niche-hot-buat-duit-dengan-blog
Blogging

7 Niche Paling Hot Nak Buat Duit Dengan Blog [InfoGrafik]



7 Niche Paling Hot Nak Buat Buit Dengan Blog [InfoGrafik] | [Dikemaskini pada 17/06/2020] Cara menjana wang dari Blog dengan cepat ini antara topik / tajuk / keyword yang ramai giler manusia tengah cari dekat google search bar. Aku sangat faham di kala pandemik Covid19 ni masih belum reda dan pulih sepenuhnya. Kebanyakan antara kita tak kira agama dan bangsa di Malaysia khususnya dan amnya di seluruh dunia ketika ni sedang menghadapi krisis kewangan peribadi yang amat tenat sangat sejak wabak ni mula meluas.

Untuk pengetahuan kau orang, aku dah berblog ni sejak tahun 2009 lagi. Ketika itu aku baru habis study peringkat Sekolah Agama Tinggi (STAM). Kiranya tahun 2010 tu tak tau nak buat apa, apa yang aku nampak pada diri aku ni.

Aku suka membaca. Makanya aku buat keputusan aku nak tulis, tulis dan tulis. Tu je aku fikir time tu.

Maka bermulalah pencarian kata kunci / keyword di google search bar ketika itu .. Cara Nak Buat Blog.

Okay stop! Kau orang klik je pautan link aku dah sediakan tu baca lah yer. Semoga bermanfaat.

Untuk penulisan kat sini, aku nak cerita Macam Mana Nak Buat Duit Dari Blog Dengan Cepat.

Berdasarkan Infografik yang disediakan Make Time Online di bawah ni ada menunjukkan dan memberitahu kau orang termasuk Aku bahawasanya Bagaimana Nak Buat Duit Dari Blog Dengan Kadar Segera.

Jawapan untuk pertanyaan sebegini boleh aku katakan adalah ianya sangat Subjektif dan Susah nak bagitahu macam mana kekdahnya .. hahahaha …

Tapi mengikut pengalaman aku selama ber-blogging ni, Alhamdulillah rezeki dari Affiliate marketing dengan blog ni sangat berkesan dan masyukkkkkk ..sangattt… (ini pendapatan sampingan bersifat berterusan yer)

Tapi ada masa tinggi revenue , ada masa rendah lah. Mengikut attitude korang sendiri. Kalau malas buat kerja, Sape nak bayar Gaji komisyen kau buta buta kan ?

Orang yang nak bayar gaji kau tu Manusia biasa, ada perasaan. Senang cerita, Kita Mudahkan Urusan Orang, Insya Allah yakinlah Tuhan akan mudahkan urusan kita dalam pelbagai aspek kehidupan.

Peringatan bersama, kalau tak mampu nak ambik Job tu sebab takde masa dan malas melampau nak Update kat blog dan media sosial. Walaupun bayaran yang diterima tu masyukkk giler!! Jangan lah ambik.

Buat tak tahu jer. Senang cerita! Sebab nanti takde lah mulot puaka nak cerita pasal kau kan. Hahahaha ..

eh, apasal aku meroyan terokkks ni ..Allah …sambung!

7 Niche Paling MAHAL Nak Buat Duit Dengan Blog


Okay bagi yang newbie apa itu niche. Meh sini aku terangkan secara mudah dan simpel.

Niche tu maksudnya .. Sesuatu Perkara Yang Kau Suka Buat, Fokus tu jer! 

“Eh, senang betul jawapan kau Asyraf !”

hahahaha … tak payah nak berangan nak terang macam budak pandai. Buat penerangan tu biar Jelas, Cepat, Tepat lagi berdedikasi. (agithuww, aderrr)

#1 FOOD

Kebanyakan orang dekat Malaysia dan seluruh dunia ni kan suka tengok makanan..perasan ke tak?

Elok elok dah Breakfast kat rumah, keluar ke tempat kerja masuk Office, kawan ada buat Sedekah Amal Jariah dekat pantry ..apalagi konfem Kau sambar kan? hahahaha ..jangan tipu, tak baik tau!

Sambil sambil kau bekerja sebagai CEO di syarikat tu Kau pulak seorang Blogger. Sebelum ni ada blog personal cerita kisah hidup pelik pelik sampai popular 1 Malaysia bahawasanya kau lah orangnya yang buat perangai tu.

Kali ni kau dah tahu kan Blog ber-Niche ni boleh mendatangkan keuntungan (dari pengiklan yang sanggup nak beriklan di blog kau nanti dan revenue Google Adsense masyukk gilerr bila almost article kau tulis pasal cerita bab masakan dan makanan SAHAJA)

#2 LIFESTYLE

Okay niche Lifestyle ni adalah niche blog personal la. Tapi apa yang aku nampak, Niche pasal personal life as Lifestyle Blogger ni susah sikit nak masyukk giler  bila kau Blogger sendu.

Wey! Jangan terasa pulak .. aku cakap serius ni .. aku pon blogger kesenduan jugak so sama sama lah kita bersendu eh .. hahahahah …

Maksud aku Sendu tu ..kalau kau seorang Blogger yang biasa biasa jer, Update penulisan blog pon takde ciri ciri artikel SEO (baca: follower dan google suka baca penulisan kau)

dan…kau terus menerus tulis itu ini tanpa belajar sedikit pon tentang Search Engine Optimization yang sepatutnya dan seharusnya mana mana Blogger Wajib faham yang basic pon dah kire okay sangat.

natijahnya ..Rugi sangat kau ada Blog Niche Lifestyle ni.

Baik tak payah buat. Lebih baik fokus dekat 1 blog yang tulis pasal “A” je kat blog tu. Macam niche Food tu lah.

Pengalaman aku blogging ni , yang aku rasai dan amati betul betul. Blog Lifestyle ni kita kena BINA BRANDING sendiri supaya kuat. Nanti senang lah trafik (viewer) masuk mencanakk jer kan.

Tips! Kena Update penulisan blog yang memberi jawapan kepada persoalan orang untuk dapatkan jawapan tu bila dia taip keyword tu dekat google search bar. Tulis dengan bahasa santai tak payah nak skema sangat kalau tak reti nak tulis. Aku nak baca pon tak paham nanti ayat skema kau tu. Belajar lah dengan otai Blogger yang ada kat sekeliling korang tu tentang BASIC SEO sama ada kau tu blogger yang guna platform Blogger.com atau WordPress (indeed). okay tips ni ..aku pun sedang belajar dari tahun 2009 sampai sekarang ..

#3 MARKETING


Haaa, kau ada Diploma dan Degree in Marketing? atau takde pon takpe.

Janji pernah ada pengalaman berniaga berbisnes itu ini selama hidup. Okay buat blog niche Marketing ni. Cerita A to Z.

Sekarang ni tahun 2020, ramai giler orang nak belajar dan faham pasal info dan ilmu marketing ni.

Dah jadi blogger niche ni. Jangan duduk menipu cerita benda yang boleh orang cari kat google dengan mudah. Cerita lah betul betul. Walaupun kau tulis dengan FREE tapi kalau Jenama dan Branding kau dah kuat.

Insya Allah yakinlah revenue Adsense masyukk giler dan syarikat besar pon sanggup bayar kau mahal nak iklankan produk mereka dekat blog kau.

Kau tak nak ke ? Kalau aku power bab Marketing ni .. lama dah aku citer beb !

Tapi tu lah aku sendu jer, tak power pon. hmmmm ….

#4 TRAVEL


Nak buat blog niche Travel ni BUKAN kau Wajib ada sijil Diploma or Degree in Hotel & Tourism Management. Takde pon takpe.

Tapi kalau ada lagi bagus. Ia dah satu Branding Kuat kau sebagai Blogger yang ada ilmu asas semasa dekat pengajian tertinggi.

Minat booking dan check-in Hotel bajet yang ada dekat Malaysia ni ?? Haaa bagos! Buat 1 blog pasal Travel tak kisah lah kau nak letak Domain apa.

Janji Domain tu satu atau dua perkataan je tau. Cth : JomBercuti dot com dan etc ..

Aku tak marah nak buat blog under selian Blogger.com , okay boleh je tapi biarlah beli domain. Kata nak Buat Duit Cepat Dengan Blog kan. So domain tu biarlah ada jenama sikit. Nampak lah kita ni professional di mata advertiser dan google adsense.

Tips! Update penulisan review pasal Cara Nak booking hotel, cara nak travel kesana, cara nak tido, cara nak guna fasiliti hotel tu dan sebagainya. Nampak kan?

Boleh follow blogger niche Kerjaya Airport ni. Dia ada ilmu kepakaran dan pengalaman bekerja di KLIA dan dia berkongsi segala manfaat di blog.

#5 HEALTH & FITNESS


Suka bersukan? Suka jogging? Suka pegi gym? Dan apa saja yang korang suka pasal sukan. Buat 1 blog pasal sukan dan kesihatan.

Niche ni sangat evergreen. Orang akan follow je blog kau dari umur dia 18 tahun sampai 60 tahun jika blog kau tulis benda dan perkara yang fakta dan betul mengikut pengalaman dan kepakaran yang kau orang ada.

Kalau kau orang ada Diploma or Degree in this field. Ia satu benda yang sangat baik lagi untuk mencantikkan dan menyedapkan penulisan blog kau orang tu.

#6 MOMMY

Sekarang ni awak seorang Ibu yang sedang mengandung atau sudah punyai anak seorang?

Dan mungkin anda ada Diploma or Degree in Nursing or Medical ..


Haa buat 1 blog cerita fakta menarik dan info berguna yang memberi manfaat pasal nilai nilai murni seorang Ibu Bapa ni.

Niche ni pun evergreen.

Tips! Google sangat suka blog niche ni.

#7 PERSONAL FINANCE

Blog ini berkisarkan lebih kepada kewangan seseorang dalam kehidupan.

Jika kau orang ada ilmu kepakaran dalam bidang ni like Diploma or Degree in Finance / Islamic Finance boleh buat 1 blog niche Kewangan ni.


Hasil ilmu bidang pengkhususan dan pengalaman korang dengan orang yang ada masalah kewangan peribadi atau syarikat boleh kongsikan di blog.

Niche ni sangat evergreen. Ramai gila manusia kat dunia ni cari info ni. Termasuk aku yang masih lagi sendu dengan kewangan sendiri.

Kalau korang ada buat blog niche Financial ni, okay mohon letak rujukan di bahagian komen artikel ni. Nanti aku nak follow dan fahamkan apa yang kau orang cuba sampaikan.

Boleh follow blogger dan pakar niche kewangan dengan brother ni Majalah Labur

Aku suka singgah blog beliau sebab dia memang pakar Saham dan banyak info menarik berkaitan personal finance ni.

Buat blog macam beliau. Insya Allah revenue Adsense sangat lebat.

Okay tengok dulu Info Grafik ni yer, faham betul betul.

5 Tips Cara Jadi Blogger Untuk Buat Duit Dengan Blog

 

Tak sangka ada 1515 patah perkataan aku berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman pasal 7 Niche Paling Hot Nak Buat Duit Dengan Blog ni. Aku harap korang bukan saja terhibur dengan lawak b0d0h aku tu, yang PENTING Ilmu yang dikongsikan ni serba sedikit dapat membuka mata kau orang yang selama ni sangat skeptikal dengan penulis blog.

Sebenarnya kalau nak tahu, sebelum kau orang buat tindakan apa apa dekat dunia korang tu, korang akan tanya Mr. Google kan apa solusinya? Haaa ..penulis blog ni lah kerjanya yang tolong bantu korang nak selesaikan isu korang yang tak habis habis tu.

Haaa … terasa ke tu ? Lantak lah kisah pulak kite!

error: