Servis-80000-km-di-Perodua-Service-Centre-Bentong

Servis 80,000 km di Perodua Service Centre Bentong

Servis 80,000 km di Perodua Service Centre Bentong | Kalau ikutkan dalam buku servis sebenarnya bukan pada kadar 80,000 tepat tetapi ianya pada jumlah 80,593 km.

Sebab apa tak sama? Sebab pada waktu aku nak servis tu ada perkara yang tak dapat dielakkan disebabkan ketika itu aku baru nak mula kerja di tempat baru selepas resign dari tempat kerja lama di KLIA jadi banyak pakai duit dari segi kos minyak, tol, rumah sewa, barang dapur dan macam-macam lagi lah kan.

Seingat aku waktu tu Axia ni baru aku miliki dan aku tak buat servis pertama 5000 km. Yelah excited kan waktu muda mudi tu jalan sana sini.

Pada kilometer 11,157 baru aku nak pergi servis.

Jadi tertangguh lah dalam masa 4 bulan selepas itu baru nak pergi servis.

Kau bayangkan, bila kilometer servis yang sepatutnya dah sampai tak kisahlah dari segi kilometernya atau tarikhnya tapi kau bertangguh atau tertangguh disebabkan banyak perkara yang tak dapat dielakkan, jadi selepas 4 bulan tak servis tu aku pon pergilah servis Axia ni.

Aku sebenarnya pon takut jugak kalau banyak sangat kilometre ni bertangguh, nak kata aku ni kuat travel sana sini takdelah sangat.

Cuma aku akui memang jauh jugak perjalanan aku drive jika ada hal-hal kerja kena laksanakan bila time emergency.

Lagipon masa tu aku kerja di Unit Training di sebuah Universiti Awam.

So faham-faham lah kesibukan tu macam mana kan.

Servis-80000-km-di-Perodua-Service-Centre-Bentong_2

Macam Mana Dengan Customer Service Front-desk Okay ke?

3/5 BINTANG (my personal rating)

Kalau ikotkan hati nak bagi 2 Bintang je tapi bersyukurlah ada refreshment (Air Kopi, Teh, Milo Panas) + Coway Water Filter + Toilet bersih wangi.

Okay jom aku cerita serba sedikit artikel kali ni untuk servis Axia di Perodua Service Centre Bentong, Pahang.

Perodua Service Centre Bentong ni aku pergi disebabkan aku masih lagi work from home (wfh).

Jadi seminggu sebelum nak servis tu aku call la buat appointment.

Aku ingat minggu lepas hari rabu macam tu aku call, aku ingat dapat laa servis pada minggu tu jugak.

At least hari jumaat ke sabtu ke atau ahad kan.

Tapi tak dapat jugak, syukurlah dapat buat servis pada minggu depannya seminggu selepas aku buat appointment.

Jadi hari ni hari rabu 15 Jun 2022 ketika artikel post ni di publish, Axia aku dah pon settle servis.

By the way aku ambik appointment jam 0830 pagi.

Tapi disebabkan aku lewat sikit je sampai pusat servis lebih kurang 5 minit lambat kan, jadinya memang kena que la citernyaaa … takkan lah nak kena potong barisan pulak kan ..

Pakcik makcik dekat waiting room semuanya dah tak sabar-sabar menunggu kuda mereka diserviskan. hehe

Aku pon parking Axia dekat customer parking.

Sampai dekat kaunter registration, aku serahkan kunci dan buku servis dengan sangat beretika ya ..

..”Hai, Morning! Saya datang servis ni dengan appointment ya”..

Front counter pon, dengan layan tak layan aku ketika itu pon balas .. “VAK XXXX yer?”

Aku rasa dia tak berapa nak layan aku tu, aku rasa laa .. sama ada dia tak breakfast lagi atau dia tak baca doa sebelum memulakan kerja.

..”Ewwahhhh kau ni Asyraf .. pandai-pandai je kan!”..

Ya, betul beb, aku tak tipu.

Aku dulu pernah ada pengalaman dalam Customer Service Industries nii almost 3 years so aku tahu lah kalau seseorang tu beretika ke tidak semasa bekerja atau tak.

Hahahaha , jangan main-main dengan aku ya.

Walaupun aku ni nampak suci dan rendah diri dari segi presentation, tapi sebenarnyaaa .. aku ni pemerhati.

Wah, kerlas!

Okay aku pon tunggu lah dekat waiting area.

30 minit selepas tu barulah kereta aku di bawa ke Bay Service area dan di-check kan oleh abam Mechanic.

Tak lama lepas tu aku dipanggil oleh front-counter (dari jauh beb guna pen) nak bagitahu pasal Axia aku ni lah kan apa ke bendanyaa kena servis bla bla blaa …

Service Advisor: Sambil memberi resit yang telah di-printkan, beliau pon bagitahu yang kereta Encik ni kena buat servis ini servis itu

Aku: Dengan nada bersahaja, aku pon bagitahu.. “Saya tak nak Windshield Shampoo ni dan Tyre Balancing & Alignment. (ketika ni aku tengok resit harga servis dah lebih kurang RM200 lebih macam tu)

1. Windshield Shampoo – aku tak nak ada pon servis tu disebabkan apa gunanya kita pergi Car Wash atau basuh kereta sendiri. Time basuh tu kita boleh cuci sendiri cermin depan kereta kita. Jimat RM3.70 (seingat aku lah)

Boleh Beli: Shopee

2. Tyre Balancing & Alignment – aku tak nak servis ni disebabkan bulan April 2022 lepas aku dah buat. Jadi aku perlu tunggu next servis at least pada 10,000km atau bersamaan 6 bulan. Melainkan kalau korang jenis drive kereta macam tunggang kuda, travel sana sini langgar lubang sesuka hati itu lain cerita lah ya. Jimat RM70 lebih (seingat aku lah)

Aku pon stay back tunggu dekat waiting area.

Servis-80000-km-di-Perodua-Service-Centre-Bentong_3

Tak lama lepas tu front-counter pon (dari jauh beb, panggil tak mention nama pon, just sekadar kalau aku tiba-tiba terpandang front-counter, beliau panggil.

Aku pon mestilah respons kan)

Cuba bayangkan, kalau aku tak tengok front-desk. Rasa-rasa, aku perasan ke tak orang panggil aku?

Service Advisor: Encik, mechanic kami dah check Axia encik ni kena tukar Battery, Engine Filter, Cabin Air Filter, Back Wiper (ketika ni aku tengok resit terbaru servis dah melebihi had bajet lebih kurang RM500 lebih macam tu)

Aku: Dengan nada berseloroh dan terkejut, aku pon bagitahu .. “Ayyo mahalnya! Macam bayar bulan-bulan pulak eh? Okay battery ni u tukarlah sebab dah genap 2 tahun pon + Engine Filter je. Cabin Air Filter dan Back Wiper tak perlu okey” ..

1. Battery – kalau ikotkan ilmu dan pengalaman Mechanic yang dah lama dalam industry dan beretika tak cekik darah customer plus abah aku, dorang bagitahu Battery kereta ni boleh bertahan sehingga maximum 3 tahun. Tapi kalau dalam setahun lebih atau 2 tahun lebih penggunaan, bila korang start enjin ambik masa lama nak ON atau mungkin masa kita tengah drive kalau korang perasan enjin kereta tiba-tiba macam tak pickup. YES! Wajib tukar baru.

So dalam kepala otak aku pon tiba-tiba function ..kalau lah jadi apa-apa kan..susah pulak nak tukar, nak heret kereta tengah-tengah hutan atau atas Highway kan? So aku bagitahu Service Advisor untuk tukarkan yang baru. (Harga RM184 lebih murah sikit dari beli kat luar)

Boleh Beli: Shopee

2. Engine Filter (penapis udara) – bab-bab enjin ni aku memang bukan teknikal sangat nak usik kan. Jadi aku advice aku nak tukar jugak sebab kalau tak tukar nanti mengakibatkan kerosakan dan kakisan di dalam bahagian enjin. Senang cerita, Engine Filter ni fungsinya menapis segala bahan-bahan tercemar seperti asap kenderaan, habuk, serangga kecil dan macam-macam lagi sebelum masuk ke dalam engine. (Harga RM70 lebih macam tu)

Boleh Beli: Shopee

3. Cabin Air Filter (aircond filter) – kalau korang masuk kereta dekat bahagian passenger hadapan co-pilot ada satu laci @ drawer tempat simpan barang tu kan? Haa korang boleh bukak sendiri dan tukar sendiri je. (Jimat RM5 something) sebab dekat luar kita boleh beli Cabin Air Filter ni dekat kedai aksesori atau Mr. Diy dalam RM3 (tengok pada jenama dan saiz kereta)

Bagi aku lah, Cabin Air Filter kalau nak lagi bagos tukar setiap 1 bulan sekali penggunaan, barulah sistem udara aircond tu sejuk je. Tapi biasalah kita ni kan manusia biasa, macam-macam benda lagi nak pikir ahahahah ..

Boleh Beli: Shopee

4. Back Wiper – pengelap cermin belakang ni nak kata penting tu penting jugak lah kan terutama ketika hujan lebat. Tapi disebabkan Back Wiper Axia aku ni masih lagi function walaupun dah bunyi bising macam Pontianak mengilai tengah malam tu dan pemanas cermin belakang pon jugak masih function jadi aku tak buat penukaran. Aku dah lupa berapa kos ni. Kalau tengok dekat Shopee jenama Bosch RM29.90.

Bagi aku Front Wiper more important lah sebab itu je important cockpit bila kita tengah drive.

Aku pon stay back tunggu dekat waiting area semula.

Tak sampai 1 minit, front-counter panggil balik bagitahu .. “Encik, Engine Filter kami tak dapat nak tukar disebabkan takde stock. Saya baru perasan takde stock dalam system.”

Macam biasa lepas aku dah faham ini kena servis itu wajib servis.

Aku pon bertanya dalam keadaan redha (pasrah): ..“Berapa total semuanya termasuk yang wajib servis dan selepas dah tolak apa yang saya tak nak tu?”..

Total = RM475.60 (service tax included)

Dah macam bayar bulan-bulan Axia weh. Tapi nak buat macam? Kalau tak servis, merana tak sudah kan. So aku redha.

Duit boleh dicari, rezeki Allah itu Luas.

Servis-80000-km-di-Perodua-Service-Centre-Bentong_4

Perkara Asas Servis Kereta Axia

Okay bab ni aku rasa semua orang tahu kalau kita pergi pusat servis kereta, bab ni lah paling penting nak kena tukar bila sampai kilometre.

Apapon take note, berjaga-jagalah jangan sampai tercekik. hehe

Ingat! Basic is more important than additional supplement githu …

1. Maintenance Service –

– Oil Filter (penapis minyak enjin)

– Engine Oil (minyak hitam enjin) semi or fully synthetic

– Gasket (aku tak tahu ni part mana dalam enjin tapi kalau ikot bacaan aku memang wajib tukar setiap kali servis)

So 3 benda ni dah memadai makna kata Wajib tukar setiap kali datang servis.

2. Additional Supplement –

– Spark plug, ATF (minyak gear auto), coolant (penyejuk enjin), aircond, brake pad, brake fluid, timing belt etc .. ni semua ada dah disediakan kilometer nya ..just follow the flow je MELAINKAN kalau betul-betul kena tukar disebabkan part-part enjin buat hal atau korang jenis lambat hantar servis so part-part ni lah akan terjejas.

So, itu saja untuk penulisan artikel kali ni.

Sejujurnya aku bukan pakar bab-bab kereta ni secara teknikal.

Aku pon jenis akan cari info sana sini sebelum tiba timing nak servis .. ahahahah

Sekiranya artikel ini bermanfaat, boleh share dekat kawan-kawan dan family members. TQ

sumber untuk menambah baik aku punya info kereta: Mekanika , NUAZ TV