Skip to content

Jawapan Terbaik Jika TAK BERMINAT Mendengar Penerangan INSURANS Di Talian Telefon

jawapan-terbaik-jika-tak-berminat-mendengar-insurans-di-talian-telefon

Pernah tak anda menerima panggilan telefon dari nombor yang bermula ” 03 xxx “.

Ketahuilah mulai dari sekarang ia adalah nombor rasmi dari mana-mana syarikat insurans dan Bank di Malaysia.

Jika anda menerima nombor yang bermula dari 03 ini, angkat je dengan hati yang terbuka.

Ingat! Individu yang membuat panggilan telefon tersebut adalah seorang Pegawai Konsultan yang terlatih untuk bercakap, memberi penerangan dan membantu anda untuk sebarang pendaftaran produk yang berkaitan secara atas talian.

Apakah Jawapan Terbaik Jika korang Tak Berminat langsung mendengar penerangan Insurans dari Pegawai Konsultan yang menelefon korang tu ?

Ingat .. Pegawai Konsultan sama ada seorang lelaki mahupun wanita di talian telefon tersebut bukanlah sistem robot.

Mereka juga ada perasaan seperti manusia biasa.

Penat buat panggilan keluar @ Outbound Call dan penat juga bagi penerangan jika pertanyaan customer lebih ekpektasi (higher expectation) dari apa yang mereka sendiri terangkan walaupun ia sudah disusun baik seperti skrip.

Elok-elok mereka bercakap memberi penerangan seperti dalam skrip. Apabila anda sebagai customer tak faham itu ini, sudah tentu skrip yang digunakan Pegawai Konsultan tersebut akan lari entah kemana.

Mereka pastinya akan menggunakan akal fikiran iaitu ilmu dan pengalaman berdasarkan latihan yang telah diberi oleh syarikat insurans untuk menjawab segala pertanyaan anda secara live di talian telefon.

Baca BELI INSURANS Di Talian Telefon LEBIH MURAH LEBIH JIMAT? Betul Ke ..

Jawapan Terbaik Jika Tak Berminat Mendengar sama ada dari mula percakapan, semasa penjelasan dijelaskan atau sebelum Pegawai Konsultan meneruskan untuk bantu anda meneruskan proses pendaftaran sesuatu polisi ..

” Maaf Encik, saya tak berminat. ”

” Maaf Cik, saya tak berminat DAN please ..please.. Jangan call nombor telefon ni lagi. “

Jika ini jawapan anda kepada Pegawai Konsultan tersebut jelas, terang dan penuh yakin ..

Usah risau, kebiasaanya kami sebagai Pegawai Konsultan akan terus set dalam system untuk buang nombor anda as NOT INTERESTED ANYMORE.

Maksudnya sistem akan terus set nombor anda sebagai TIDAK BERMINAT SELAMANYA.

Dan .. Pegawai Konsultan tersebut dan juga mana-mana Pegawai Konsultan lain tidak akan nampak dah nombor anda dalam database di masa akan datang.

Haaa ..senang kan jawapan yang penuh berhemah ni.

.
Sumber : 

1. The Star – Be Firm with Telemarketers

2. Ringgit Plus – When should say Yes to Insurance Telemarketer

3. Pexels – Cottonbro