Mudahnya Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji

Mudahnya Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Korang tahu ke tak, orang yang bekerja dan berpendapatan tetap setiap bulan sebenarnya perlu membuat zakat gaji sebanyak 2.5% daripada hasil titik peluh yang kita usahakan. Hanya 2.5% sahaja yang Allah perintahkan untuk sama-sama kita berkongsi rezeki yang Allah amanahkan kepada kita dengan orang lain. Kita perlu sentiasa ingat, setiap rezeki yang Allah limpahkan kepada kita, bukanlah milik kita 100%, jadi 2.5% itu adalah merupakan hak asnaf sepertimana yang tertakluk di dalam kalam suci Al-Quran.

majlis-pelancaran-skim-tohir-potongan-zakat-gaji-2018

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) sekali lagi melancarkan kempen pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Tohir 2018) yang akan berlangsung selama 4 bulan bermula pada 1 Julai hingga 31 Oktober 2018.

Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP.

Pada tahun ini, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4000 orang yang akan membuat potongan zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung. Pada tahun lepas sahaja, seramai 7000 orang telah menyertai Skim Tohir. Alhamdulillah satu kesedaran yang patut semua ada untuk membersihkan harta dan jiwa seseorang.

- Mudahnya Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji

Apa yang menariknya tahun ini, pihak PPZ-MAIWP akan menghadiahkan 10 hadiah percutian yang berupa pakej menunaikan umrah, percutian ke Beijing, Bangkok, Jakarta dan Pekan Baru kepada individu yang menyertai skim Tohir 2018 tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd. Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November 2018.

Mudahnya-Bayar-Zakat-Melalui-Potongan-Gaji
Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Tohir 2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir di majlis, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad untuk menzahirkan lagi hadiah yang bakal diterima kepada peserta yang menyertai Skim Tohir ini.

Tahniah diucapkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Malakoff Corporation Berhad kerana menjadi badan yang paling banyak mengutip zakat potongan gaji pada tahun lepas.

Syarat dan Cara Penyertaan Skim Zakat Gaji (Skim Thohir) : –

1. Layari website rasmi PPZ-MAIWP www.zakat.com.my   atau

2. Berkunjung mana-mana 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP   atau

3. Hubungi customer service Zakat di talian 1300 88 5757   atau

4. Singgah mana-mana Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP


“Firman Allah dalam Al-Quran : Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya 
engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka dan doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

(Surah at-Taubah, Ayat: 103)


Untuk maklumat lanjut mohon layari : –

Website   : www.zakat.com.my

Facebook : www.facebook.com/myzakat

Instagram : www.instagram.com/pusatpungutanzakat

- Mudahnya Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji

- Mudahnya Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sharing is Caring

2 Comments

  1. kolin July 13, 2018
    • asyrafasri July 17, 2018

Add Comment

CommentLuv badge
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: