Skip to content

7 MITOS ANAK AUTISME. Apa Yang Korang Perlu Tahu dan Elakkan Berfikiran Sempit.

mitos-anak-autisme

7 MITOS ANAK AUTISME. Apa Yang Korang Perlu Tahu dan Elakkan. |

Baru-baru ini, banyak sangat mitos berkaitan Autisme berlegar-legar di media sosial. Dibawah ini antara mitos popular berkenaan Autisme dikalangan masyarakat kita. Harap dapat beri pendedahan dan pencerahan kepada semua.

1. AUTISME SEBAB GADGET

Pendedahan skrin berlebihan memang boleh menyebabkan risiko anak lewat bercakap dan mempunyai simptom seakan-akan Autisme (Autism-like-symptom atau Pseudo-Autism).

Tetapi selepas dihadkan pendedahan skrin, perkembangan anak-anak ini akan terus meningkat.

Berbanding dengan anak yang memang ada Autisme, walaupun dihadkan atau tiada pendedahan gadget langsung tetap akan ada simptom Autisme.

Autisme sebenar tidak berpunca dari gadget.

2. AUTISME SEBAB MAK AYAH TAK PANDAI JAGA ANAK

“Sepandai-pandai” mana mak ayah pandai jaga anak, kalau Allah dah takdirkan anak ada Autisme. Maka, adalah.

Ya, nak jaga anak Autisme bukan mudah. Perlukan ilmu, pengorbanan, kesabaran dan usaha yang tinggi bagi membantu anak-anak ini.

Hanya mak ayah yang pandai jaga anak sahaja mampu untuk jaga anak Autisme.

3. AUTISME SEBABKAN DOSA-DOSA LAMPAU KELUARGA

Sangat melampau untuk seorang manusia melemparkan kata-kata ini kepada keluarga yang mempunyai anak Autisme. Kalau tiada kata-kata yang baik untuk cakap, diam lebih baik.

4. AUTISME SEBAB “TERKENAN”

Autisme tidak berjangkit, tetapi kebodohan boleh berjangkit bila kita dedahkan diri kita dengan orang yang ada pemikiran sebegini.

Autisme bukan sejenis bakteria atau virus yang boleh berjangkit melalui titisan air atau sentuhan seperti Covid-19 setiap kali berjumpa mereka.

Apatah lagi “terkenan” sekiranya ibu mengandung berjumpa dengan anak Autisme.

Kalaulah ya, pasti semua doktor, terapis atau guru anak Autisme “terkenan”.

– Boleh Dapatkan Buku Cerita Kanak-Kanak Disini –

LINK 1 | LINK 2

5. AUTISME SEBAB VAKSIN

“Zaman dulu tak ada vaksin-vaksin ini, tak ada pun Autisme.

Sejak ada vaksinlah banyak kes Autisme.

Zaman dahulu kurang pendedahan tentang Autisme berbanding zaman sekarang, mak ayah sudah mula cakna.

Tidak dinafikan ada beberapa kes autism dikaitkan dengan 1 jenis vaksin tetapi banyak bias dan ditentang hebat kerana tiada kajian dilakukan membandingkan kanak-kanak yang divaksin dan tidak divaksin mempunyai Autisme.

Sehingga kini, tiada lagi kajian besar-besaran berkaitan vaksin dan Autisme.

6. AUTISME BOLEH SEMBUH

“Dulu anak ada Autisme sekarang dah normal”.

Percayalah, sebagai terapis kalau saya dengar ayat di atas.

Saya 100% pasti anak tersebut bukan Autisme.

Hanya ada simptom seperti Autisme (PseudoAutism).

Autisme tidak boleh sembuh tetapi hanya dapat dikurangkan simptom melalui intervensi, terapi, adaptasi atau modifikasi.

Mereka perlu hidup dengan Autisme sehingga dewasa.

Tiada ubat atau “supplement” yang boleh sembuhkan Autisme.

7. AUTISME SEBAB GANGGUAN JIN

Kasihan jin dipersalahkan, kalau betullah Autisme disebabkan gangguan jin pasti tiada lagi kes Autisme di serata dunia.

Hanya “ubat” kan dengan rawatan jin sahaja.

Jadi, apa punca Autisme?

Untuk pengetahuan, bukan mudah untuk mengenalpasti punca Autisme setiap kes Autisme kerana Autisme tidak dapat dikesan melalui scan bayi semasa mengandung.

Sehingga kini tiada lagi punca Autisme yang jelas, tetapi kanak-kanak lelaki lebih 4 kali cenderung untuk mempunyai Autisme bebanding perempuan.

Pelbagai kajian dilakukan di seluruh dunia berkenaan faktor-faktor Autisme, antaranya faktor genetik, ada sejarah keluarga mempunyai Autisme atau ibu mengandung yang terdedah dengan alkohol atau ubat.

Sehingga ke hari ini, sentiasa ada kajian-kajian baru untuk mengenal pasti punca Autisme.

Sejujurnya, inilah soalan paling susah nak jawab setiap kali ditanya oleh mak ayah yang mempunyai anak Autisme, sebab tiada punca yang pasti lagi berbanding masalah perkembangan yang lain.

“Onset” setiap kes Autisme juga berbeza-beza.

Ada yang anak normal sahaja ada “eye-contact”, boleh bercakap 1 patah perkataan dan bersosial.

Tiba-tiba umur 1 tahun 6 bulan, perkembangan anak merosot.

– Dari boleh respon bila dipanggil, tiba-tiba tiada respon.

– Dari boleh panggil mama/papa, tiba-tiba hilang semua perkataan yang boleh disebut.

– Dari ada “eye contact” semasa bercakap dengannya, tiba-tiba hilang.

– Dari tak ada gayat naik turun tangga, tiba-tiba jadi gayat.

Sepanjang pengalaman mengendalikan kes Autisme, kebanyakan onset anak mula ada ciri-ciri Autisme paling awal semasa 6 bulan dan paling lambat 3 tahun.

Ada juga yang umur 6 tahun keatas sehingga dewasa baru dapat kesan ada Autisme.

Ada kajian menunjukkan yang semakin awal tanda-tanda Autisme muncul, semakin “severe” tahap Autisme anak.

Apa-apa pun tahap anak, yang pasti semakin awal mak ayah dapatkan rawatan intervensi dan terapi, semakin cepat anak tunjukkan perkembangan positif.

Dapatkan rawatan awal sekiranya ada ada ciri-ciri Autisme.

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat membuka mata masyarakat kita tentang salah faham berkenaan Autisme.

Bagi mak ayah yang mempunyai anak Autisme, semoga dipermudahkan urusan kalian. Allah tidak akan uji seseorang luar dari kemampuannya.

– UNTUK ANAK AUTISME –

*Follow page Maryam Jamadi disini untuk mengetahui isu parenting dari sudut perspektif terapis cara kerja.

.
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang, Selangor Malaysia