July 14, 2020

3 Pinjaman Peribadi Bank Terbaik Di Malaysia

3-pinjaman-peribadi-bank-terbaik-di-malaysia

3 Pinjaman Peribadi Terbaik Di Malaysia | Teringin nak buat pinjaman peribadi dari Bank untuk kemudahan anda yang tengah terdesak ketika ini? Terutamanya sekarang ini seluruh dunia termasuk Malaysia tidak terkecuali dari terkena wabak virus Covid-19. Ini membuatkan anda rasa kesempitan wang untuk berbelanja barang dapur dan sebagainya.

Jangan risau, baca artikel ini sampai habis.

Fahamkan dan mohon pinjaman peribadi mengikut kesesuaian dan kemampuan anda untuk membayar semula pinjaman yang akan lulus nanti.

Berdasarkan sumber Bank Negara Malaysia pada tarikh 05 Julai 2013, telah mengumumkan satu set langkah yang bertujuan untuk mengelak hutang isi rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Salah satu langkah ialah penguatkuasaan tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun untuk pembiayaan bagi kegunaan peribadi.

Jangan risau, beberapa Bank sekarang menawarkan produk pinjaman peribadi kepada individu yang mempunyai pendapatan sederhana atau rendah.

Berikut adalah 3 pinjaman peribadi yang terbaik dari segi ciri ciri produk dan kelayakan pendapatan minimum:

1. RHB Pembiayaan Peribadi – Easy-Pinjaman Ekspres

– Kadar rata setahun: Dari 11.63% setahun
– Jumlah pinjaman maximum: RM150,000
– Kategori pinjaman:
Tingkat 1 – RM2,000 sehingga RM10,000
Tingkat 2 – RM11,000 sehingga RM50,000
– Tempoh pinjaman: 1 hingga 5 tahun
– Tempoh kelulusan: 10 minit
– Pendapatan/gaji minimum: RM1,500 sebulan
– Umur: 21-60 tahun
– Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja

Proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi RHB adalah mudah dan cepat jika anda memenuhi kesemua kriteria di atas. Produk ini sesuai untuk graduan yang baru mula bekerja.

Proses permohonan produk ini senang untuk difahami, di mana jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000 dan tempoh kelulusan tidak lebih daripada 10 minit!

Mohon Sini Sekarang!




2. Mach Pinjaman Peribadi I.O.U

– Kadar faedah: 7% p.a. – 13.5% setahun
– Jumlah pinjaman maximum: RM250,000
– Tempoh kelulusan: Sehingga 1 jam
– Tempoh pinjaman: 2 hingga 7 tahun
– Pendapatan/gaji minimum: RM2,000 sebulan
– Umur: 21-60 tahun
– Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja

Mach I.O.U pinjaman peribadi dari Hong Leong Bank terkenal untuk kadar kelulusan pinjaman yang tinggi. Jika pinjaman peribadi anda ditolak oleh bank-bank lain, anda masih berpeluang untuk mendapatkan pinjaman produk ini.

Dengan permohonan online di laman web Mach by Hong Leong, ia mempercepatkan proses kelulusan pinjaman ini. Anda hanya perlu mengemukakan kad pengenalan, slip gaji, EPF, penyata bank dan juga bil utiliti.

Jika anda mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000, anda boleh memohon untuk pinjaman sehingga RM250,000! Pinjaman ini terbaik untuk usahawan-usahawan baru atau peniaga kecil.

Mohon Sini Sekarang!




3. Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta

– Kadar faedah efektif: 9.22% – 23.38% setahun
– Jumlah pinjaman maximum: RM150,000
– Tempoh kelulusan: 5 hari bekerja
– Tempoh pinjaman: 1 hingga 10 tahun
– Pendapatan/gaji minimum: RM1,000 sebulan bagi jawatan tetap/RM8,000 bagi jawatan kontrak
– Umur: 18-60 tahun
– Kelayakan: Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor swasta

Pinjaman peribadi ini sedikit berbeza daripada yang lain. Hanya kakitangan sektor swasta yang berjawatan tetap boleh memohon untuk pinjaman peribadi ini. Jika anda dalam lingkungan tersebut, Tahniah!

Pinjaman peribadi Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta terbaik untuk anda. Kadar faedahnya lebih rendah berbanding dengan bank-bank lain. Anda tidak perlu peningkan kepala untuk menjelaskan ansuran bulan.

Permohonan pinjaman peribadi ini juga dikatakan mempunyai kadar kelulusan yang tinggi. Malangnya, produk ini ada sedikit keburukannya. Tempoh kelulusan mengambil masa yang lama, dari 5 hari sehingga 2 minggu.

Tambahan pula, cara bayaran ansurannya tidak berapa sama dengan bank-bank yang lain. Ia menawarkan kadar faedah yang lebih rendah jika peminjam memilih cara pembayaran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), dan pindahan gaji ke Bank Rakyat dan tunai. Walaubagaimanapun, ia juga menerima pembayaran secara tunai, dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Ini ialah pinjaman peribadi yang memberikan anda kadar faedah yang paling rendah berbanding dengan yang lain.


Mohon Sini Sekarang!

Haaa .. Tunggu apa lagi? Mohon pinjaman peribadi yang paling sesuai untuk anda sekarang!

Disclaimer : Admin blog tidak bertanggungjawab atas sebarang info yang salah dan tidak tepat pada masa sebelum, semasa dan selepas anda membuat keputusan memohon pinjaman peribadi di 3 Bank Terbaik Di Malaysia yang di sarankan ini. Mohon buat rujukan dan semakan dengan pihak bank dahulu sebelum memohon.

Asyraf Asri

Pernah bekerja sebagai Arabic Speaker Specialist di Emirates Airlines Ground Staff dan Customer Service Officer Malaysia Airlines Berhad di KLIA1. Sangat menyayangi kucing. Meminati rumah exterior dan interior minimalist". - Asyraf Asri 2020

View all posts by Asyraf Asri →

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: