Skip to content

Cara Buka Kedai Runcit. 10 Barang Asas Perlu Ada Dalam Kedai Runcit.

Cara-Buka-Kedai-Runcit

Cara Buka Kedai Runcit. 10 Barang Asas Perlu Ada Dalam Kedai Runcit. | Anda teringin nak buka Kedai Runcit?

Teringin nak ada kedai runcit ala-ala Speedmart, ala-ala KK Mart, ala-ala 7eleven, ala-ala kedai runcit Pak Kasim (bukan nama sebenar).

Tak kisah lah kedai runcit style apa sekalipun. Asalkan anda nak jugak ada kedai runcit sendiri yang boleh meraih income harian, mingguan dan bulanan secara konsisten.

Sesetengah orang cakap, nak bukak kedai runcit ni modalnya memang takkan lari minimum RM30K. Ada jugak yang lebih berpengalaman cakap cukup sekadar RM10K.

Tak mustahil ada jugak yang cakap boleh je bukak kedai runcit dengan bermodalkan RM2 ribu ringgit je. Biar betul!

Itu aku tak pastilah. Yang penting apa jua bisnes yang kita nak buat, mesti ada ilmu basic bisnes insya-Allah mudah je nak bukak bisnes apapon kan.

Cara Buka Kedai Runcit. 10 Barang Asas Perlu Ada Dalam Kedai Runcit.

Ibarat macam kita nak buat rumah lah kan mesti kena ada batu bata, pasir, simen, air, paku sebagai barang asas dan aksesori yang lain seperti siling bercorak, cat berwarna, lampu berbunga untuk mencantikkan sesebuah rumah tersebut.

Baca Juga : Modal Buka Car Wash Bermula RM20k

Jom aku kongsikan 10 barang asas yang perlu ada di dalam kedai runcit :

Cara-Buka-Kedai-Runcit_reception-counter
1. Meja Cashier

Meja Cashier ni benda paling asas yang utama wajib ada bang oi. Kalau takde, macam mana hang nak buat kira-kira senarai barang yang pelanggan dah beli di kedai hangpa. Tak pasal-pasal bukan saja menyusahkan customer malahan duit untung kedai runcit pon entah hilang kemana. hehe

Beli di Shopee

Cara-Buka-Kedai-Runcit_office-chair
2. Kerusi Cashier

Kerusi Cashier ni pon benda paling asas kena ada. Kalau takde jenuh lah nak berdiri sepanjang hari dari pagi sampai ke petang nak buat kira-kira sales/untung kan. Jenuh sakit bontot oi. Kalau takde kerusi cashier ni staff pon boleh lari. Haha yang ni wajib ada okay.

Beli di Shopee

Cara-Buka-Kedai-Runcit_cashier-machine
3. Cashier Machine

Zaman dah 2022 ni bang oi takkan nak pakai basic calculator masa SPM lagi mestilah advance sikit. Cashier Machine ni bukan saja memudahkan kerja-kerja mengira sales masuk je tapi Machine ni jugak boleh kira siap-siap untuk alihkan duit untung sehari dan modal untuk hari esoknya.

Haaa pentingkan ?

Beli di Shopee

Cara-Buka-Kedai-Runcit_chiller-display
4. Chiller (Tempat letak air)

Chiller atau lebih senang kita panggil Peti Sejuk tempat letak air. Yelah dalam kedai runcit kan pelbagai jenis air kita kena letak. Tak kiralah air tin ke air kotak ke. Silap-silap sayur pon kita nak letak.

Pernah nampak kan? hehe

Beli di Shopee

Cara-Buka-Kedai-Runcit_peti-ais-beku
5. Peti Ais Beku

Peti Ais Beku tersangatlah penting kalau kedai kita nak jana sales yang tinggi dalam sehari. Nak tahu sebab apa? Sudah tentulah tempat nak letak pelbagai jenis ikan, daging dan ayam dan ais batu.

Nanti tak sejuk beku ayam daging ikan tu konfem hanyir, aku pon tak nak beli kat kedai runcit tu.

Beli di Shopee

Baca Juga : Best Ke Bisnes Car Wash Ni ?

Cara-Buka-Kedai-Runcit_LED-bulb-string-lights
6. Lampu

Eh lampu pon perlu ke? Bukan ke lampu kalimantang (warna putih) yang dah sedia ada kat dalam kedai kita tu dah disediakan? Ye betol! Mungkin dah ada dan mungkin takde. Haha .. Nak lagi padu kan kita pasang lampu warna oren.

Pernah kan tengok kedai runcit ala-ala TMG Mart, Thong Fat atau pasaraya besar?

Barang asas Lampu ni selalu kedai runcit terlepas pandang untuk tiru jenama-jenama besar buat marketing untuk tarik pelanggan datang hari-hari ke pasaraya mereka.

Lampu warna oren ini lah yang membuatkan mata kita rasa nak pergi lebih dekat je tempat tersebut sebab ia magic yang membuatkan apa yang kita jual tu nampak fresh dan baru.

Beli di Shopee

Cara-Buka-Kedai-Runcit_cooler-box
7. Box Ayam / Daging / Ikan

Box Ayam, Daging dan Ikan ni ada pentingnya perlu ada di dalam kedai runcit selain peti ais beku. Biasanya box warna putih atau warna oren ni digunakan untuk sesi merendam ayam, daging ikan yang baru saja sampai dari pengantar lori dengan ais sebelum kita masukkan ayam daging ikan ni dalam peti ais beku.

Tujuannya 1 hanya untuk bagi ayam, daging dan ikan tu sentiasa fresh.

Beli di Shopee

Cara-Buka-Kedai-Runcit_bakul-sayur
8. Bakul Sayur

Selain kita boleh jugak meletakkan sayur-sayur di dalam Chiller tempat letak air tu, bakul sayur jugak penting untuk memudahkan kita mengasingkan setiap jenis sayur dan memudahkan customer menggunakan bakul tersebut untuk tujuan membeli barang basah mereka sebelum membawa ke meja cashier.

Beli di Shopee

Cara-Buka-Kedai-Runcit_getah-paip-air
9. Getah Paip

Haaa … ini paling penting! Kalau perasan kat pasaraya besar pon guna getah paip untuk sembur dan bersihkan lantai di bahagian belakang kedai supaya nampak bersih dan wangi. Barulah customer pon happy nak datang selalu ke kedai runcit kita. Takdelah asyik bau mashammm je kan .. hehe

Beli di Shopee

Cara-Buka-Kedai-Runcit_CCTV
10. CCTV

Yang ini terpulang nak guna atau tak nak. Tapi secara jujurnya tersangatlah penting. Senang nak trace dekat handphone kita atau meja cashier bahawa ada staff tak buat keje dengan cermat sepanjang ketiadaan kita atau juga mungkin ada tangan-tangan ghaib di dalam kedai runcit sama ada dari staff ke, customer ke atau diri kita sendiri. hehe

Beli di Shopee

10 Barang Asas Yang Perlu Ada di Dalam Kedai runcit ni memang sangat-sangat diperlukan tau bukan saja memudahkan kerja seharian kita di kedai runcit malahan membuat kedai runcit kita ada personal branding yang orang suka untuk datang setiap hari.

Kalau tak percaya, cubalah dulu.

eh …. ada 1 lagi tertinggal la abang Asyraf oi .. plastik besar kecik pon kena ada. Ya betol tu.

Ingat orang Malaysia ni macam Mat Saleh kaa nak bawak barang belian mereka dengan kotak? hehe ..

Semoga bermanfaat. Jangan lupa share okay!

.
sumber gambar Shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *