5 Jenis Variasi Terbaru New York Steak Shack Disaluti Dengan Pepper Licious

5 Jenis Variasi Terbaru New York Steak Shack Disaluti Dengan Pepper Licious | New York Steak Shack ini sudah mula beroperasi sejak July 2014 lagi ketika itu outlet yang pertamanya di Mid Valley Megamall. Kini tahun 2018 NYSS sudah ada 10 outletnya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. New York Steak Shack SOGO KL adalah outlet yang terbaru beroperasi pada 23 December 2017.

model-nyss-malaysia

Selama hari ini ke Melawati Mall Selangor dekat dengan rumah bukan saja untuk shopping dan tengok wayang. Selalu jugak lah akan nampak NYSS ni. Bila tengok signage tu nampak macam makanan orang mewah. Tapi akhirnya Asyraf telah merasai sendiri baru baru ini. Tidaklah mahal yang disangka. Harganya sangat berpatutan. Portion yang kita order pun memang takkan habis seorang. Serius kena bawak 2 orang makan. Rugi makan seorang weh.

inside-outside-new-york-steak-shack-restaurant

Okay berbalik kepada tajuk asal, New York Steak Shack kini memperkenalkan 5 Jenis Variasi Terbarunya yang Disaluti dengan Pepper Licious. Ya Allah, sedap betul kelima-lima jenis varian terbaru ni.

5 Jenis variasi terbaru yang diperkenalkan ini lada hitamnya diinspirasikan dari seleksi terbaik dunia yang berasal dari lada hitam Sarawak.

desert-new-york-steak-shack

Mana taknya kelima-lima varian sizzling ini apabila makanan yang di-order sampai kepada kita, pekerja NYSS akan tuang sendiri Pepper-Licious ini untuk betul-betul merasai kepanasan kuah yang telah diadun dari black pepper dalam keadaaan panas. Dekat sini kita akan rasa kecur air liur terus!

Dan korang jangan lupa buat ‘boomerag’ semasa kuah lada hitam ni dituang okay. Bagi kawan-kawan semua terliur sama jugak nak datang NYSS.

5-Jenis-Variasi-Terbaru-New-York-Steak-Shack-Disaluti-Dengan-Pepper-Licious

5 Jenis Variasi Terbaru NYSS ini adalah Sizzling Duck Chop, Sizzling Emerald Fish, Sizzling Lamb Leg, Sizzling Chicken Cevapi dan Sizzling Beef TenderLoin Skewers. Kesemua 5 varisi terbaru ini Asyraf dah merasainya pada hari pelancaran mereka baru-baru ini di Subang Parade.

Tanpa buang masa, Asyraf beri details harga setiap sizzling NYSS ini : –

1. Sizzling Duck Chop berharga RM27.90

2. Sizzling Emerald Fish berharga RM24.90

3. Sizzling Lamb Leg berharga RM35.90

4. Sizzling Chicken Cevapi berharga RM23.90

5. Sizzling Beef TenderLoin Skewers berharga RM34.90

Dari 5 Sizzling ni, kita ada 2 pilihan sides seperti fries, mashed potatoes, pumpkin rice, corn on cob, coleslaw, mixed vegetables dan salad. Pilih 2 saja okay. Pasti membuatkan korang rasa happy je makan nanti. Asyraf memang akan pilih fries dan mashed potatoes.

Nampak kan, murah je. Harganya sangat lah berpatutan sesuai untuk kita makan makan apabila habis shopping mall tu boleh singgah New York Steak Shack ok.

Asyraf paling suka sizzling Duck Chop dan Sizzling Lamb Leg. Pastinya korang patut cuba jugak hari ini.

blogger-new-york-steak-shack-malaysia

Oh ya sebelum terlupa. Restoren New York Steak Shack ini diperakui Halal oleh pihak Jakim ya untuk semua outletnya. Jadi insyaAllah tiada isu halal ke tak untuk makan best dekat NYSS. Kalau tak Halal, seriusli tak tergamak jugak Asyraf nak makan. Jadi tak perlu ragu ragu okay.

Jangan lupa layan Asyraf punya live video facebook semasa makan-makan bersama rakan media yang lain.

Guys, untuk peringatan bersama kalau nak tahu pasal promotion dan berita terkini boleh layari https://www.facebook.com/nysteakshackmy/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring
  • 20
    Shares

2 Comments

  1. Anuar May 7, 2018
    • asyrafasri May 17, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: