh tulis di blog ni sebenarnya.

Selain dapat buat duit online secara pasif kita juga sebenarnya bina profile atau jenama kita untuk orang tahu siapa kita sebenarnya.

Nak bina blog ni pun percuma. Sebagai permulaan boleh bina blog di platform Blogger yang disediakan oleh google.

Seperti yang korang baca artikel sekarang ini adalah sebuah blog.

Di sini saya tulis macam macam info yang ada dan pengalaman bekerja dan sebagainya untuk perkongsian umum.

Di sini juga saya banyak dapat job atas minat dalam dunia informasi dan penulisan.

Boleh baca profil Asyraf di sini sebagai gambaran jelas.

Diharap perkongsian ini dapat membuka mata kita betapa mudah sebenarnya nak dapat pekerjaan dengan bina Kabel kerjaya impian dengan 3 platform percuma media sosial ini.

Gembira rasanya bagi mereka yang sedang cari kerjaya impian oleh sebab korang SHARE artikel ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 12
    Shares

6 Comments

  1. Hans February 17, 2018
    • asyrafasri February 19, 2018
  2. Nick Nashram February 16, 2018
    • asyrafasri February 16, 2018
  3. Nurul Syahirah February 11, 2018
    • asyrafasri February 12, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: