Skip to content

10 Senarai Barang Dapur Bujang yang Praktikal dan Menarik!

Senarai-Barang-Dapur-Bujang

Bismillah ..

Assalamualaikum …

Pembaca blog aku yang disayangi dan selamat datang kembali ke blog aku yang sentiasa memberikan inspirasi gaya hidup yang menyeronokkan! hehe ..

Kali ini, aku ingin berkongsi panduan untuk semua bujang di luar sana yang gemar menyediakan hidangan di dapur sendiri.

Ini dia 10 Senarai Barang Dapur Bujang yang Praktikal dan Menarik!

Al maklumlah diantara kita ni ada yang jenis tak suka makan luar, tak suka membazir duit, jenis yang introvert je memanjang kan haha ..

Aku sangat faham keadaan tu.

Aku jugak selalu hadapi apa yang korang hadap dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni.

Jangan stress, cool je okay. 🙂

Aku memahami bahawa memulakan perjalanan memasak bukan perkara mudah, jadi aku telah menyusun senarai barang dapur untuk bujang yang pasti akan membantu korang dalam memulakan langkah pertama ke arah hidangan yang enak dan sihat!

Samada korang lelaki dan wanita bujang.

Meh sini aku kongsikan. 🙂

BACA JUGA Aktiviti Aku Selalu Buat Bila Tiba-Tiba Nak Jadi Introvert. Haha!

Senarai Barang Dapur Buat Bujang yang Wajib Ada:

1. Rice Cooker Multifungsi:

Alat masak ini merupakan penyelamat sejati untuk bujang yang ingin memasak nasi dengan cepat dan mudah.

Beberapa model turut dilengkapi dengan fungsi memasak lain seperti kukus, merebus dan masak sup.

Klik Sini – SHOPEE

2. Kuali Pelbagai Guna:

Dapatkaan Kuali pelbagai guna dan berkualiti tinggi yang tahan lama untuk memasak pelbagai hidangan.

Satu set asas dengan saiz yang berbeza akan mencukupi keperluan masakan harian korang.

Klik Sini – SHOPEE

3. Periuk Rebusan:

Bagi korang yang suka sangat hirup sup macam aku ni, periuk rebusan adalah alat yang perlu ada di dapur korang.

Ini memudahkan proses memasak hidangan berlemak santan dan masakan yang mak-mak kita selalu masakkan tu.

Klik Sini – SHOPEE

4. Alat Pemotong:

Pisau dapur yang tajam dan pemotong sayur adalah penting untuk menyediakan hidangan dengan mudah.

Pastikan sentiasa menjaga kebersihan dan ketajaman alat-alat ini.

Klik Sini – SHOPEE

5. Peralatan Membancuh:

Set besen, sudu, dan pemukul telur adalah asas untuk membancuh adunan kuih, kek, atau menghasilkan minuman yang sedap.

Klik Sini – SHOPEE

6. Peralatan Penyimpanan Makanan:

Kotak plastik atau balang kaca yang kedap udara adalah penting untuk menyimpan sisa makanan dengan kemas dan segar.

Klik Sini – SHOPEE

Ini juga membantu mengurangkan pembaziran makanan.

7. Blender atau Pengisar:

Buat smoothie segar atau kisar bahan untuk hidangan yang lebih mudah dengan alat ini.

Dapatkan yang berkualiti tinggi untuk kegunaan jangka masa panjang.

Klik Sini – SHOPEE

8. Rak Penyimpanan:

Sedikit sentuhan gaya dengan rak penyimpanan yang cantik akan menjadikan dapur korang lebih teratur dan kemas.

Klik Sini – SHOPEE

9. Peralatan Penyediaan Kopi:

Bagi pecinta kopi, jangan lupa tambahkan alat menyeduh kopi, grinder biji kopi, dan pemegang kapsul ke dalam senarai pembelian korang.

Klik Sini – SHOPEE

10. Barang Basah dan Kering Asas:

Pastikan korang sentiasa menyediakan gula, garam, minyak masak, sos dan rempah ratus asas dalam dapur korang.

Ini akan membantu dalam penyediaan hidangan cepat tanpa perlu berlari ke kedai setiap kali nak masak.

Klik Sini – SHOPEE

Semoga senarai barang dapur bujang yang praktikal dan menarik ini bermanfaat bagi korang dan selamat berjaya dalam pengembaraan memasak korang! hehe..

By the way kan dekat dapur introvert aku, mesti ada 2 benda ni ..

*Rice Cooker Multifungsi
*
Peralatan Penyediaan Kopi

Korang pulak jenis yang macam mana ? ..