Skip to content

RESEPI CHICKEN CHOP RANGUP

Resepi-Chicken-Chop

Resepi Chicken Chop Rangup | Chicken Chop ni antara menu yang aku akan selalu order bila dah jemu sangat Lunch Dinner benda yang sama je. Asyik-asyik nasi kan, yelah kadang jemu tu lain macam. Haha ..

Kali ni aku rasa terpanggil nak kongsikan Resepi Chicken Chop Rangup dari Kak Haney.

Resepi ni aku akan cuba buat nanti bila dah bosan makan makanan yang sama je.

Aku bookmark sini siap-siap. Nanti korang boleh tengok je blog ni.

Si bujang wajib try, tak lah jemu je kan asyik-asyik makan nasi bujang je. hehe

Bahan-bahan:

– 1 keping bahagian dada ayam

– 1 biji telur

– 1 sudu tepung bestari

– 1 sudu tepung ubi

– Serbuk roti secukupnya

– Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Celupkan dada ayam yang telah dihiris nipis ke dalam telur, tepung bestari, tepung ubi dan secubit garam.

2. Gaulkan sehingga agak pekat – boleh tambahkan tepung jika masih cair

3. Kemudian celupkan ke dalam serbuk roti sehingga rata.

4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

5. Angkat dan toskan dan sedia untuk dimakan bersama mayonis atau cheezy mayo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *