Skip to content

5 Kelebihan Memakai JAM TANGAN Dan Apakah Hukumnya?

Kelebihan-Memakai-JAM-TANGAN

5 Kelebihan Memakai JAM TANGAN Dan Apakah Hukumnya? | Memakai jam tangan bukan sahaja menambah nilai-nilai Profesional bagi diri seseorang malahan ia juga adalah aksesori tambahan pakaian yang wajib dipakai seorang lelaki dan wanita apabila kemana saja kita pergi.

Pernahkah anda terfikir, apabila seseorang di jalanan atau di tempat kerja bertanya anda ..

“Sekarang pukul berapa yer?”..

Tetapi ketika itu anda hanya menggunakan telefon bimbit untuk melihat jam, itu menandakan anda telah membuang banyak masa orang yang bertanya kepada anda dan diri anda sendiri pon buang masa kerana mengambil masa yang lama untuk melihat waktu jam di handphone.

Sebabnya mungkin telefon bimbit anda ketika itu dalam beg, dalam locker, dalam kocek seluar jadi ia akan memakan masa lama jika kita ingin melihat masa sekarang kan?

Itu sebab pemakaian Jam Tangan adalah wajar kita beli dan digunakan sebaiknya.

Tak kisahlah harganya murah pon asalkan kita dapat melihat masa yang dianugerahkan Allah ini sebaik mungkin.

5 Kelebihan Memakai JAM TANGAN

1. Menghormati Masa Yang Kita Ada

Percayalah! Apabila anda sentiasa memakai jam tangan ia akan menjadikan anda seorang yang berdisiplan untuk setiap masa dan setiap perkara.

Ia bukan saja membantu kita menghormati masa malahan menghormati masa orang lain (terutama jika ada meeting @ pertemuan)

2. Anda Diperhatikan. Cubalah!

Apa sahaja jenis bentuk jam tangan yang kita pakai di tangan. Kita akan diperhatikan.

Kita bukan saja diperhatikan sebagai seorang yang Profesional malah kita juga akan dipandang tinggi kerana orang boleh membaca kita dan membuat andaian kita adalah seorang yang hensem, cantik, kacak dan bergaya serta menghormati orang. Cubalah!

3. Menutup Kelemahan Yang Ada Pada Diri Kita

Anda perasan ke tak, apabila anda menghadiri mana-mana Interview Kerja atau ada pertemuan dengan VVIP, anda sebenarnya diperhatikan oleh mereka yang melihat anda.

Apabila kita memakai jam tangan ia akan menutup segala bentuk kelemahan yang kita ada ketika itu kepada pemerhatian mereka yang kita ini seorang yang menepati masa.

4. Pelengkap Penampilan Kita Setiap Hari

Selain kita memakai baju, seluar dan kasut atau selipar ketika didalam rumah atau diluar rumah.

Jam Tangan akan sentiasa menjadi pelengkap penampilan kita di mana saja kita berada.

Kalau korang perasan, ada diantara orang terdekat dengan kita, apabila mahu kemana-mana mereka akan cari Jam Tangan sebelum kemana-mana.

Jika jam tangan tidak dijumpai ketika itu, ketahuilah mereka sangat khuatir kerana kesuntukan masa.

Itulah namanya aksesori yang wajib kita pakai seperti pakaian sehari-hari.

5. Menjadikan Kita Seorang Yang Beradab

Seorang pekerja dalam bilik meeting atau seorang pelajar ketika menumpu perhatian dalam kelas pembelajaran.

Adakah wajar kita melihat telefon bimbit untuk mengetahui masa?

Ini sangat tak beradab sebagai seseorang yang ada pertemuan dengan seseorang yang kita wajib hormat mereka ketika bersama.

Ketika perjumpaan dengan Bos tempat kerja.

Ketika perjumpaan dengan guru yang mengajar kita ilmu untuk difahami.

Ya, Adab adalah kekayaan dan kecerdikan sebenar seseorang.

BACA 22 Tajuk KHUTBAH JUMAAT MELAKA Versi PDF. Download Sekarang!

Hukum Memakai Jam Tangan

 

Berdasarkan Instagram Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli AL Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama, panduan beliau boleh dijadikan rujukan kita semua dan memberi kita inspirasi.

Daripada A’isyah R.A berkata:

“Adalah Nabi Muhammad S.A.W suka mendahulukan kepada bahagian kanan, dari sudut memakai selipar, menyikat rambut, semasa berwudhu’dan juga dalam urusan baginda seluruhnya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari:168)

Ringkasan Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli AL Bakri,

HUKUM MEMAKAI JAM DI TANGAN KIRI ADALAH HARUS. MEMAKAI JAM DI TANGAN KANAN DENGAN TUJUAN MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH LEBIH AFDAL DAN MENDAPAT PAHALA, INSYA-ALLAH.”

Kalau korang tanya aku pakai Jam di tangan mana satu?

Jujur aku cakap aku memang tak biasa pakai Jam di tangan kanan.

Maklumlah kita ni kidal semuanyaa guna tangan kiri je nak buat kerja melainkan nak makan lah. hmmm …

Semoga artikel Kelebihan Memakai JAM TANGAN Hukum memakainya ini memberi sedikit input yang baik untuk kita semua.

.
sumber Instagram Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli AL-Bakri