5 Jenis Bunyi Hon Kenderaan Patut Tahu

5 Jenis Bunyi Hon Kenderaan Patut Tahu | Haaa .. ada jugak ya ? Ya, ada. Mesti geram kan dengar bunyi hon kenderaan. Kereta, Lori, Motor semua sama asyik nak hon je memanjang.

Kadang kadang tu rasa annoying sangat bila dengar. Sama je sebenarnya duduk rumah teres ke, flat ke, kondominium ke sama je mesti akan dengar hon hon kenderaan ni. Mesti antara kita semua tertanya selama ni apakah yang sebenarnya berlaku ?

Untuk artikel kali ni, Asyraf nak share dekat korang semua supaya ambik tahu pasal jenis jenis hon kenderaan. Terutama bila kita start enjin nak bergerak sana sini. Ini jugak sebenarnya salah satu aspek keselamatan utama bila kita nak belok ke kiri, ke kanan atau memberi isyarat.

Semua orang patut tahu pasal ni baik lelaki dan perempuan. Terutama bila dah dapat lessen ‘P’ tu haa .. kena beringat dah.

Sebenarnya Asyraf pun baru tahu jugak pasal ni. Tapi selama ni basic jelah sebab terikut Ayah hon, kita pun ikut jelah. Hahaha …

Memandangkan Asyraf ada masa memang akan keluar buat Uber Grab, jadi info ni dapat dalam grup uber grab.

5 Jenis Bunyi Hon Kenderaan Patut Tahu antaranya :

Baca Sekarang : 7 Cara Kekalkan Rating 5 Star Uber Grab Sebagai Driver

Satu – 1 Kali Hon Pendek – Pemandu tu cakap ‘Hai’

Perasan tak kalau kita atas highway. Kita akan terserempak dengan bas dan lori besar besar ni. Mereka ni kalau berjumpa masa tengah memandu, mereka akan bunyikan 1 kali hon pendek untuk menunjukkan kita Geng. So maksudnya kita tak keseorangan atas jalan raya terutama tengah malam buta. Inilah fungsinya 1 kali hon pendek.

Dua – 2 Kali Hon Pendek – Pemandu tu cakap ‘Terima Kasih’ atau ‘Jumpa Lagi’

Sama macam situasi lori dan bas. Perasan kan, bila kita nak singgah rest and relax kat stesen minyak. Bersepah lori dan bas ni. Terutama lori. Mungkin antara mereka pada permulaan tak kenal sebab bukan 1 kompeni yang sama. Bila dah parking kat stesen minyak so akan jumpa lah nanti kat situ. Done berkenalan.

Masa nak beredar. Salah seorang dari mereka yang driver lori ni akan bunyikan 2 kali hon pendek bermakna terima kasih dan jumpa lagi.

Ketiga – 3 Kali Hon Pendek – Pemandu tu cakap ‘Cepat Sikit’

Perkara ni selalu berlaku kat atas jalan raya sesak. Baik nak pergi kerja pagi pagi buta dan masa orang berpusu pusu nak balik rumah petang hari. Perkara ni akan selalu berlaku dan tak tahu lah sampai bila akan terjadi.

Biasanya di Traffic Light. Kau dah tahu lampu isyarat kat jalan ni warna merah lama giler. Hijau 5 saat je bagi laluan. Tolonglah cepat sikit jalan tu.

Faham kan, sampai bilakah ?

Keempat – 1 Kali Hon Panjang – Pemandu tu beri ‘Amaran’

Benda ni selalu terjadi pada diri Asyraf jugak. Situasinya semasa kita tengah laju driving kereta dengan takde apa apa kat depan. Tiba tiba muncul kereta entah dari mana lalu depan kita tanpa bagi lampu signal.

Apa korang rasa time tu ? Cemas kan, dalam benak fikiran berkata ; ‘Ya Allah, sikit lagi nak langgar’. – sambil bunyikan 1 kali hon panjang.

Kelima – 2 Kali Hon Panjang – Pemandu tu beri ‘Amaran dengan Suara’

Di pagi hari orang bersesak sesak ke tempat kerja dan di mana saja kita bertebaran di muka bumi. Hehehe .. ayat ! Ya, dekat satu kawasan traffic light tu semua orang nampak, semua orang saksi depan mata. Boleh jugak kau tak sabar nak melintas. Terutama motor lah, dah tahu depan kau ada kenderaan lain dah ready nak pecut lain arah. Kau boleh nak redah jugak.

Ikutkan cerita, 2, 3 motor redah time tu. Tiba tiba Lori besar gedabak nak lalu. Pemandu lori tu bunyikan 2 kali hon panjang. Sempat berhenti lagi bagitahu :

‘Woi, takde otak ke .. giler !!’

4 Kali atau lebih hon pendek bertebaran di udara kawasan perumahan. Pemandu tu mesti nak beritahu …

Tilam ! Tilam ! .. Tilam lama tukar baru … hahahah …. Okay gurau je.

Kesimpulannya, mari kita cakna akan jenis jenis bunyi hon yang ada di Malaysia ni. Kalau di luar Negara seperti India lagi bising dari Negara kita.

Mulai saat ini, jam ini .. ambil tahu akan 5 jenis Hon Kenderaan di sekeliling kita. Practice make perfect sebelum keluar rumah tu. Hahah …

Korang suka kan artikel ni, jom SHARE to media sosial kasi VIRAL !

- 5 Jenis Bunyi Hon Kenderaan Patut Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 8
    Shares

6 Comments

  1. jida March 14, 2018
    • asyrafasri March 16, 2018
  2. Along Murni February 21, 2018
    • asyrafasri February 23, 2018
  3. Hans February 14, 2018
    • asyrafasri February 15, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: