Skip to content

9 Cara Ubati Penyakit Anxiety Disorder. Dokter Ini Bagi Penjelasan Mudah.

9-Cara-Ubati-Penyakit-Anxiety-Disorder



9 Cara Ubati Penyakit Anxiety. Dokter Ini Bagi Penjelasan Mudah | Anda pernah mengalami perasaan gementar atau takut secara tiba-tiba dan berterusan? Jika Ya jawapan anda. Ketahuilah anda sedang alami penyakit Anxiety Disorder.

Penyakit Anxiety Disorder ini bukan berlaku kepada seorang dua orang di dalam dunia ni. Sangat banyak, sangat ramai manusia yang mengalami perasaan ini sebenarnya. Tanya diri anda. Saya juga sedang tanya diri saya sendiri.

Jika anda perasan, perasaan gementar atau takut sampai menggeletar bahagian dada, tangan serta kaki anda akan bergetar apabila perasaan takut itu muncul. Ini akan terjadi setiap kali anda ingin berjumpa dengan seseorang orang yang besar jawatannya. Atau mungkin juga orang yang anda tidak pernah jumpa sebelum ini (stranger).

Jika tanya saya. Saya akan ada perasaan Anxiety Disorder ini apabila ingin masuk bilik temuduga kerja. Hahahah … nampak lawak kan? Tapi percayalah ini adalah satu penyakit yang kita tak sedar ia adalah penyakit. Dan .. perasaan gementar sehingga jantung berdegup kencang apabila saya minum secawan Kopi di pagi hari.

Jom kita fahami Cara Terbaik Ubati Penyakit Anxiety Disorder yang diajarkan oleh seorang Dokter perubatan di sebuah Polyclinic MyFamily Pelangi Indah ini yang telah disiarkan di facebook beliau.

Baca : Peminat Kopi Wajib Tahu 5 Jenis Pokok Kopi Yang Diproses Untuk Pasaran Dunia

ANDA ADA ANXIETY?
BACA POST INI.

Bila rasa gelisah, anda mungkin rasa tersekat dan tak boleh buat apa-apa. Anda mungkin akan buat perkara yang anda sendiri tidak mahu lakukan. Anda mungkin terlebih fokus kepada masa hadapan dan akan berlayar di atas pertanyaan “kalau”.

Saat/waktu itu apakah yang anda perlu lakukan?

Bagaimana kalau aku rasa makin teruk?

Bagaimana kalau diorang benci presentation aku?

Bagaimana kalau diorang nampak aku berpeluh-peluh?

Bagaimana kalau aku fail dalam exam?

Anda mungkin akan judge marah diri sendiri, anda akan percaya dengan pemikiran negatif dan pemikiran ‘worst case scenario’ anda adalah satu fakta.

Alhamdulillah, terdapat banyak Cara yang boleh digunakan untuk uruskan Anxiety dengan berkesan.

Saya akan kongsikan bagaimana nak berdepan ketika datang Anxiety.

1. Tarik nafas panjang

Perkara pertama bila rasa gelisah ialah kawal pernafasan.

# Bernafas menggunakan bibir yang muncung
– Duduk dan tegakkan badan/baring, relakskan bahu
– Tarik nafas melalui hidung selama 2 saat, cuba untuk tarik nafas sedalam-dalamnya
– Muncungkan mulut (macam tiup makanan panas) dan lepaskan nafas perlahan-lahan
– Ulang dan panjangkan masa tarik dan lepaskan nafas dari 2 saat ke 4 saat dan seterusnya

# Bernafas dengan perlahan di dalam beg kertas ataupun tangan yang terlingkup (cupped hands)

# Cuba bernafas menggunakan perut

# Tahan nafas selama 10/15 saat

# Bernafas menggunakan satu lubang hidung dalam satu masa

– Tutup mulut dan lubang hidung kanan, bernafas menggunakan lubang hidung kiri dan kemudian tukar ke lubang hidung kanan. Begitulah seterusnya sehingga pernafasan kembali normal

– Kawalan pernafasan sangat berguna untuk kurangkan Anxiety kerana ia akan mengaktifkan body’s relaxation response. Ia membantu badan dari fight-or-flight response (sympathetic nervous system) kepada relaxed response (parasympathetic nervous system)

2. Terima kenyataan yang anda sedang gelisah

Ingat dan fikirkan yang Anxiety ini cuma perasaan seperti perasaan-perasaan lain.

Dengan mengingatkan diri yang Anxiety ini adalah salah satu reaksi emosi, anda akan mula bersedia menerimanya.

Penerimaan sangat penting kerana bila anda cuba buang atau hilangkan Anxiety selalunya akan menyebabkan ia lebih teruk.

Penerimaan diri kepada Anxiety bukan bermaksud anda suka atau cuma berserah sahaja tetapi salah satu cara untuk mengurangkan Anxiety.

3. Sedar yang otak anda sedang bermain dengan anda

Situasi 1: Orang yang ada serangan jantung, sakit dan terbaring.
Situasi 2: Orang yang tiada serangan jantung, tetapi serangan panic attack takut diserang serangan jantung juga akan sakit dan terbaring.

Sakit berbeza,satu real dan satu lagi hanya mainan.

4. Selalu bertanya kepada perasaan/fikiran anda

Bila anda berasa gelisah, akan datang bermacam-macam idea/pemikiran dalam otak, kebanyakan idea adalah tidak realistik dan tidak mungkin berlaku. Dan perasaan dan pemikiran ini akan menyebabkan gelisah semakin teruk.

Sebagai contoh: anda sedang hendak makan sesuatu (dalam fikiran “Oh my God, aku tak boleh buat ni, mati aku kalau buat ni”)

Pesan kepada diri anda, yang ini bukan sesuatu yang bahaya dan dalam reality tak ada orang mati sedang makan.

Anda juga disarankan selalu bertanya kepada diri anda soalan-soalan ini bila datang gelisah :

Adakah perasaan risau ini realistik?

Adakah benda ini memang akan terjadi?

Jika benda ini terjadi, apa yang teruk sangat?

Boleh ke aku buat ni?

Jika sesuatu yang buruk berlaku, apa kesannya terhadap aku?

Adakah ini betul-betul atau aku je yang rasa macam tu?

Apa yang aku perlu buat untuk bersedia kepada apa sahaja yang berlaku?

5. Imaginasi yang menenangkan

Bayangkan diri anda di tepi sungai yang cantik atau di padang yang luas atau pantai yang tenang. Bayangkan daun bergerak terapung diatas air dalam sungai, awan yang bergerak di atas langit.

Alihkan emosi dan perasaan kepada daun dan awan, lihat dan perhatikan daun dan awan bergerak dan terapung.

6. Jadi seorang observer(pemerhati) — without judgment

7. Kata-Kata Positive kepada diri

Beritahu diri anda yang Anxiety ini sangat teruk, tapi jangan risau aku ada strategi untuk kawal dia.

8. Fokus kepada masa sekarang

Bila anda gelisah, anda akan obses dengan sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan. Jadi berhenti berfikir, bernafas dan beri perhatian kepada apa yang berlaku sekarang.

Walaupun ada perkara serius yang berlaku sekarang, bila anda fokus kepada waktu sekarang akan bantu anda untuk kawal situasi.

Tutup mata iangat balik 3 benda, 3 warna, 3 perkara yang baru anda lakukan sebelum ini.

9. Fokus kepada aktiviti yang bermakna kepada anda

Bila anda rasa gelisah, sangat membantu kalau anda fokus kepada aktiviti yang bermakna dan yang membantu anda mencapai matlamat anda.

Fikirkan apa yang akan anda Lakukan sekarang ini jika anda tidak gelisah?

Jika anda baru nak keluar berjalan-jalan, teruskan

Jika anda baru nak basuh baju, teruskan basuh baju

“Sibukkan diri anda dengan rutin harian. Jangan duduk dan fokus kepada Anxiety”.

“Cari teman dan ceritakan pengalaman anda”.

Alhamdulillah … senang je rupanya nak setelkan isu Anxiety Disorder ni. Hanya diri kita je yang boleh ubah penyakit ini supaya otak kita tak pikir pun masalah ni.

Apapun banyakkanlah berdoa kepada Allah supaya kita terhindar dari melakukan perkara keji yang tak sepatutnya berlaku.



.
kredit Dr Mohd Farid Afif – PolyClinic MyFamily Pelangi Indah