Skip to content

Berminat Kerja dalam Industri Penerbangan? Mohon Kursus Penerbangan Sekarang!

kursus-penerbangan

Berminat Kerja dalam Industri Penerbangan? Mohon Kursus Penerbangan Sekarang!

Anak muda zaman sekarang pandai dah pilih bidang pengajian belajar lepasan SPM.

Salute! Tahniah .. saya dulu tak pernah terpikir nak sambung belajar dalam jurusan penerbangan ni.

Tak pernah terlintas dekat kepala otak ni. Serius memang tak terlintas langsung.

Last-last belajar lain. Dapat kerja pun lain bidang dekat Airport.

Masa tu saya bekerja di KLIA 1.

Jawatan saya ketika itu Customer Service Agent (check-in counter).

JANGAN LUPA BACA : 

1. Berminat Ceburi Kerjaya Pemandu Peribadi VVIP? Ambik Tahu SYARAT UTAMA Sebelum Apply!
2. Wanita Ini Sempoi Je Pakai Proton Exora Berniaga Tepi Jalan Jual Nasi Lemak Kueh Mueh
3. Teringin Nak Buka 1 Bisnes Kedai Kopi Ala Starbucks? Wajib TAHU 5 JENIS KOPI POPULAR DALAM BISNES KOPI
4. Pasangan Suami Isteri Ini Bergaji RM5000 SEHARI Hanya Buka CAR WASH. Jom Cari Duit!
5. Susah Nak Dapatkan Sesuatu Pekerjaan? AMALKAN 3 JENIS DOA AMPUH INI

Pelajar Lepasan SPM Perlu Sambung Belajar “Diploma in Aviation”

Saya perasan sejak tahun 2017, anak muda lepasan SPM sudah pandai dan tahu nak pilih bidang pengajian apa nak study untuk kerjaya masa depan.

Saya rasa korang ni semua mesti banyak sedarkan ibu bapa korang yang korang nak ambik jurusan tertentu sebab korang dah nampak masa depan tu kan? ..

Kalau betul lah cara korang pujuk mak ayah korang tu.

Alhamdulillah rezeki korang.

Yang penting dah dapat belajar tu, gunakanlah rezeki peluang yang ada tu sampai korang berjaya.

Okay cukup. Nanti kita borak lagi pasal pengalaman saya bekerja di Airport sebagai Airlines staff ni.

Sekarang kita fokus kepada topik yang korang tengah cari dekat google berkaitan Kursus Penerbangan.

Akhirnya terjumpa blog saya ni.

Terima Kasih ya kerana sudi share dekat kawan-kawan korang ya tentang blog ni.

Serius! Banyak lagi artikel saya akan kongsikan dengan korang yang mana berminat nak bekerja di Airport sebagai Airlines atau Aviation staff.

InsyaAllah saya akan bantu korang mengikut pengalaman kerjaya saya.

Korang bagi semangat dekat saya dengan SHARE artikel dunia penerbangan ini dekat kawan-kawan dan sahabat serta family korang okay. Itu je saya mintak.

Kalau korang masih tercari-cari peluang pekerjaan yang luas disamping gaji lumayan, korang perlu tahu bahawa bidang penerbangan adalah salah satu bidang terbaik untuk memulakan kerjaya.

Terutama bagi korang yang suka dunia glamor ni. Hahah jangan malu untuk mengaku!

Saya sendiri pun suka dunia penerbangan ni.

Korang wajib tahu, Laporan terbaru dari Boeing menunjukkan 240,000 juruterbang, 242,000 juruteknik dan 317,000 krew penerbangan diperlukan menjelang tahun 2037.

Negara China diramalkan memerlukan 800,000 pekerja baru diikuti dengan Asia Tenggara dan Asia Selatan. Permintaan yang tinggi ini membuktikan bahawa, industri penerbangan ini menjanjikan peluang pekerjaan yang luas dengan tawaran gaji yang lumayan pada masa kini dan hadapan.

Jadi pelajar lepasan SPM, dah baca artikel ni. Buat keputusan bijak untuk masa depan.

Jangan ikut kawan, jangan ikut trend semasa. Tetapi minat korang tu sangat penting untuk melakar masa depan yang korang idamkan selama hari ni.


Mohon Kursus Penerbangan Sekarang Di Kolej Penerbangan ADMAL

Persoalannya sekarang, bagaimana hendak bekerja dalam industri ini?

Bolehkah dengan hanya pergi memohon tanpa sebarang pengalaman dan kemahiran?

Untuk bekerja dalam jawatan yang biasa, tentunya mudah tetapi gaji yang diperolehi tidaklah lumayan.

Jadi untuk bekerja dan memperolehi gaji yang tinggi, korang tidak ada pilihan lain melainkan perlu ada kemahiran dan kelayakan.

Dimana korang boleh sambung belajar untuk mendapatkan kemahiran dan kelayakan tersebut?

Salah satunya adalah di Kolej Penerbangan ADMAL yang terletak di Sepang, Selangor.

Sekiranya korang ingin memohon untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini, korang boleh sambung belajar di Kolej Penerbangan ADMAL. Program pengajian mereka semuanya diiktiraf oleh CAAM.

Siapa tu CAAM?

CAAM dulu dikenali sebagai DCA, tapi sekarang sudah ditukar nama kepada CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia).

CAAM ni lah yang meluluskan semua kursus pengajian dan lesen berkaitan penerbangan.

Kolej ADMAL ada menawarkan 2 program pengajian Diploma dan 3 lesen personel penerbangan.

KLIK SINI untuk mohon belajar.

Saya doakan semoga korang berjaya dunia akhirat, insyaAllah.

Semoga bermanfaat.

.
Sumber Kerja Airport