Skip to content

3 Jenis Ubat Gigi. Cara Guna Ubat Gigi Dengan Betul.

jenis-ubat-gigi

3 Jenis Ubat Gigi. Cara Guna Ubat Gigi Dengan Betul. | Produk Penjagaan Kesihatan Mulut : Ubat Gigi

Terdapat pelbagai jenis ubat gigi di pasaran. Ubat gigi dicipta untuk memenuhi keperluan kesihatan mulut pelbagai individu yang berbeza-beza dari segi peringkat umur, dengan pelbagai perisa dan kegunaan kosmetik.

Penggunaan ubat gigi yang betul, serta teknik yang betul membantu anda mencapai kesihatan mulut yang baik.

Jenis Ubat Gigi

Terdapat beberapa jenis ubat gigi yang utama seperti :

1. Ubat gigi berfluorida

2. Ubat gigi sensitif

3. Ubat gigi pemutih

Sila baca label yang terdapat pada kotak ubat gigi bagi memahami kandungannya, jenis, perisa dan saiz ubat gigi perlu digunakan.

Kandungan Ubat Gigi

Antara kandungan ubat gigi yang utama adalah seperti berikut:

# Fluorida

Menurut Marinho dan Sheiham (2004) pelbagai kajian sejak separuh kurun yang lalu oleh para saintis telah membuktikan keberkesanan fluorida membantu dalam mencegah pereputan gigi, gigi berlubang dan turut membantu menghalang progres kerosakan awal gigi.

Ia membantu dalam mengawal tahap asid (yang dihasilkan oleh bakteria) dalam mulut ke tahap yang rendah bagi mencegah pereputan gigi.

Fluorida terdiri daripada beberapa jenis seperti monofluorofosfat, stannous fluorida atau sodium fluorida bergantung kepada jenama ubat gigi akan meresap kepada lapisan enamel gigi dan menyebabkan enamel lebih rentan terhadap asid (yang dihasilkan oleh bakteria) yang boleh menyebabkan kerosakan gigi.

# Tepung penaik /soda bikarbonat (Sodium bikarbonat)

Tepung penaik adalah bahan semulajadi berperanan dalam mengikis kotoran/karat (memutihkan gigi) dan pembentukan plak gigi serta mencegah nafas berbau.

# Sodium lauryl sulfat

Sodium lauryl sulfat pula membantu dalam menyingkirkan kotoran dan pembentukan plak gigi dari permukaan gigi.

# Hidrogen peroksida

Hidrogen peroksida membantu dalam membunuh bakteria, memutihkan gigi dan mencegah nafas berbau.

# Silica terhidrat

Silika terhidrat bersama bahan ramuan lain membentuk tekstur kepada ubat gigi. Bahan pengawet mungkin ada tetapi kadangkala tidak digunakan, di samping perasa ubat gigi dan agen pemekat ubat gigi.

Bahan-bahan ini mungkin berbeza-beza antara jenama satu ubat gigi dengan yang lain, tetapi secara umumnya kerap digunakan oleh pengeluar ubat gigi.

# Lain-lain (others)

Bahan lelas (abrasive) seperti silika, alumina, kalsium fosfat atau kalsium karbonat membantu dalam menghasilkan ubat gigi yang sedikit kesat bagi mengikis kotoran pada gigi.

Sekiranya ubat gigi yang sangat kesat digunakan dan boleh menyebabkan lapisan enamel terhakis(haus) , ia menyebabkan lapisan dentin terdedah dan gigi bewarna kekuningan(lapisan dentin lebih kuning dari enamel) maka gigi akan terasa sensitif terhadap makanan/minuman panas dan sejuk.

Baca Juga Ubat Gigi Viral di Shopee 

3 Jenis Ubat Gigi Yang Wajib Kita Tahu

1. Ubat Gigi Sensitif

– Ubat gigi sensitif digunakan oleh individu yang mempunyai gigi sensitif khususnya berdekatan dengan gusi seperti rasa sensitif terhadap minuman atau makanan panas dan sejuk.

– Ubat gigi sensitif membantu mengurangkan rasa sensitif semasa memberus gigi agar pemberusan gigi rasa lebih selesa.

– Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai punca gigi sensitif, anda disarankan mendapatkan nasihat doktor pergigian terlebih dahulu bagi mengenalpasti punca utama gigi sensitif daripada terus menggunakan ubat gigi sensitif bagi mengelakkan sebarang masalah pergigian yang serius.

2. Ubat Gigi Pemutih

– Ubat gigi pemutih pula direkacipta untuk membuang sebahagian kotoran agar gigi kelihatan lebih putih. Ia mengandungi bahan kasar (abrasive) untuk mengikis kotoran pada gigi.

Antara bahan kasar yang digunakan adalah tepung penaik, peroksida, sodium tripolifosfat yang boleh melarutkan kotoran.

– Namun begitu, ubat gigi pemutih tidak sama seperti rawatan pemutihan gigi yang dilakukan secara professional di klinik pergigian. Ini kerana ubat gigi pemutih membantu dalam membersihkan sebahagian kotoran pada gigi sahaja.

Rawatan pemutihan gigi menggunakan tahap hidrogen peroksida yang lebih tinggi dan diaplikasi pada tempoh yang lebih lama bagi memutihkan gigi mengikut tahap keputihan gigi yang bersesuaian.

Ubat gigi pemutih juga digunakan selepas rawatan permutihan gigi secara professional di klinik pergigian bagi mengelakkan pembentukan kotoran baru pada gigi.

– Sesetengah individu tiada masalah menggunakannya setiap hari. Namun, sesetengah individu mungkin mengalami masalah gigi atau gusi sensitif, maka dicadangkan agar penggunaan ubat gigi pemutih diberhentikan dan gunakan ubat gigi bukan pemutih semula.

– Jika anda menggunakan ubat gigi pemutih, adalah dinasihatkan berkumur selepas makan serta mengelakkan yang minuman/makanan/ tabiat yang boleh menyebabkan kotoran gigi seperti kopi, teh, minuman berkarbonat (cola) dan rokok bagi memastikan kesan penggunaan ubat gigi pemutih yang lebih optimal.

3. Ubat Gigi Kanak-Kanak

Pemilihan ubat gigi kanak-kanak perlu dilakukan dengan teliti seperti berikut:

– Teliti label pek ubat gigi seperti kegunaannya, amaran, arahan penggunaan dan lain-lain. Bahan seperti sodium lauryl sulfat tidak sepatutnya ada dalam ubat gigi kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan ulser mulut atau kelepuhan mukosa pada kanak-kanak kecil.

– Pilih ubat gigi yang berfluorida (pastikan ada pemantauan penggunaan ubat gigi) dan halal (bagi Muslim).

– Pastikan pemilihan ubat gigi sesuai dengan umur anak anda.

Beli perisa yang anak anda suka/sesuai/selesa digunakan- agar memberi motivasi/galakan kepada anak anda untuk memberus gigi.

– Buat perbandingan tentang ubat gigi kanak-kanak yang ada di pasaran.

– Jika kurang pasti, dapatkan nasihat doktor pergigian bagi ubat gigi kanak-kanak yang sesuai untuk anak anda.

Kuantiti Penggunaan Ubat Gigi

Bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun, gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak dengan kuantiti yang sangat sedikit digunakan – iaitu kuantiti ubat gigi perlulah bersaiz sebiji kacang pea.

Ibu bapa dan penjaga hendaklah memantau penggunaan ubat gigi serta membantu anak-anak memberus gigi sehingga mereka mampu meludah ubat gigi yang digunakan dan tidak menelan ubat gigi tersebut, iaitu sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun.

Tips pemberusan menggunakan ubat gigi:

– Pemantauan kanak-kanak oleh ibu bapa

– Jenis dan kuantiti penggunaan ubat gigi kanak-kanak yang betul

– Tidak menelan ubat gigi. Ubat gigi diludah selepas digunakan.

– Teknik pemberusan gigi yang betul dan menggunakan berus gigi yang sesuai.

– Memandang cermin semasa memberus gigi.

Anda dapat sesuatu dari pembacaan 3 jenis ubat gigi yang berada di pasaran ini. Jangan Lupa kongsikan artikel ini dengan family dan rakan tersayang okey.

Baca Juga Ubat Gigi Viral TikTok Original

.
Sumber Myhealth