Skip to content

Cara Nak Track Roadtax Parcel Kita Di Mana

Cara-Nak-Track-Roadtax-Parcel_main

Baru-baru ni aku dah tulis artikel berkenaan Cara Renew Roadtax Online Paling Senang Guna MyEG & Cara Simpan Bukti Renewal dalam File PDF. Korang boleh baca artikel tu okay.

Untuk artikel ni pulak adalah artikel sambungan untuk kita nak tahu Cara nak Track Roadtax Parcel Kita di mana berada selepas kita renew roadtax secara online dengan MyEG.

CARA NAK TRACE ROADTAX STICKER KITA DI MANA

1. Layari portal rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/ seperti biasa

– skrol ke bawah sedikit
– dan lihat gambar seorang Lelaki membawa Skuter Rider

Cara-Nak-Track-Roadtax-Parcel_2

2. Klik pada bahagian TRACK YOUR PARCEL

– yang ada gambar seorang Lelaki membawa Skuter Rider tu

Cara-Nak-Track-Roadtax-Parcel_main

3. Di bahagian Check Delivery Status

– pilih mana-mana bahagian yang anda nak trace tu
– macam aku nak tengok Di Mana Road Tax sticker aku berada sekarang ni selepas buat pembelian
– so aku klik Car Road Tax
– klik Next

Cara-Nak-Track-Roadtax-Parcel_3

4. Di bahagian Enter Details

– Vehicle No. masukkan nombor plate kenderaan korang
– ID Number masukkan nombor IC atau nombor passport korang
– klik I’m not a robot
– klik Check Status
– lihat Status

Cara-Nak-Track-Roadtax-Parcel_4

– sekiranya Processing maksudnya parcel kita tu belum di bawa keluar lagi dari MyEG
– sekiranya In-progress maksudnya parcel kita tu sudah pon di prepared MyEG untuk dihantar ke Courier Service
– sekiranya Delivered maksudnya parcel kita tu dah sampai ke alamat rumah atau office kita
– sekiranya di bahagian Logistic Officer tertera Courier Service Pos Laju sebagai contoh seperti dalam gambar di atas.. Yes kita senang nak jadikan bukti sekiranya hilang parcel kita tu
– sekiranya di bahagian Contact Number ada tertera no. telefon senang untuk kita simpan dan call
– sekiranya di bahagian Contact Number tu takde langsung tertera no. telefon itu maksudnya pihak MYEG yang berada di setiap daerah di setiap negeri di Malaysia akan hantar As Soon As Possible ke alamat rumah/office kita

Cara-Nak-Track-Roadtax-Parcel_5

– macam kes aku, pihak MyEG yang berada di daerah tempat alamat aku ni dia akan hantar ke rumah aku
– aku expect dalam 2-3 hari akan sampai oleh Pos Laju seperti tertera di gambar atas
– tapi pihak MyEG yang berada di daerah dekat alamat tinggal kita dorang yang akan datang hantar
– Alhamdulillah syukur, aku renew roadtax secara online dekat website MyEG pada 20 July 2022 jam 130petang, pada 21 July 2022 jam 12 tenghari pihak MyEG yang berada dekat daerah aku delivered ke rumah aku, so tak perlu aku kelam kelibut tak boleh keluar sana sini takde roadtax hehe
– so apa yang aku boleh share dekat sini Renew Roadtax Sticker secara online dengan MyEG ni kira bagos lah just ambik masa tak sampai 1 hari bekerja boleh delivered 
– apapon bergantung kepada kawasan korang tinggal lah, sekiranya alamat rumah atau office kita tu jauh ke pedalaman kampung mungkin ambik sedikit masa lah nak sampai
– ini apa yang pihak MyEG rider bagitahu aku

Dapat sesuatu dari artikel Cara Nak Track Roadtax Parcel Kita Di Mana?

Jangan Lupa Share dekat kawan-kawan family members okay.

Terima Kasih.