Skip to content

AL-FATIHAH! Pengasas Kicap Jalen Meninggal Dunia.

pengasas-kicap-jalen-meninggal-dunia

Sebut saja Kicap Jalen pasti ramai yang mengetahuinya.

Baik dewasa mahupun kanak kanak pastinya semua tahu akan rasa keenakkan kicap soya paling sedap apabila menjamah nasi beserta lauk pauk.

Kicap Jalen pilihan rakyat Malaysia masa kini!

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Pengasas jenama Kicap Jalen kegemaran ramai,
Datuk Haji Ab. Jalil Bin Hj Long.

Arwah Pengasas Kicap Jalen telah kembali ke Rahmatullah petang tadi di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru.

Jenazah telah dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh.

Berita ini dilaporkan melalui perkongsian laman rasmi facebook Kicap Jalen dan rata rata ahli keluarga
dan staff Kicap Jalen berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham.

Semoga Roh arwah dicucuri rahmat ilahi. Amin!

Untuk info bersama, Allahyarham memulakan perjalanan perniagaan produk makanan pada tahun 1981 dan resipi Kicap Jalen sentiasa sedap dijamah sehingga kini.

.
Sumber Gambar : facebook rasmi Kicap Jalen

[Dah Tahu Ke?] Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia