Skip to content

Alhamdulillah, Akhirnya PerantiSiswa Aku LULUS

peranti-siswa-lulus

Alhamdulillah, Akhirnya PerantiSiswa Aku LULUS.

Aku mohon Peranti ni dah lama tau, rasanya masa tu fasa pertama lagi diperkenalkan ketika itu. Aku mohon pada tarikh 13 May 2022 jam 1200am pagi.

Nak dipendekkan cerita, aku tunggu punya tunggu nak dapatkan status Lulus tu membuatkan aku penat menunggu.

Yelah mana tak penat weh, Isnin hingga Jumaat aku keje, Sabtu Ahad cuti pon aku hadir kelas. Penat jugak lah kan?

Akhirnya Kerajaan umumkan, permohonan Peranti ni dilanjutkan untuk fasa dua sehingga 30 September 2022.

Bila aku Login https://perantisiswa.kkmm.gov.my ketika itu status permohonan aku masih STATUS MENUNGGU “Permohonan Anda Telah Diterima Dan Akan Diproses”.

Dan, pada ketika itu tarikh 08 September 2022 jam 0250pm petang aku buat Kemaskini.

Pengemaskinian aku ketika itu aku buat adalah disebabkan aku nak bagitahu system PerantiSiswa ni niat aku masih lagi nak mohon.

Aku tak nak mengalah demi mendapatkan hak tablet Percuma dari Kerajaan.

Jadi aku update lah status aku dari segi alamat tempat tinggal, pendapatan isi rumah bulanan dan email untuk tujuan pengesahan.

Ketika artikel ini ditulis dan diterbitkan pada 17 Oktober 2022 jam 1040 malam, aku mendapati status LAYAK di pengkalan data PerantiSiswa akhirnya Lulus.

Makanya sekarang ni aku kena tunggu lah pihak Universiti tempat aku part time study (weekend class) akan hubungi aku untuk penghantaran peranti ke alamat rumah aku atau aku sendiri kena hadir ke Universiti untuk ambil peranti percuma dari Kerajaan ni.

Alhamdulillah-Akhirnya-PerantiSiswa-Aku-LULUS

Soalan Lazim Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Apakah Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif Kerajaan untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40.

Bilakah Permohonan Ditutup?

Permohonan Peranti fasa 2 boleh dibuat secara online sehingga 30 September 2022.

Bilakah PerantiSiswa Mula Diberikan Kepada Mahasiswa?

Fasa 1 – Mulai 3 September 2022

Fasa 2 – Oktober / November 2022

Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca disini https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq