You cannot copy content of this page

Bounce Rate Blog Aku Bawah 3 Peratus Je! Tak Percaya Wey.

Hari ini aku sangat gembira!

Ye gembira happy tak terkata sebagai seorang blogger. Aku pulak guna blog wordpress self-hosted (bayar setahun sekali) untuk hosting dan domain.

Jadi hari ni aku nak share dengan korang yang bergelar Blogger sama ada korang blogger yang guna blogspot dari blogger dot com dan blogger wordpress.

Iaitu .. Bounce Rate aku rendah. Bawah 3 peratus pulak tu!

Aku tengok statistik ni dari wordpress dashboard blog aku ni dekat plugin Google Analytics Dashboard by WordPress.

Plugin ni sangat membantu para blogger dunia dan blogger Malaysia seperti aku untuk tengok statistik blog setiap bulan, setiap 14 hari, setiap 7 hari, semalam dan hari ini macam mana blog kita punya statistik tengah running.

Ia ibarat CCTV yang akan pantau blog kita macam mana prestasi blog kita dari hari ke hari.

Mana-mana blogger yang menggunakan blog platform blogger dot com dan juga wordpress self hosted boleh tengok statistik ni ya. Syaratnya korang kena ada account gmail je.

bounce-rate-cara-tambah-duit-google-adsense

Apa Itu Bounce Rate Dan Kelebihan Bounce Rate

Okay dekat sini aku nak bagitahu sekali lagi. Aku bukan otai blogger atau orang lama yang nak berlagak pandai.

Sila tolak persoalan itu dan jauhkan diri anda dari kecam seseorang.

Hokay Jom!

Aku tunjuk ni untuk bagi korang semangat dan sama-sama perbaiki mutu blog.

Bounce Rate ni adalah satu alat pengukur sesebuah laman web atau blog untuk mengetahui sejauh mana penulisan artikel kita dekat blog boleh memberi sinar harapan dan membuat follower setia dan juga pelawat baru blog kita untuk kekal duduk lama dekat blog untuk baca dan baca setiap cerita kita di blog.

Huh panjang betul ya ayat aku ni. Hahah aku pun tak tahu nak letak mana koma (,) dekat ayat atas tu.

Hokay setakat ni faham kan apa yang aku cuba bagitahu ni? Insya Allah, rasanya korang faham ni ..

Tak faham jugak! Pegi google apa itu bounce rate ..

Oh ya sebelum terlupa, Bounce Rate ini. Kebanyakkan blogger otai mengatakan, peratus yang paling baik adalah di bawah 30%. Jika bounce rate korang bawah 30% ni, kemungkinan iklan-iklan besar dan mahal akan datang singgah tepek iklan mereka dekat blog korang.

Apalagi, itu lah dia rezeki duit USD google adsense yang kita tunggu kan sebagai blogger.

cara-rendahkan-bounce-rate
Gambar menunjukkan dalam masa 30 hari Bounce Rate kekal 1.03% untuk seksyen Organic Search

Kelebihan Bounce Rate terutama penulis blog adalah memberi galakan korang menulis apa saja cerita dan artikel yang korang nak tulis kepada follower setia blog.

Lagi satu kelebihannya adalah ia akan membuatkan nilai duit USD google adsense korang bertambah.

Actually, aku baru tahu pasal ni. Jadinya aku masih lagi belajar, dan take try and error dekat blog aku ni.

So, Tahniah to my self Bounce Rate 30 hari lepas adalah paling rendah aku dapat hanya 1.3%.

Actually, aku curious giler ni apa yang menyebabkan Bounce Rate aku rendah sangat eh? Ish .. Otai Blogger plis lah munculkan diri korang dekat komen di bawah ya .. 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published.