Skip to content

4 Cara Renew Insurans Kereta Dengan Harga Yang Rendah

4-Cara-Untuk-Membeli-Insurans-Kereta-Dengan-Harga-Yang-Rendah

4 Cara renew insurans kereta dengan harga yang rendah | Kebanyakan diantara kita selalu terlepas pandang untuk renew insurans kereta dengan harga rendah atau juga dipanggil mampu milik ketika sampai waktu untuk renew.

Tahukah anda, anda sangat rugi jika abaikan perkara ini. Kadang kadang tu insurans kereta yang kita beli di syarikat ABC adalah lebih murah sebanyak RM20-RM50 berbanding beli di syarikat XYZ.

Sebagai contoh di syarikat ABC untuk premium insurans kereta Perodua Axia RM450 manakala di syarikat XYZ mengenakan premium insurans sehingga RM510.

Artikel Berkaitan: Soalan Yang Sering Ditanya Ketika Membeli Insurans Kereta

1. Jangan memperbaharui insurans kereta anda secara automatik

Sesetengah syarikat insurans kereta akan menawarkan anda pembaharuan insurans secara automatik.

Sila elak dari melakukan pembaharuan secara automatik kerana premium insurans kereta yang akan anda bayar mungkin bukan yang terendah di pasaran.

Syarikat insurans kereta mengemaskini premium insurans kereta dari semasa ke semasa dan oleh itu anda disaran untuk membandingkan harga insurans kereta dari pelbagai syarikat insurans kereta sebelum melakukan pembaharuan.

2. Perbaharui insurans kereta anda lebih awal daripada tarikh luput

Sesetengah syarikat insurans kereta mengenakan harga yang lebih tinggi jika insurans kereta anda telah tamat tempoh.

Oleh itu, penting untuk anda memperbaharui insurans kereta lebih awal dari tarikh tamat agar sentiasa dilindungi dan nikmati harga yang lebih rendah.

3. Bandingkan dengan lebih daripada 3 sebutharga

Syarikat insurans kereta mempunyai kaedah pengiraan premium insurans kereta yang berbeza.

Premium insurans kereta antara syarikat insurans kereta boleh berubah-ubah sehingga 40-50% bergantung pada keadaan kereta.

Oleh itu, untuk membeli insurans kereta pada harga terendah, pemilik kereta harus membandingkan sebutharga insurans kereta dengan beberapa syarikat terlebih dahulu.

Pada kebiasaannya, pemilik kereta peroleh penjimatan sehingga ratusan ringgit setelah perbandingan dibuat.

4. Periksa perlindungan insurans kereta anda sebelum membeli

Setiap kereta mungkin mempunyai penggunaan dan tujuan yang berbeza dan oleh sebab itu sangat penting untuk membeli pakej insurans kereta yang paling sesuai untuk kereta anda.

Sesetengah sebutharga yang disediakan mungkin merangkumi perlindungan insurans kereta yang tidak berlaku bagi kes penggunaan, atau memiliki jumlah yang diinsuranskan lebih tinggi daripada nilai pasaran sebenarnya.

Oleh itu, pemilik kenderaan disarankan untuk memeriksa perlindungan insurans kereta bagi memastikan bahawa mereka membayar hanya untuk apa yang diperlukan sahaja.

.
sumber Bjak

Baca Juga :

Best Ke Bisnes Car Wash Ni?

Syarat Utama Kerja Sebagai Pemandu Peribadi 

Tayar Kereta Pancit! Apa Nak Buat?