Skip to content

Harga Rumah Selangorku – Harga Rumah Di Gombak

Harga-Rumah-Selangorku-

Bismillah,

ASsalamualaikum Warahmatullah …

Ketika aku menulis artikel ni pada 24 July 2023 bersamaan hari Isnin, aku dah terasa nak miliki rumah sendiri daripada aku asyik menyewa je dengan tuan rumah.

Aku dah rasa penat.

Aku rasa penat sebab nak kena bayar dekat Tuan rumah untuk benda yang tak pasti sampai bila?

So sekarang aku tengah mencari rumah dekat area Kuala Lumpur dan Selangor.

Kuala Lumpur dan Selangor ni antara tempat yang aku rasa patut beli rumah sebabnya aku memang sedang bekerja di area sini.

Otak aku tiba-tiba function nak google, so antara keyword femes dekat google search bar – Harga Rumah Selangorku.

Aku nak cari rumah sekitar area Gombak atau Setapak (paling jauh).

Akan datang area seperti Cyberjaya, Putrajaya atau Bangi aku tak pasti.

Jadi ini antara listing website yang aku jumpa yang boleh dijadikan panduan akan datang :

1. Mudah.my

2. Homes.trovit.my

3. Propertyguru.com.my

4. Iproperty.com.my

5. Homes.mitula.my

6. Hartaprima.com

Aku kalau boleh insyaAllah, nak harga rumah tu bawah 200k je ataupun bawah 150k.

Sebab apa, kita kena ukur baju di badan sendiri.

Dan yang pastinya aku stay di bandar metropolitan KL.

Taraf B40.

So aku harap 1 hari nanti aku dapat jugak jumpa rumah landed setingkat pon takpe.

Selebihnya pandai lah aku nak kreatifkan diri untuk renovate bagi cantik macam banglo.

InsyaAllah, doakan aku ya. 🙂

Tambahan pula aku tengah kumpul Emas dengan Maybank Islamic Gold Account-i serendah RM10, korang boleh klik dan Join okey 🙂

Aku punya target cukup haul emas tu nak keluarkan boleh renovate rumah nanti yey InsyaAllah 🙂